15 Tips Melancong Bersama Anak Kecil Bagi Pasangan Muda

Bercuti bersama anak-anak yang masih kecil merupakan satu pengalaman yang indah jika dirancang dengan teliti. Namun begitu ada juga pasangan muda yang takut untuk membawa anak-anak yang masih kecil untuk pergi melancong apatah lagi untuk melancong ke luar negara.

Untuk memastikan percutian anda bersama anak-anak menjadi satu kenangan manis, anda kena beri perhatian kepada keperluan dan kehendak anak-anak anda. Pastikan percutian anda seimbang dari segi rehat dan aktiviti yang dilakukan sewaktu bercuti.

Jika anak keletihan dan boring dengan aktiviti yang dilakukan ketika bercuti, mereka akan mudah meragam dan ianya boleh merosakkan mood percutian anda.

Untuk mengatasi masalah tersebut, saya sediakan sedikit tips berguna lebih-lebih lagi kepada pasangan muda yang pertama kali merancang nak bawa anak-anak bercuti. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu anda merancang percutian anda sekeluarga.

1) Perlahankan Rentak

Bila pergi bercuti bersama anak-anak yang masih kecil kita kena perlahankan rentak berbanding traveling secara solo atau bersama orang dewasa. Kena realistik dengan apa yang kita hendak lihat, lawat atau aktiviti yang kita ingin lakukan sewaktu bercuti. Elakkan untuk merancang terlampau padat itinerary atau pelan perjalanan. Semakin kurang itinerary, semakin seronok anda menikmati percutian nanti. Secara am, kena sesuaikan aktiviti dengan apa yang boleh dilakukan oleh anak-anak anda terutama yang paling kecil.

2) Tentukan Jenis Percutian Anda Sekeluarga

Berbincang dengan ahli keluarga termasuk anak-anak anda apa yang ingin dilawati. Kenalpasti aktiviti yang menarik minat semua dan saling berkrompomi bagi memastikan aktiviti tersebut sesuai dengan semua ahli keluarga. Selain itu, pastikan tempat yang ingin dilawati sesuai dengan bajet percutian.

Menurut kajian, percutian keluarga yang sering meninggalkan kenangan manis adalah apabila lokasi lawatan ditentukan secara bersama termasuk pendapat daripada anak-anak.

3) Kena fleksible apabila bercuti bersama anak-anak

Elakkan travel pada waktu peak season jika hendak bercuti bersama anak-anak, ia dapat menjimatkan kos pengangkutan & penginapan anda. Jika anda terpaksa membawa anak bercuti pada waktu cuti persekolahan, elakkan untuk pergi pada hari-hari pertama cuti persekolahan bermula. Sebaiknya pergi dua tiga hari lebih awal atau selepas cuti persekolahan bermula.

Dalam pada itu, jika anda pergi melancong ke luar negara, cuba elakkan untuk pergi pada waktu cuti atau kelepasan am di negara tersebut, ini kerana kos penginapan dan percutian akan meningkat.

Untuk membuat perbandingan dan mendapatkan harga hotel terbaik saya gemar menggunakan website HotelsCombined.

4) Packing Smart

Sebaiknya hanya bawa pakaian seminimum yang boleh dan hanya bawa barang yang perlu sahaja. Ini kerana keperluan lain kita boleh beli sewaktu sampai di destinasi. Untuk anak-anak galakkan mereka memilih sendiri pakaian dan barang yang mereka ingin bawa. Ofcourse nanti kita akan buat final check & bukan semua barang atau pakaian yang anak kita pilih akan bawa. Ini bertujuan untuk melatih dan memberi anak-anak pengalaman.

Bahagikan tugas untuk mengurangkan kesilapan barang penting terlupa dibawa. Sebagai contoh mungkin isteri bertanggungjawab untuk menyimpan pakaian dan keperluan anak-anak. Si suami pula mungkin bertanggungjawab untuk peralatan penting percutian seperti kamera, selfie stick, tripod, charger handphone, kad pengenalan/passport, tiket penerbangan, tempahan hotel dan lain-lain.

5) Tips penginapan sewaktu percutian

Lokasi Hotel – Sangat penting untuk memilih lokasi hotel. Sebaiknya biarlah lokasi hotel terletak di tempat yang strategik. Jika anda melancong ke luar negara, sebaiknya dapatkan hotel yang berhampiran dengan station subway atau bas station. Ini bagi mengelakkan anak-anak keletihan berjalan terlampau jauh dari pengangkutan awam. Hotel tersebut biarlah terletak di tumpuan ramai seperti berhampiran dengan tempat menarik yang ingin dilawati, mudah untuk mendapatkan bekalan makanan dan pastikan area tersebut selamat untuk keluarga anda.

