Hotel Menarik Berhampiran KLCC

Pasti ramai yang teruja untuk pergi bercuti selepas hampir 3 tahun tak dapat bercuti bersama keluarga disebabkan pandemik covid-19. Cuti persekolahan hujung tahun yang akan bermula pada 10 Disember nanti pasti ramai yang ingin membawa anak-anak untuk pergi bercuti. Bagi yang belum bersedia untuk bercuti ke luar negara, pasti ibu kota Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi pilihan. Jika anda ingin bercuti di Kuala Lumpur dan tinggal berhampiran dengan KLCC, berikut merupakan antara hotel terbaik yang menjanjikan lokasi yang strategik serta permandangan yang indah. 

Hotel Berhampiran KLCC Pilihan Saya

Salah satu hotel terbaik yang pernah saya tinggal berhampiran KLCC ialah Grand Hyatt Kuala Lumpur.  Bagi yang bercuti bersama keluarga, hotel ini sangat sesuai selain daripada bilik yang besar, hotel ini juga memiliki kolam renang yang sangat menarik. Sebaik sahaja anda sampai di lobi hotel yang terletak di tingkat paling atas Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, anda akan teruja dengan pemandangan KLCC yang berada betul-betul di hadapan kaunter lobi untuk check-in. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik terutama bagi yang pertama kali datang bercuti ke Kuala Lumpur. 

Permandangan menarik dari bilik (Picture Credit to Grand Hyatt Kuala Lumpur)
Permandangan KLCC dari Lobby Hotel (Picture Credit to Grand Hyatt Kuala Lumpur)

Selain itu, anda juga boleh menikmati sarapan pagi atau makan malam berlatar belakangkan bangunan KLCC. Pasti tempat yang sangat menarik untuk merakam gambar. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Aquaria KLCC, salah satu destinasi wajib anda kunjungi jika datang ke Kuala Lumpur bersama anak-anak. Dari hotel ini anda boleh pergi ke KLCC dengan berjalan kaki melalui terowong atau melalui laluan di luar bangunan KL Convensyen Centre. Untuk sampai ke KLCC ianya hanya mengambil masa lebih kurang 10 – 15 minit berjalan kaki. Selain daripada KLCC, Grand Hyatt Kulaa Lumpur Hotel ini  juga berhampiran dengan Pavillion, anda boleh pergi ke Pavilion dan seterusnya ke Bukit Bintang dengan berjalan kaki lebih kurang 8 – 10 minit menggunakan skywalker. Kesimpulannya, hotel ini terletak ditengah-tengah antara Pavillion (Bukit Bintang) dan KLCC. 

Permandangan KLCC dari tempat makan (Picture credit to Grand Hyatt Kuala Lumpur)
Menara Kuala Lumpur juga kelihatan dari disini (Picture credit to Grand Hyatt Kuala Lumpur)

Antara kemudahan yang terdapat di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur selain daripada kolam renang seperti SPA dan juga Fitness Centre. Hotel ini sangat sesuai bagi yang nak bercuti (staycation) di Kuala Lumpur, selepas penat shopping anda boleh beristirehat di Essa Spa atau di kolam renang. Jika anda bercadang untuk tinggal disini, disyorkan untuk membuat tempahan lebih awal bagi mendapatkan bilik dengan permandangan yang menarik, untuk membuat tempahan denggan harga yang berpatutan, saya syorkan anda membuat tempahan melalui HotelCombined bagi membandingkan harga yang sesuai. 

