MISI SAYA SIMPLE SAJA, SAYA NAK TOLONG SEBANYAK YANG MUNGKIN, ORANG YANG INGIN MEMULAKAN KARIER DI DALAM BIDANG SAFETY SETERUSNYA MENDAPATKAN GREEN BOOK atau YELLOW BOOK
Hey all…saya Andrew, saya membantu orang yang ingin memulakan karier di dalam bidang Safety and Health Officer.
Ketika saya baru ingin bermula di dalam bidang safety ni sekitar tahun 2000, pada waktu itu maklumat berkaitan kerjaya safety ni kat Malaysia agak terhad. Maklum sajalah, uncle Google dan pakcik Yahoo masa tu pun belum ramai yang guna termasuk saya.
Namun itu tidak menghalang saya untuk terus mencari informasi dengan bertanya kepada orang di dalam industri yang sudah menceburkan diri di dalam bidang safety ni.
Nak pergi kursus pun, time tu agak limited. Dipendekkan cerita, saya sempat bertanya kepada salah seorang rakan sekerja saya, sebelum sama-sama bekerja kat tempat saya bekerja, dia pernah menghadiri kursus Safety and Health Officer.
Perghh..dalam hati saya, apa lagi, inilah orang yang mungkin akan dapat membantu saya untuk memberikan saya tunjuk ajar dan bagaimana cara memulakan kerjaya di dalam bidang safety ni 🙂 Ya la kan, nama pun dah rakan sekerja, sekurang-kurangnya boleh juga dapat info kat mana dia ambil kursus safety and health officer kan.
Dengan perasaan yang excited, saya pun tanya dia.. “Bro kat mana u ambil kursus safety and health officer dulu ya?”
Hahaha..nak tahu apa jawapan nya?
Fuyoo..hati yang berbunga-bunga tadi tiba-tiba terasa sayu dah sedih sangat mendengar jawapan dan melihat keegoan seorang rakan sekerja.
Tapi itu bukan penghalang kepada cita-cita saya. Saya nekad katakan dalam hati saya, satu hari nanti, saya dengan izin Tuhan dan sedikit usaha, saya akan bekerja di dalam bidang safety ni. Thank God, lebih 10 tahun sudah berkecimpung di dalam bidang safety ni, tanpa doa, usaha dan sokongan daripada isteri & keluarga, saya mungkin masih belum menceburkan diri lagi di dalam bidang safety.
Tapi…saya rasa sedih juga la, sampai sekarang rakan sekerja saya tu tak pernah praktis kerja sebagai safety and health officer. Takpe la mungkin bukan rezeki dia kot. Moral of the cerita 🙂 Jangan ego, semakin banyak kamu berkongsi pengetahuan dengan orang lain, semakin banyak ilmu yang kamu dapat.
Semenjak itu, saya nekad untuk membantu sesiapa saja yang ingin mendapatkan info cara memulakan kerjaya di dalam bidang safety.
Selain itu, dalam blog ni saya juga berkongsi passion saya melancong bersama keluarga dan berkongsi pengalaman percutian sebagai panduan kepada rakan-rakan yang mempunyai passion yang sama.
Saya harap, anda akan mendapat sedikit sebanyak info melalui blog ini. Jika anda menyukainya, jangan lupa untuk subscribe untuk memastikan anda tak ketinggalan info-info berkaitan dengan safety, tips perlancongan dan juga online business.
Pilih kategori yang anda suka:
"Berbahagialah orang yang memberi daripada yang menerima"
Andrew L. Salin percaya kepuasan dan kebahagian sebenar terletak pada ketika saya siap untuk berbagi pengetahuan, ilmu, bahkan kewangan kepada orang-orang yang memerlukan. Semakin banyak saya berkongsi pengetahuan, semakin banyak hal yang saya pelajari. Percayalah, ketika anda mula merasa kedekut dan tidak siap untuk berkongsi apa yang kamu ada, kamu tidak akan kemana-mana, bahkan mungkin saja kamu tidak akan berkembang di dalam kerjaya, business bahkan mungkin juga tahap kehidupan. Tetapi orang yang siap memberkati orang lain, saya tidak pernah melihat mereka kekurangan.
Ok guys, thank you for your support. Please feel free to contact me, should you have any suggestion atau apa-apa pertanyaan. Saya akan cuba bantu seboleh yang mungkin. Last but not least, jangan lupa untuk subscribe.