Peluang Untuk Menjadi Usahawan Perabot

Peluang Untuk Menjadi Usahawan Perabot

Guy, mungkin ada yang berminat nak menjadi usahawan perabot tetapi tak tahu bagaimana nak bermula. No worries, I believe ramai juga yang tak perasan pasal program anjuran kerajaan ni. So kepada yang berminat nak menjadi usahawan perabot, ini mungkin merupakan satu batu lonjatan kepada anda.

Untuk makluman, pihak kerajaan melalui kerjasama dengan Malaysian Timber Industry Board akan menganjurkan kursus berkaitan dengan Keusahawanan Perabot.

Latihan Keusahawanan PerabotBerikut merupakan syarat-syarat minima untuk menyertai kursus ini:

  • Merupakan Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
  • Lepasan SPM/Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perkayuan/perabot ATAU setaraf/berkaitan
  • Berumur 18 – 40 tahun sahaja
  • BERMINAT menjadi USAHAWAN dalam bidang PERABOT
  • Sihat tubuh badan
  • serta lulus ujian untuk (Fizikal / Minat Kerjaya / Temuduga)

Lokasi Program

Latihan akan diadakan di Kilang Perabot di Muar Johor

Tempoh Latihan

  • 8 Bulan (Fasa Latihan)
  • 1+1 tahun (Fasa Aplikasi)

(Anda akan diberi peluang untuk menjadi SUBCONT bagi pembuatan perabot. Fuhh..best nya terus dapat projek tu)

YANG MENARIKNYA

Anda tak perlu BAYAR YURAN malah diberi ELAUN lagi malah tempat tinggal serta alat perlindungan diri (PPE) juga disediakan. Selain itu anda juga akan dilindungi oleh insuran sepanjang tempoh latihan.

So apa tunggu lagi, tempat adalah terhad untuk 100 orang sahaja dan tarikh tutup permohonan ialah pada 15th September 2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik kat SINI. Jika anda berminat, terus print borang permohanan DISINI dan jangan lupa hantar sebelum 15/09/2017.

Untuk Maklumat lanjut anda boleh berhubung terus dengan pegawai berikut:

Nama Pegawai: Cik Rainah / Encik Khairul Aswad / Pn Faiezah

No Telefon: 03 – 9282 2235 Sambungan 1325 / 1359 / 1247

atau boleh send email ke alamat emel berikut

  • rainah@mtib.gov.my
  • khairulaswad@mtib.gov.my
  • faiezah@mtib.gov.my

 

Selamat berjaya dan semoga mencapai cita-cita anda untuk menjadi Usahawan Perabot!

 

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu