4 Cara Review Hotel Sebelum Membuat Tempahan

Selamat bertemu kembali. Kali ini saya ingin berkongsi tips-tips untuk memilih hotel dengan lebih terperinci sebelum membuat tempahan. Bagi yang dah biasa melancong, entry kali ini mungkin bukan sesuatu yang baru bagi anda. Saya cuba untuk berkongsi bagaimana cara untuk review sesebuah hotel, keadaan dalaman & juga persekitaran hotel serta bagaimana cara nak dapatkan harga hotel yang berbaloi.

 

Anda mungkin pernah dengar beberapa website untuk membuat tempahan hotel seperti agoda, booking, trivago dan bermacam-macam lagi kan? Untuk entry kali ni saya nak share bagaimana nak review sesebuah hotel menggunakan website agoda dan hotelscombined. Kenapa saya pilih website tersebut? Kerana saya perhatikan ia lebih senang digunakan atau friendly user platform serta preview hotel yang lebih lengkap. Selain daripada komen-komen daripada pelawat-pelawat sebelumnya, kita juga boleh tahu bila hotel tersebut mula beroperasi atau dibina. Saya tak pasti bagaimana citarasa pengguna yang lain, tetapi bagi saya, saya lebih suka tinggal di hotel yang masih baru beroperasi atau baru di ubah suai.

 

Langkah1: Cari hotel di lokasi yang telah di pilih

Ingat tak pada entry yang lepas saya dah cerita tentang bagaimana nak tentukan di mana lokasi kita nak tinggal kan? Bagi yang belum baca lagi boleh baca kat sini ya.Untuk mencari lokasi hotel tempat kita tinggal hanya pergi saja ke laman agoda dan pada ruangan search kita taip saja nama lokasi, masukkan haribulan untuk check-in & juga check-out. Kemudian tetapkan berapa buah bilik yang kita perlukan & juga jumlah penghuni tinggal di dalam bilik hotel tersebut. Untuk makluman, kebanyakan hotel hanya membenarkan 2 orang dewasa & 2 orang kanak2 untuk tinggal di dalam sesebuah bilik. 

 

Cara Tempah Hotel

Sebelum tu, bagi memudahkan carian, adalah disyorkan supaya kita sign-up dengan akaun agoda terlebih dahulu bagi memudahkan untuk menyimpan data2 yang telah kita cari. Kita boleh sign-up menggunakan alamat email atau akaun facebook. Cara nya hanya perlu klik pada ruangan “Sign-up” dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

Langkah 2: Baca Preview Berkaitan Hotel & Komen-Komen Pelawat

Hotel Di Kuala LumpurSenarai hotel akan keluar pada skrin pc anda dan boleh membuat pilihan hotel sesuai dengan keperluan anda. Untuk menjimatkan masa, boleh filter jenis-jenis hotel, lokasi, budget, fasiliti & lain-lain kat sebelah kanan website tersebut. Selepas anda klik hotel yang anda ingin tempah, untuk melihat lokasi hotel tersebut anda boleh klik pada view map dan paparan seperti berikut akan keluar. 

Lokasi Menarik Untuk Tinggal Di Kuala Lumpur

Selepas itu jika nak lihat komen2 dari pelawat2 sebelumnya boleh klik pada bahagian ‘reviews’. Anda boleh membaca komen2 daripada pelawat2 sebelum nya bagi menentukan samada hotel tersebut sesuai atau tidak dengan keperluan anda. Untuk melihat dengan lebih detail tentang hotel tersebut anda boleh klik pada ruangan “About”. Disini anda boleh baca dengan details berkaitan dengan hotel tersebut, apakah tempat2 menarik di persekitaran hotel, jenis2 kemudahan pengangkutan yang berhampiran, juga fasiliti yang terdapat pada hotel.

 

Komen Pelawat Hotel

Berbanding dengan website yang lain, agoda memiliki kelebihan tersendiri dimana anda boleh tahu bila hotel tersebut dibina atau di ubahsuai, ini dapat di lihat pada ruangan “Useful Info”. Ini yang menyebabkan saya gemar menggunakan agoda untuk membuat review terlebih dahulu. 

 

Cara Review Bila Hotel Dibina atau Renovate

Langkah 3: Cara Lihat Persekitaran Hotel 

Dah tahu nak tempah hotel mana? Opss..stop dulu jangan terus tempah ada satu lagi step yang penting yang saya selalu amalkan. Saya akan periksa dahulu lokasi persekitaran hotel tersebut menggunakan street view pulak. Caranya senang saja, hanya pergi ke website berikut https://www.instantstreetview.com/ kemudian masukkan atau copy & paste nama dan alamat penuh hotel tersebut dan tekan enter.

Cara Review Persekitaran Hotel

 

So you boleh review persekitaran hotel tersebut dan ambik feel samada persekitaran tersebut selamat ke tidak atau sesuai ke tak dengan you punya trip. For example kalau stay kat hotel bersama anak-anak maybe kita nak environment yang mesra kanak-kanak, whereby tempat tu senang nak access either by kereta atau jalan kaki.

Langkah 4: Bandingkan Harga Bilik

Sudah pasti nak tempah hotel yang anda pilih? Untuk mendapatkan harga yang berbaloi atau lebih murah, kita boleh bandingkan harga hotel yang kita ingin tempah pada kat hotelscombined. Kalau nasib baik kita boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah untuk hotel yang sama yang kita ingin tempah. Untuk membuat tempahan hanya perlu klik pada harga yang paling murah dan ikuti langkah2 pembayaran seterusnya. Anda boleh memilih package tempahan yang boleh diubahsuai atau tidak. Biasanya kalau saya belum pasti nak tinggal di hotel tersebut saya akan tempah bilik hotel yang boleh diubahsuai atau boleh dibatalkan tanpa sebarang kos. Tapi jika dah buat keputusan nak tempah hotel tu, baik terus tempah & bayar saja untuk mendapatkan harga yang murah. 

 

Baiklah itu saja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat lebih-lebih lagi kepada yang tak biasa tempah hotel atau baru pertama kali nak pergi bercuti. Selamat bercuti..