Tinggal lebih dari 1 malam – untuk menjimatkan kos penginapan, sebaiknya tinggal lebih dari satu malam di sesebuah hotel sebelum anda bertukar ke tempat penginapan lain.

Periksa Pakej Keluarga – Sebelum membuat tempahan, lebih baik untuk periksa dengan pihak hotel apakah mereka ada pakej untuk keluarga? Kadang-kadang hotel menyediakan pakej keluarga yang lebih menjimatkan berserta offer lain yang lebih menarik. Ada boleh check disini untuk pakej keluarga.

Kolam renang atau bilik permainan – Anak-anak pasti seronok jika dapat mandi di kolam renang atau si kecil sangat gembira jika dapat bermain di dalam bilik permainan yang disediakan pihak hotel. So pasti berbaloi jika tempah hotel yang ada fasiliti seperti kolam renang atau bilik permainan

Pastikan hotel ada lifts – pasti sesuatu yang menjengkelkan jika anda terpaksa turun naik menggunakan tangga ditambah terpaksa membawa anak kecil, stroller dan lain.

Kupon atau voucher – jangan lupa untuk periksa kupon atau voucher pelancongan yang selalu terdapat di lobi hotel, mana tahu ada pakej yang ada promosi dan dikaun

Bathtub – selain kolam renang, bilik yang ada bathtub merupakan kegemaran anak-anak, so anda boleh periksa terlebih dahulu sebelum membuat tempahan samada bilik mandi hotel tersebut ada bathtub

Laundry – jika hotel tersebut ada menyediakan perkhidmatan laundry self service ia merupakan satu bonus. At least kita boleh mencuci dan mengeringkan pakaian so tak perlulah nak bawa pakaian banyak sangat.

6) Pertimbangkan untuk sewa apartment

Kebanyakan hotel di bandar-bandar besar tidak menyediakan bilik untuk keluarga. Jika ada pun ianya sangat terhad. Selain itu, kebanyakan hotel di luar negara hanya membenarkan ibu bapa berkongsi bilik maksimum dengan dua orang anak di bawah usia 10 tahun di dalam satu bilik. Jika anda perasan apabila anda membuat tempahan mereka akan minta anda mengisi umur anak anda di ruangan tempahan.

Melalui pengalaman saya sendiri sewaktu berkunjung ke Seoul tempoh hari salah satu hotel yang kami tempah tidak membenarkan kami menginap di bilik biasa (satu katil besar atau 2 katil kecil) dan saya terpaksa upgrade ke family room. So mungkin anda ingin pertimbangkan untuk menempah apartment atau homestay. Anda boleh cari pakej murah kat website ni HomeAway untuk dapatkan deal yang menarik.

7) Latihan

Opss..nak bercuti pun kena berlatih ka? Ya..lebih-lebih lagi jika ini percutian pertama anda sekuarga apatah lagi jika pergi ke oversea. So anda mungkin boleh pergi outing pada hujung minggu atau sekurang-kurangnya bawa anak ke tempat perlancongan yang berhampiran seperti zoo, taman negara dan lain-lain. Ini bagi memastikan anda merasai apa yang mungkin akan anda hadapi pada percutian sebenar anda nanti

8) Tetapkan Bajet

Bajet sangat penting untuk menentukan jenis percutian kita. Samada kita pergi untuk percutian mewah, sederhana atau ‘budget vacation”. Biasanya budget vacation merujuk kepada jenis percutian yang seminimum mungkin. So kita akan dapat setkan dimana kita nak tinggal, mode pengangkutan, nak makan kat mana, tempat yang ingin dilawati dan sebagainya. Kita tak nak nanti terover budget dan belum balik bercuti lagi dah tak cukup duit pulak..hehe. Selain itu jangan lupa simpan bajet untuk kecemasan ya.

9) Bawa Peralatan Yang Boleh Menenangkan Dari Rumah

Jangan lupa bagi kebenaran pada anak anda untuk bawa peralatan yang boleh menenangkan mereka. Sebagai contoh mungkin anak anda tak boleh lari dari anak patung kesayangan dia, so biar dia bawa sekali. Mungkin anak-anak nak bawa alat tulis, warna, buku cerita so let it be. Mood anak-anak sukar dijangka, lebih-lebih lagi bila mereka keletihan, so at least barang yang mereka bawa mungkin boleh membantu anda menenangkan mood mereka.

10) Abadikan kenangan anda sekeluarga

Bukan selalu kita dapat bercuti bersama keluara kan? Lebih-lebih lagi jika pergi oversea. So jangan lepaskan peluang untuk mengabdikan gambar kenangan anda sekeluarga. Sebab itu sangat penting sewaktu packing untuk memastikan peralatan untuk mengambil gambar telah disediakan. Sekali sekala jangan lupa untuk rakam video.

