7 Destinasi Yang Anda Mesti Pergi Ketika Melancong ke Busan, Korea Selatan

7 Destinasi Yang Anda Mesti Pergi Ketika Melancong ke Busan, Korea Selatan

Busan, Korea Selatan. Merupakan bandar ke dua terbesar selepas Seoul. Walaupun Busan tidak se-popular Seoul, namun tidak kurang menariknya destinasi pelancongan yang ada di bandar ini. Penerbangan Air Asia menawarkan penerbangan secara terus dari LCCT ke bandar Busan. Jika anda ingin mencuba untuk bercuti ke Busan, berikut merupakan antara 7 destinasi yang mesti pergi ketika berada di Busan.So apa lagi, lihat tempat menarik di Busan.

1. Haeundae Beach

Naracards Busan Set
Subway Line No 2, hentian ‘Haeundae’ station, keluar di exit 5 atau 3
Sumber: naracards.com

Pantai paling popular di Korea terutamanya pada musim panas. Puluhan ribu manusia akan berjemur dan bersantai di sepanjang pantai ini menikmati pemandangan dan suhu pada musim panas. Terdapat juga Busan Aquarium iaitu akuarium besar yang mempameran beribu spesis kehidupan laut (Ala-ala Aquaria di KLCC)

2. Gwanganli Beach

Naracards Busan SetSubway Line No 2, hentian ‘Gwangan’ station, keluar di exit 5 atau 3
Sumber: naracards.com

Sama seperti Haeundae Beach, Gwanganli beach menawarkan bonus iaitu pemandangan jambatan dua tingkat Gwanganli Bridge. Di cadangkan untuk ke pantai ini pada waktu malam untuk pemandangan yang lebih cantik.

3. Yongdusan Park (Busan Tower)

Naracards Busan Set
Subway Line No 1, hentian ‘Nampo’ station, keluar di exit 7
Sumber: naracards.com

Busan tower merupakan menara setinggi 120 meter untuk melihat pemandangan sekitar bandar Busan. Terletak di atas bukit dan kawasan yang strategik, anda dapat menyaksikan pemandangan cantik dan menarik dari atas menara ini. Di kawasan sekitar terdapat taman rekreasi Yongdusan Park dan deretan kedai membeli belah Gwangbok Fashion Street.

4. Jagalchi Fish Market

Naracards Busan Set
Subway Line No 1, hentian ‘Jagalchi’ station, keluar di exit 10
Sumber: naracards.com

Terletak hanya bersebelahan dengan Yongdusan Park. Jika teringin untuk mencuba Ketam Snowcrab atau King Crab yang bersaiz besar yang tak pernah dilihat di Malaysia, anda perlu ke sini. Di sini merupakan pasar makanan laut yang terbesar yang mana anda boleh menikmati pelbagai masakan laut di Korea.

5. Gamcheon Cultural Village

Naracards Busan Set
Subway Line No 1, hentian ‘Toseong’ station, keluar di exit 8
Sumber: naracards.com

Perjalanan ke sini agak sukar namun memberi kepuasan luar biasa. Gamcheon cultural village ni sebahagiannya merupakan penempatan orang dan sebahagiannya cuma banguna kosong yang dihiasi seni lukis. Destinasi sesuai untuk penggemar photografi.

6. Oryukdo Skywalk

Naracards Busan Set
Subway Line No 2, hentian ‘Kyungsung Univ Pukyong Univ’ station, keluar di exit 2
Sumber: naracards.com

Ingin cuba keberanian diri anda boleh ke Oryukda Skywalk. Selaing pemandangan cantik yang ada di sini, anda berpeluang jalan di atas jambatan kaca setinggi 100 meter dari atas laut. Pemandangan laut dan keindahana semulajadi cantik boleh dilihat di sekitar Oryukdo ini. Terdapat Kafe untuk anda menghirup kopi panas sambil menikmati pemandangan cantik di sini.

7. Lotte Premium Outlet East Busan

Naracards Busan SetTrain Donghae, hentian ‘OSIRIA’ station, keluar di exit 1
Sumber: naracards.com

Ingin membeli-belah barangan berjenama? anda boleh pergi ke Lotte Premium Outlet East Busan. Walaupun namanya Premium, tidak semua barangnya mahal. Jika ada promosi khas, anda berpeluang jumpa banyak pakaian dan barangan berjenama yang murah seperti Adidas, Nike, Guess, dan macam-macam lagi. Bangunan ini baru sahaja siap dibina dan berdekatan dengan Yonggungsa temple.

Di bandar Busan ada banyak destinasi menarik yang boleh anda lawati selain 7 destinasi yang disenaraikan diatas ini. Antaranya seperti Yonggungsa, Beomosa, Citizen Park, Dadaepo, Taejongdae, Dongbaek island dan banyak lagi.

Bagi yang pertama kali ingin bercuti ke Busan secara sendiri anda boleh menggunakan panduan Naracards Busan Travel Info Cards. Naracards Busan merupakan koleksi 30 keping kad destinasi menarik yang ada di sekitar bandar Busan Korea. Apa yang menarik dengan kad ini anda boleh travel secara bebas. Sama ada anda ingin memandu kereta sewa, menaiki teksi atau menggunakan subway di Busan. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Naracards, layari DISININaracards Busan Set

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu