7 Tips Untuk Memilih Lokasi Hotel

Cuti sekolah sudah nak bermula kan? Pasti ramai yang sudah merancang untuk melancong. Memilih hotel dan lokasi untuk tinggal semasa melancong kadang-kadang boleh membuatkan kita stress juga, apatah lagi kalau kita tak pernah pergi ke destinasi tersebut sebelum ini kan. Disini saya nak berkongsi sedikit tips memilih hotel dan lokasi untuk menginap ketika percutian bersama keluarga.

Tips Memilih Hotel

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum kita membuat keputusan untuk memilih lokasi hotel;

  • Siapa yang akan ikut kita melancong
  • Tujuan lawatan atau aktiviti
  • Tempat yang ingin dilawati
  • Kemudahan pengangkutan
  • Hotel Fasiliti / Kemudahan Hotel
  • Sumber makanan
  • Budget

Siapa yang akan ikut kita melancong?

Cuti Bersama Keluarga

Sebelum pergi kita memang dah tahu kan siapa yang akan ikut kita melancong, samada seorang diri, bersama keluarga, bersama anak-anak yang masih kecil ka, atau bersama kawan-kawan. Ini penting kerana bukan semua tempat yang disyorkan sesuai dengan citarasa masing-masing. Sebagai contoh tempat yang disyorkan untuk pengembara seorang diri mungkin tidak sesuai untuk mereka yang bersama keluarga dan anak kecil, begitu juga sebalik nya.

Tujuan lawatan atau aktiviti

Percutian Menarik

Selepas itu kenal pasti apakah tujuan lawatan tersebut. Ada orang pergi melancong sambil nak bershopping sakan, ada yang melancong nak tenangkan jiwa dan minda, ada juga yang ingin melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berkayak dan sebagainya. Kalau kita dah tahu tujuan kita senang kita nak pilih di lokasi mana nak tinggal.

Tempat yang ingin dilawati

Tempat Menarik Untuk Dilawati

Bahagian ni tak kurang pentingnya juga. Selepas kita kenal pasti tujuan lawatan, kita dah target tempat mana yang kita nak kunjungi. Sebagai contoh tujuan kita nak shopping, so pasti kita akan pergi ke area di mana tempat shopping yang best dan kerap dikunjungi pelancong. Atau mungkin kita nak melawat tempat-tempat bersejarah, muzium, zoo dan sebagainya.

Kemudahan pengangkutan

Pengangkutan Awam

Kalau tempat yang ada subway, biasanya saya sekeluarga akan menggunakan subway sebagai medium pengangkutan utama. Oleh itu kena kenal pasti terlebih dahulu bagaimana kemudahan pengangkutan di destinasi yang anda akan kunjungi. Ini bagi mengelakkan kita terperangkap agak lama di dalam kesesakan jalan raya, nanti tak sempat pula nak kunjungi tempat yang telah kita rancang, rugi la pula kan..hehe

Hotel Fasiliti / Kemudahan Hotel

Hotel Facility

Yang ini pun kena ambil kira juga sesuai dengan keperluan kita. Samada kita nak tinggal kat hotel yang ada sarapan, kolam renang, dobi, gym, transfer ke airpot atau pusat membeli belah, spa dan sebagainya. Tapi kalau kita tak perlukan semua tu, asal ada tempat untuk tidur senang sikit la kan.

Sumber makanan

Sumber Makanan

Oh ya, bagi rakan-rakan yang beragama Islam, sumber makanan halal juga sangat penting dan kalau boleh biarlah restoran atau kedai-kedai makanan ni berdekatan dengan hotel kita tinggal, manalah tahu tiba-tiba lapar tengah malam senang juga nak cari makanan.

Budget

Duit

Last sekali baru fikir tentang budget, kenapa saya kata budget last sekali? Sebab kita boleh pilih hotel yang bersesuaian dengan budget kita selepas kita kenal pasti lokasi di mana kita nak tinggal. Kalau budget tak menjadi masalah boleh tinggal di hotel 4 atau 5 bintang,  di lokasi yang sama pasti juga ada tempat penginapan yang bersesuaian dengan budget kita.

Dah Sedia Nak Tempah Hotel?

Untuk membuat tempahan hotel hanya klik jer kat sini ya. Ok tu je sikit tips bagaimana nak pilih lokasi atau hotel dimana nak tinggal, base on my experience travel bersama keluarga & anak-anak yang masih kecil. Jangan lupa baca entri yang lebih detail ya, bagaimana nak buat keputusan hotel yang paling sesuai dan juga mendapatkan bilik dengan harga yang murah atau berpatutan. Jangan lupa share ok untuk kebaikan bersama lebih-lebih lagi yang baru pertama kali nak merancang percutian dengan keluarga.