11) Kurangkan Kos Makan

Opss..macam mana nak kurangkan kos makan? Tak perlu makan ke? Hehehe bukan begitu, maksud nya sewaktu travel mungkin kita perlu berhemah semasa makan untuk memastikan percutian kita tidak lari dari bajet yang telah dirancang.

Hotel Breakfast Deal – Kebanyakan restaurant di hotel menyediakan sajian untuk breakfast sehingga pukul 10am sahaja. Ada sesetengah hotel sampai pukul 9am sahaja. So pastikan anda check dahulu jika jadual breakfast tidak sesuai untuk anda , just skip the breakfast deal dan anda boleh dapatkan bilik hotel pada harga yang lebih murah. Jika anda ambil pakej breakfast, manfaatkan sebaiknya so maybe anda boleh skip lunch dan just ambil snack sahaja jika lapar sebelum pergi makan malam.

Lokasi Tempat Makan – Cuba dapatkan restaurant yang berjauhan sedikit dari tumpuan orang ramai lebih-lebih lagi tumpuan pelancong. Kebiasaannya harga kat restaurant ni lebih mahal.

Berkongsi Makanan – Kebiasaanya portion makanan adalah cukup untuk dikongsi oleh anak-anak. So why not just share the food.

Bekalan makanan – Bagi sesetengah family apabila melancong ke luar negara, mereka membawa bekalan makanan ringan seperti Maggie, Bun, snack dan lain-lain. Namun begitu pastikan anda periksa terlebih dahulu jika makanan yang anda ingin bawa tiada larangan oleh negara yang anda ingin lawati. Selain mampu menjimatkan kos, kita tak pening juga nak cari tempat makan.

12) Perancangan Awal

Sampai ke destinasi pelancongan bersama anak-anak tanpa membuat tempahan penginapan sesuatu yang sangat memeningkan. Bayangkan anda sudah menempuh perjalanan yang jauh dan sampai ke lokasi masih perlu mencari tempat tinggal lagi. Sebaik-baiknya pastikan anda sudah tempah tempat penginapan terlebih dahulu, buat survey dimana tempat makan berhampiran tempat tinggal anda, so bila sampai at least kita nak berehat sebentar dan makan untuk menambah tenaga sebelum memulakan siri penjelajahan kita bersama anak-anak.

13) Expect the Unexpected

Sewaktu bercuti lebih-lebih lagi jika berada di negara orang, kita kena sentiasa alert dan sentiasa bersedia untuk menempuh sesuatu yang tidak dijangka. Oleh yang demikian, tidak kira sebaik mana anda telah merancang, pasti ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan kita. Sebaiknya biarkan ia berlaku and just follow the flow. Yang penting tujuan utama kita adalah untuk menikmati percutian bersama keluarga.

Salah satu story saya sewaktu kami sekeluarga berada di Seoul, kami telah menempah bas untuk ke destinasi yang ingin dilawati, bas telah dijadualkan untuk bertolak pada pukul 8am. Sebaliknya sesuatu yang diluar jangkaan berlaku, saya tersalah set alarm dan hanya terbangun pada pukul 7.47am 😊 Nasib baik haritu pemandu bas dapat menunggu kami. Bayangkan betapa kelam kabut kami sekeluarga bangun, luckily kami memilih untuk menempah hotel betul-betul di hadapan perhentian bas yang membawa ke destinasi yang dilawati.

14) Pre-Book Tiket Masuk

Sebelum pergi melancong selepas kenal pasti tempat lawatan yang ingin dilawati selalunya saya akan beli tiket lebih awal atau melalui online untuk mendapatkan pakej yang lebih menarik. Selain harga yang lebih murah saya dapat menjimatkan masa, tidak perlu berbaris dan berebut dengan pelancong lain di pintu masuk untuk tempat yang dilawati. Selalunya saya mendapatkan harga yang menarik di laman web KLOOK dan juga Trazy.

15) Kena ingat, kita jadi budak kecil hanya sekali

So bila travel dengan anak-anak, letakkan diri anda seperti kanak-kanak kecil. Cuba fahami kehendak dan keperluan anak-anak instead of kita sendiri. Pendek kata kena follow the flow. Apabila dah letih dan nak tidur anak-anak sangat mudah meragam, so kita kena pandai sesuaikan jadual dan aktiviti dengan ragam anak-anak.

Itu saja perkongsian atau tips lebih lagi bagi pasangan muda yang ingin pergi bercuti bersama anak-anak terutamanya anak yang masih kecil atau berusia dibawah 10 tahun. Semoga ianya bermanfaat dan jangan lupa share untuk kebaikan bersama. Akhir sekali, nikmati percutian anda sekeluarga.

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else

This Post Has 2 Comments

  1. Wow. Awesome tips tu madi.

    1. Tq..appreciate if you could share other for benefit of all 😬

Comments are closed.

Close Menu