3 Syarikat dianugerahkan MCM Kontrak Oleh Petronas

 

Pasti ramai yang ternanti-nanti siapa yang akan memperolehi MCM Contract dari Petronas dengan anggaran kontrak bernilai RM6 billion. Sepatutnya Petronas menganugerahkan kontrak MCM (Maintenance, Contruction & Modification) awal tahun 2017, tetapi disebabkan beberapa masalah akhirnya beberapa buah kontraktor Oil & Gas telah berjaya memenangi bidaan kerja bagi MCM. Kontrak bagi MCM ini memang dinantikan bukan sahaja oleh para pekerja, tetapi juga para pelabur kerana ia dijangka mampu memberikan kesan positif kepada industry Oil & Gas yang agak suram semenjak krisis harga minyak mentah dunia yang bermula di penghujung tahun 2014.

Setakat ini, PETRONAS telah menganugerahkan kontrak tersebut kepada 3 buah syarikat yang berpengalaman serta memiliki kelebihan masing-masing di dalam industry Oil & Gas. Berikut merupakan senarai bagi 3 buah syarikat yang telah berjaya memenangi bidaan bagi kontrak MCM

  • Dayang Enterprise Holding Bhd
  • Carimin Petroleum Berhad
  • Deleum Berhad melalui anak syarikat Deleum Primera Sdn Bhd

Kontrak MCM tersebut dianugerahkan sepanjang 5 tahun dengan pilihan setahun sambungan bermula seawal Oktober 2017 sehingga Oktober 2022.

So, kepada anda yang tengah mencari kerja, boleh lah risik-risik company tersebut mana tahu mungkin rezeki anda ada kat situ. Jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain juga mungkin mereka ingin mencuba nasib untuk apply kat company tersebut.

Tahniah kepada semua syarikat yang telah memenangi bidaan bagi MCM, semoga ia akan memberi manfaat lebih-lebih lagi kepada orang tempatan, baik dari segi peluang pekerjaan dan juga perniagaan.

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu