Semakin hari kesedaran rakyat Malaysia berkaitan dengan keselamatan & kesihatan di tempat kerja semakin meningkat. Jika dilihat dari statistic jumlah kemalangan yang dilaporkan kepada pihak DOSH (Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan), ada trend penurunan yang agak ketara lebih-lebih lagi incident yang melibatkan kematian. Dalam masa yang sama, pandemic covid-19 yang melanda seluruh dunia, meningkatkan lagi kesedaran orang awam berkaitan dengan kepentingan kesihatan dan juga hygiene. Selain itu, semakin ramai juga rakyat Malaysia yang ingin menceburkan diri di dalam arena profesion sebagai Safety & Health Officer atau Supervisor. Jika anda salah seorang daripada mereka dan tidak tahu bagaimana untuk bermula, jangan risau, saya akan cuba bantu anda untuk bermula.

Tanya diri anda terlebih dahulu kenapa anda ingin menceburkan diri di dalam profession ini? Saya sudah berjumpa agak ramai dengan para pelatih yang mengikuti kursus Safety & Health Officer dan kebanyakan antara mereka memberikan alasan berikut:

  • Tertarik dengan cerita mitos daripada rakan-rakan dan sedara mara pendapatan sebagai Safety & Health Officer / Supervisor agak tinggi
  • Terikut-ikut dengan trend semasa, orang lain ambil kursus SHO maka dia pun nak ikut
  • Berminat di dalam bidang Keselamatan & Kesihatan

Tak kiralah, apapun yang menyebabkan kamu ingin menceburkan diri ke dalam bidang ini, satu sahaja nasihat saya, pastikan kamu ada ‘passion’di dalam bidang ini, jika tidak nanti kamu tak akan kemana, so pelaburan yang kamu buat mungkin tidak berbaloi

"HIGH QUALITY WORKPLACE ASSIGNMENT"

Dalam vbook ini, saya explain bagaimana cara untuk buat high quality workplace assignment bagi calon yang menduduki peperiksaan SHO NIOSH. Bukan sedikit yang gagal peperiksaan SHO NIOSH ni, terutamanya paper 4 atau bahagian Workplace Assignmnent. Setelah belajar melalui V-book ni, anda tak akan ada masalah lagi nak buat workplace assignment. Malah saya jamin, anda akan mampu siapkan Workplace Assignment dalam tempoh yang singkat. 

Play Video

Safety & Health Officer / Supervisor merupakan salah satu profession yang memerlukan kamu memiliki competency. Salah satu cara untuk mendapatkan competency ialah melalui latihan dan pengalaman kerja. Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan atau Safety and Health Officer Course merupakan antara kursus yang paling popular di Malaysia sekarang ini. Selain itu Kursus Keselamatan Tapak Bina atau Site Safety Supervisor juga antara yang menjadi rebutan.

So apa beza kursus ini? Hehe..jika dilihat dari nama kursus, sudah pasti satu adalah kursus untuk mereka yang ingin jadi officer (pergawai) manakala satu lagi adalah untuk mereka yang ingin menjadi supervisor keselamatan di tapak bina (penyelia).

Untuk makluman, ada beberapa peringkat kursus yang berkaitan dengan bidang ini, ada kursus yang menawarkan Sijil / Executive Diploma / Diploma / Executive Degree / Degree / Ijazah malah sampai peringkat Master dan PhD. Tapi kat sini kita bincangkan lebih lanjut berkenaan dengan peringkat Sijil (SHO & SSS course)

Sekarang ni banyak training centre yang menawarkan latihan untuk kedua-dua kursus tersebut. Antara yang paling popular adalah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau lebih dikenali sebagai NIOSH. Selain itu training centre berikut juga antara training provider yang diperakui oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKPP) atau DOSH

  • FMM Institute
  • Construction And Industrial Safety Training Centre Sdn. Bhd. (CONSIST)
  • UMP Advanced Education Sdn Bhd
  • ITS Management Sdn. Bhd
  • KLIA Training & Research Centre Sdn. Bhd

Untuk senarai penuh anda boleh layari di website DOSH.

