Kesihatan Mental – Saringan Minda Sihat (DASS)

Apakah Kesihatan Mental?

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Macam mana nak tahu mental anda sihat ke tak? Anda boleh membuat saringan minda sihat diakhir artikel ini.

Selain itu, kesihatan mental juga merujuk kepada:

  • Cara kita berfikir, merasa & cara kita bertindak
  • Cara kita menghadapi masalah & mengatasinya
  • Cara kita berinteraksi dengan orang lain

Jika anda memiliki simpton-simptom seperti berikut, berkemungkinan anda menghadapi masalah kesihatan mental:

  • Kemurungan
  • Kecelaruan, kebimbangan umum
  • Kecelaruan panik
  • Kecelaruan obsesif kompusif
  • Kecelaruan stres selepas trauma
  • Gangguan tidur

Berikut merupakan antara punca kenapa seseorang boleh menghadapi masalah kesihatan mental:

  • Cara / corak asuhan seseorang
  • Tahap pendidikan
  • Agama dan budaya hidup
  • Pengaruh persekitaran (rakan sebaya, guru-guru, rakan sekerja)
  • Keistimewaan, kelemahan & pencapaian seseorang
  • Kesihatan fizikal

Secara tidak langsung, kesihatan mental akan mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang.

Bagaimana anda boleh menolong diri sendiri & orang lain yang menghadapi masalah kesihatan mental?

Selain mendapatkan nasihat professional, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu diri sendiri dan orang lain yang menghidap masalah kesihatan mental.

  • Berkongsi kebimbangan dan masalah dengan orang lain. Anda mungkin merasa lega selepas berkongsi masalah anda.
  • Bertanya kepada doktor anda tentang perkara-perkara yang anda tidak pasti tentang penyakit.
  • Imbangi keperluan kehidupan anda dengan halangan akibat penyakit. Ketahuilah tahap kemampuan anda.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental.
  • Melakukan senaman sebagai aktiviti harian.
  • Amalkan pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat doktor

Saringan Minda Sihat

Nak tahu mental anda sihat atau tidak? Anda boleh mencuba untuk menjawab Saringan Minda Sihat di bawah. Tak perlu risau kerana kami tidak mengambil maklumat peribadi anda. Ia hanya merupakan saringan secara peribadi bagi menilai tahap kesihatan mental anda sendiri. Jangan segan jika anda perlukan bantuan sokongan. Untuk maklumat lanjut boleh layari bantuan sokongan DISINI.

Cara untuk membuat saringan:

Sila baca setiap kenyataan dan pilih jawapan (skala markah 0,1,2,3) yang menggambarkan keadaan anda dalam 2 MINGGU YANG LEPAS. Tidak ada jawapan betul atau salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana kenyataan.

Saringan Minda Sihat

1.Saya rasa susah untuk bertenang
2.Saya sedar mulut saya kering
3.Saya seolah-olah tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali
4.Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya, bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikat)
5.Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan sesuatu keadaan
6.Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan
7.Saya pernah menggeletar (contohnya tangan)
8.Saya rasa saya selalu gelisah
9.Saya risau akan berlaku keadaan di mana saya panik dan berkelakuan bodoh
10.Saya risau tidak ada apa yan saya harapkan (putus harapan)
11.Saya dapati saya mudah resah
12.Saya berasa sukar untuk relaks
13.Saya rasa muram dan sedih
14.Saya tidak boleh terima apa jua yang menghalangi saya daripada meneruskan apa yang saya sedang lakukan
15.Saya rasa hampir panik
16.Saya tidak bersemangat langsung
17.Saya rasa diri saya tidak berharga
18.Saya mudah tersinggung
19.Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal, saya sedar akan debaran jantung saya (contoh degupan jantung lebih cepat)
20.Saya rasa takut tanpa sebab
21.Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi

This Post Has 2 Comments

  1. fantastic submit, very informative. I wonder why the other experts of this
    sector do not notice this. You should continue your writing.
    I am confident, you have a great readers’ base already!

    1. Thank you for your comment

Leave a Reply

Close Menu