Jalan-Jalan Di Guangzhou

Visit To Canton Tower
Bergambar di Canton Tower
Sambungan daripada entri sebelum ini. Pada sebelah malam kami mengunjugi Canton Tower yang terletak di Haizhu District atau lebih tepat di Yuejiang Road West. Canton Tower merupakan menara TV yang tertinggi di China. Canton Tower juga terletak di CB

Subway Ke Canton Tower

D area dan dikelilingi oleh bangunan pencakar langit yang memenuhi metropolitan ini.

Untuk sampai ke sini, kami hanya menggunakansubway dari hotel yang mengambil masa kurang daripada 30 minit menggunakan subway Line 3. Disekitar Canton Tower ini terdapat juga mall yang sangat besar dan kami sempat bersantai menikmati makanan disini setelah penat berjalan. 

Zirafah di Guangzhou Zoo
Anak-anak keriangan memberi Zirafah Makanan
Melihat Panda Di Guangzhou Zoo
Panda Di Guangzhou Zoo

Hari kedua selepas bersarapan di Tee Mall, kami menggunakan subway menuju ke Guangzhou Zoo. Kami memilih untuk pergi ke zoo kerana anak-anak mahu melihat Panda secara live. Untuk datang ke zoo ini juga sangat mudah kerana ia terletak di dalam jaringan subway, pintu masuk ke dalam zoo terletak kira-kira 5 minit dari stesen subway. Selain dari Panda ada pelbagai jenis binatang yang terdapat di dalam zoo ini seperti Zirafah, Gajah & lain-lain. Sekiranya anda mengunjungi Guangzhou bersama kanak-kanak tempat ini tidak seharusnya dilepaskan. Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam di dalam zoo. Harga tiket masuk juga berpatutan. 

Di Hadapan Chimelong International Circus
Pintu Masuk Ke Dalam International Circus
Chimelong International Circus
Di luar dewan Chimelong International Circus

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Chimelong International Circus menggunakan subway dari zoo menggunakan metro Line 3 dan berhenti di stesen Hanxi Chimelong Stesen. Dari subway stesen, kami menaiki free shuttle bas yang terletak diseberang stesen subway.Chimelong International Circus dibuka mulai pukul 5pm – 9pm dan pertunjukan akan bermula dari pukul 7.30pm – 8.50pm. Terdapat juga restoran di dalam CIC dan anda boleh menikmati makan malam sementara menunggu persembahan bermula.

Chimelong International Circus Show
Persembahan di Chimelong International Circus

Kedai menjual cenderahati juga terdapat di sekitar kawasan dewan pertunjukan. Bagi peminat silap mata, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan bertaraf dunia sekiranya anda berkunjung ke Guangzhou.Dari haiwan sehingga ke gimik pertunjukan ahli silap mata, tidak ada satu saat pun yang membosankan ketika berada disini. Selepas habis pertunjukan kami balik semula ke hotel menggunakan subway dan sampai di hotel lebih kurang pukul 11pm. 

Dalam Keretapi Dari Guangzhou – Hong Kong

Keesokan harinya kami bertolak ke Hong Kong menggunakan tren dari Guangzhou East Railway Station dan akan kembali semula ke Guangzhou. Kami akan berada di Hong Kong selama 2 malam sahaja. Yang best nya, kami tidak perlu membawa semua luggage kami ke Hong Kong kerana pihak hotel membenarkan kami meninggalkan luggage kami di hotel. 

Nantikan cerita selanjutnya di Guangzhou selepas kembara ke Hong Kong pula.