Percutian Ke Seoul 2017

Seoul South Korea Metropolitan
View of Seoul from N. Tower

Selesai sudah #2017SeoulVacation. Secara tepatnya kami sekeluarga telah bercuti ke Seoul, South Korea pada 30th September 2017 sehingga 7th Oktober 2017 yang lalu.

Sepatutnya flight kami bertolak dari Airport Miri pada pukul 7.25pm tetapi disebabkan kelewatan tiba pesawat, kami bertolak pada pukul 8.30pm dan sampai Kuala Lumpur pada pukul 1030pm. Kami transit di KLIA2 lebih kurang 2jam sebelum meneruskan penerbangan ke Seoul pada pukul 1am 30th September 2017. Kami sampai di Incheon International Airport pada pukul 8.30am waktu tempatan. Untuk pengetahuan, waktu di Seoul awal satu jam daripada waktu di Malaysia.

Arrival & Declaration Form
Arrival Card & Declaration Form to South Korea

Dalam flight, attendance flight akan memberi anda Traveler Declaration Form & Arrival Card yang anda perlu isi bagi memudahkan immigration dan custom clearance sewaktu sampai di airport nanti. So jangan lupa bawa pen jika anda plan nak travel ke luar negara.

Arrival at Incheon Airport
Arrival at Incheon Airport

Selepas turun dari pesawat kami menaiki Shuttle Train ke terminal utama untuk mengambil luggage. Terminal ketibaan/perlepasan untuk International flight tidak bersambung dengan terminal utama Incheon Airport. Kami mengambil masa lebih kurang 3 – 5 minit menaiki shuttle train ke Terminal utama.

Wifi Egg Rental Incheon Airport
Tempat mengambil Wifi Egg (Broadboad) di luar Gate 6 Incheon Airport

Selepas mengambil luggage, kami keluar dari Gate 6 (International Arrival Gate 5 – 6). Sebelum pergi ke Seoul, saya telah menempah wifi untuk kemudahan kami sepanjang di Seoul. Memang banyak free wifi ketika berada di Seoul, tetapi kami mengambil keputusan untuk menyewa wifi egg (broadband) bagi memudahkan kami mengakses internet sepanjang berada di Seoul. Anda boleh menempah wifi egg melalui website DISINI jika ingin mendapatkan harga yang lebih murah. Apabila sampai di Incheon Airport, just ambil wifi anda di kaunter sewaan wifi kat luar gate 6 sahaja. Bila ambil wifi, mereka akan meminta kad kredit anda untuk jaminan berjumlah 200,000 won sekiranya anda tak mengembalikan wifi egg tersebut merekan akan charge 200,000 won ke dalam kad kredit anda.

Dari Incheon Airport, anda boleh menggunakan Bas, Subway atau Taxi ke Seoul. Jika anda travel kurang dari 4 orang, lebih jimat menggunakan bas. Jika hotel anda terletak di area Myeongdong anda boleh guna bas bernombor 6015.

TaxiKami sekeluarga menggunakan International Taxi dari Airport ke Prince Hotel yang terletak di Myeongdong. Tambang dari airport ke area Myeongdong menggunakan taxi dalam 65000 won lebih kurang RM240.00 untuk perjalanan satu hala. Kebanyakan pemandu International Taxi boleh berbahasa English dan mereka ada device yang digunakan untuk translate bahasa Korean ke English atau sebaliknya.

Prince Hotel
Prince Hotel, Myeongdong Seoul

Untuk 4 malam pertama kami telah menempah Prince Hotel yang terletak diseberang Myeongdong Street. Hotel ini tertelak diluar Exit-2 Myeongdong Subway Station. Selain itu, kami membuat keputusan untuk tinggal disini juga kerana kami telah menempah Tour Bus untuk ke Nami Island + Petite France dan Everland. Tour Bus tersebut akan menunggu penumpang yang telah menempah tiket di luar Prince Hotel. Pada mulanya kami telah menempah bilik jenis double bed, tetapi bila sampai di hotel tersebut, mereka tidak membenarkan kami empat beranak tinggal dibilik tersebut dan meminta kami upgrage ke Family Room. Family room ada satu katil besar dan satu katil kecil. Bilik ‘Familly Room’ juga lebih besar daripada bilik-bilik lain yang terdapat di hotel tersebut.

Myeongdong Street Seoul
Myeongdong Street, Seoul

Selepas berehat sebentar kami terus berjalan di Myeongdong Street yang terletak di seberang jalan dari Prince Hotel. Myeongdong Street merupakan street yang paling popular dikalangan pelancong. Kebanyakan barang yang dijual merupakan alat komestik dan pakaian. Street food dan restaurant juga banyak terdapat disini. International brand seperti ZARA, Forever 21, Uniqlo, Tommy Hilfilger dan banyak lagi juga terdapat disini. Jika anda mencari local fashion pada harga yang lebih murah disini bukan tempatnya, kerana barang yang dijual disini agak mahal.

Ok itu sahaja buat kali ini, nanti saya akan update lagi cerita percutian di Seoul yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada anda yang tengah merancang nak pergi ke Seoul.

Jangan lupa like or subscribe page ini untuk mendapatkan tips selanjutnya berkenaan dengan percutian di Seoul.