Manakala untuk kursus Site Safety Supervisor atau lebih dikenali sebagai SSS, anda boleh mengikuti salah satu kursus yang dianjurkan oleh trainining provider yang diiktiraf oleh JKKP / DOSH.

Antara training centre yang diiktiraf oleh DOSH untuk menganjurkan Site Safety Supervisor adalah seperti:

  • KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd
  • Master Builders Association Malaysia (MBAM)
  • People & Skills Sdn Bhd (Cawangan Kuching & Subang Jaya)
  • People & Skills Sdn Bhd
  • NOSH Global Sdn Bhd

Untuk senarai penuh boleh rujuk di laman web DOSH ya

Ok untuk pengetahuan, kursus Peringkat Sijil (SHO & SSS) sesuai digunakan di Malaysia sahaja. Jika anda berminat nak bekerja di luar negara, sekurang-kurangnya kena ambil kursus yang diiktiraf oleh IOSH (International Occupational Safety & Health). Kursus ni dianjurkan oleh organisasi yang dipanggil NEBOSH. Ini pun sama, ada peringkat Sijil/Diploma/Degree dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut boleh belek-belek info kat website NEBOSH ni.

Kat Malaysia ada beberapa training provider yang diiktiraf oleh NEBOSH untuk menganjurkan kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Antarat training provider yang diiktiraf adalah seperti:

  • Fajar International College
  • MSTS Asia Sdn Bhd
  • TWI Technology S.E Asia Sdn Bhd
  • Epsilon Skills Academy
  • JTN Technical Services Sdn Bhd

So apa tunggu lagi..jom lah pergi attend kursus safety & health officer atau site safety supervisor. Eh tunggu dulu..kita tak cerita abis lagi. Untuk peringkat sijil bagi Safety & Health Officer Course yang dianjurkan oleh NIOSH ia mengambil masa selama 22 hari. So boleh ka majikan bagi cuti selama 22 hari? Bagi yang dapat ambil cuti sebanyak tu takde masalah kan. Jangan risau, kalau tak dapat ambil cuti selama 22 hari, ada juga kursus yang ditawarkan secara modular. Kebanyakan kursus ni dianjurkan samada pada hujung minggu atau pada waktu malam. So boleh lah check dengan training provider mana tahu mereka ada kelas waktu malam, boleh juga ambil kursus kan, daripada asyik ngeteh jer…hehe jangan marah. Manakala untuk kursus Site Safety Supervisor selalunya ia tak lebih daripada 10 hari.

Berapa nak bayar untuk kursus ni? Bergantung dengan training provider mana yang tuan-puan nak pergi ya. Selalunya untuk Safety & Health Officer Course dalam range antara RM3900 – RM4500 tidak termasuk yuran ujian. Untuk Site Safety Supervisor course pula lebih kurang dalam range RM1500 – RM3000.

Secara am, siapa-siapa saja boleh attend janji boleh bayar yuran kursus. Tapi dari segi kelayakan akademik, untuk Safety Health & Officer course at least ada Diploma manakala untuk Site Safety Supervisor sekurang-kurangnya mesti pandai membaca (dalam bahasa Melayu/English) & mengira.

Ya. Asalkan ada majikan yang sedia nak ambil tuan-puan keja. Tapi belum dianggap competence lagi la ya. Sebab untuk menjadi competence Safety & Health Officer kena attend kursus, kemudian lulus ujian dan ada 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan. So, bila dah cukup syarat tu, tuan-puan boleh la submit application ke pejabat DOSH untuk didaftarkan sebagai kompetent Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Atau lebih dikenali sebagai Green Book holder di Malaysia. Kenapa ia dipanggil Green Book? Sebab dahulu bila DOSH dah approved your application, DOSH akan issue satu buku berbentuk size passport yang berwarna hijau. So that why industry panggil Green Book.

Manakala untuk Site Safety Supervisor, bagi yang takda Diploma dalam bidang OSH yang diiktiraf oleh DOSH, after attending the course and passed the examination and work experience at least 2 tahun baru DOSH nak layan application. Untuk yang ada Diploma OSH just attend course part 6 selama 3 hari and ada worksite experience selama 6 bulan boleh lah cuba nasib mendaftar dengan DOSH untuk mendapatkan Yellow Book. Heheh..ini pun sama kes, sebab dulu DOSH issue buku berbentuk passport berwarna kuning.

Sekarang ni, DOSH dah pergi digitalize, tak main lagi issue passbook. Kita just submit application online, kalau DOSH approve, approval pun melalui online. Then you just print the certificate kemudian laminate sendiri.

According to OSHA 1994, hampir kesemua industry sebenarnya memerlukan Pegawai Keselamatan & Kesihatan. Antara industry yang selalu hire SHO atau SSS ialah industry pembinaan, perkilangan, oil & gas, perladangan, perlombongan, heavy industry seperti pembinaan kapal dan lain-lain. Jika bernasib baik boleh lah cuba apply keja dengan kerajaan, itupun jika tuan-puan berminat. Sekarang ni pihak kerajaan pun menggalakkan setiap jabatan kena ada pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.

Kemana hala tuju karier dalam bidang ni? Dalam bidang keselamatan ni, macam-macam title ada. Selalunya kena bermula dari bawah la, lebih-lebih lagi kalau korang takde kabel kuat macam saya. Saya dulu pun bermula dari Safety Supervisor, lepas tu ada rezeki kemudian jadi Safety Officer, kendian jadi Safety Manager and now..(rahsia la..hehe) pendek kata, kalau ada rezeki dan ada usaha nak tingkatkan diri, boleh jadi Safety Specialist ka, Safety Consultant ka atau jadi Safety Director.

Bagi saya, bab gaji ni agak subjektif. Rezeki masing-masingkan. Ia banyak bergantung kepada jenis industry tempat tuan-tuan kerja. Ada industry yang sanggup bayar mahal, ada yang bayar ciput ja. Senang cerita la, disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa stabil sekarang ni, paling kurang pun bagi yang baru abis belajar senang2 nak nego gaji dalam RM1500 ke atas. Kalau tuan-puan minta gaji kurang dari tu, baik tak payah jadi SHO / SSS bang, keja kat supermarket pun boleh dapat RM2K lebih, kang abang2 otai safety marah nanti, kacau market price katanya.

Ok, jika tuan-puan berminat nak jadi SHO/SSS, semoga cita-cita tersebut tercapai. Jangan lupa share artikel ni dengan sedara mara yang nak jadi SHO/SSS tapi tak tahu macam mana nak bermula. Jangan jadi macam saya dulu..adaka saya anggap SHO/SSS ni sama macam Security Officer, siap tanya member lagi “bang kalau orang pendek macam sa ni boleh ke jadi SHO?” punyalah bebal masa tu tak tahu apa itu SHO. Kendian saya tanya satu lagi member yang pernah join kursus SHO, “bang dulu ko ambil kursus SHO dimana ya?”..ko tahu apa member saya jawab…”ko carilah sendiri bro”..jilaka punya kawan. Sampai sekarang pun dia tak praktis jadi SHO. So, jangan kedekut ilmu tau..sila share kalau nak jadi SHO kang kena kutuk 😊 Nak tahu dengan lebih lanjut apa tugas seorang pegawai keselamatan & kesihatan pekerjaan, jangan lupa untuk baca disini.

Salinan Template OSH Dah Ready

Jangan lupa check email untuk dapatkan salinan template

Saya setuju maklumat saya dipindahkan ke MailChimp ( more information )

Maklumat anda selamat bersama saya. Saya tak akan kaya kalau jual emel anda 🙂