Essa Spa (Picture credit to Grand Hyatt Kuala Lumpur)
Fitness Centre (Picture credit to Grand Hyatt Kuala Lumpur)

Impiana Hotel KLCC

Pertama kali saya tinggal di Impiana Hotel KLCC ini pada tahun 2014. Semenjak itu saya kerap menginap di hotel ini ketika datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja mahupun bercuti bersama keluarga. Impiana Hotel KLCC ini terletak bertentanggan dengan Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Ia berada di tengah-tengah lokasi antara Pavillion dan juga KLCC. Antara kelebihan utama Impiana Hotel KLCC berbanding Grand Hyatt adalah harga. Walaupun harga penginapan di Impiana Hotel agak murah daripada Grand Hyatt, ia juga menawarkan lokasi yang strategik, bilik hotel yang luas dan juga kolam renang yang menghadap bangunan KLCC.

Bilik Dalam Impiana Hotel KLCC (Picture by Andrew L. Salin)

Selain daripada lokasi yang strategik, Impiana Hotel KLCC juga menawarkan pelbagai menu untuk breakfast kepada pengunjung. Antara makanan kegemaran saya ketika breakfast disini ialah nasi lemak dan rendang ayam. Sebelum membawa anak-anak ke Aquaria KLCC yang terletak  di seberang jalan, anda boleh membawa anak-anak bersantai di kolam renang sambil menikmati permandangan metropolitan Kuala Lumpur. Selain itu, anda juga boleh pergi ke Swasana Spa yang menawarkan rawatan terapi tempatan, Bali dan juga Thai. Bagi yang ingin bersantai sambil minum, boleh singgah di Club Lounge yang terletak di tingkat 15 Impiana Hotel KLCC.

Restaurant di Impiana Hotel Kuala Lumpur (Picture credit to Agoda)
Infinity Edge Swimming Pool Impiana Hotel KLCC (Picture credit to Agoda)

Corus Hotel Kuala Lumpur

Walaupun Corus Hotel Kuala Lumpur ini agak sudah lama, tetapi ia tetap memiliki daya tarikan yang tersendiri. Hotel ini terletak bersebelahan dengan de King Boutique Hotel atau sebelum ini dikenali sebagai le Apple Batique Hotel. Hotel ini terletak diseberang KLCC sahaja, anda boleh berjalan kaki tak sampai 5 minit untuk pergi ke KLCC. Untuk pergi ke KLCC, anda hanya perlu pergi ke de King Batique Hotel yang berada di sebelah kanan Corus Hotel, kemudian pergi ke AK Avenue dan terus pergi ke KLCC yang terletak di seberang jalan sahaja. Selain menyeberang jalan di lampu isyarat di depan AK Avenue, anda juga boleh menggunakan terowong laluan pejalan kaki dibawah AK Avenue dimana terletaknya stesen LRT KLCC 

Paradise Cabana Room, direct access to pool & garden (Picture credit to Corus Hotel KL)
Permandangan indah dari taman & kolam renang (Picture credit to Corus Hotel KL)

Antara pengalaman terbaik saya pernah tinggal di Corus Hotel Kuala Lumpur ini ialah bila mendapat bilik yang ada akses langsung ke kolam renang dan taman (Paradise Cabana). Pasti seronok kan, buka saja pintu di belakang bilik hotel, terus ada kolam renang. Jika anda bercuti bersama anak-anak dan ingin menetap di Corus Hotel Kuala Lumpur, jangan lupa untuk membuat tempahan awal, dan saya cadangkan untuk anda menempah bilik yang memiliki access untuk terus ke kolam renang. Bukan sahaja anak-anak yang teruja, saya pasti anda pun sangat seronok jika dapat menempah bilik yang memiliki akses terus ke kolam renang. 

Four Seasons Kuala Lumpur

Bagi yang ingin menikmati percutian staycation mewah berhampiran KLCC, Four Seasons Kuala Lumpur mungkin lokasi yang sangat tepat untuk anda. Four Seasons KLCC ini terletak disebelah KLCC sahaja atau lebih tepat lagi hanya 281m daripada Suria Mall KLCC. Four Season Hotel ini terletak bertentangan arah dengan Corus Hotel, AK Avenue terletak diseberang Four Season Kuala Lumpur sahaja. Pilihan untuk shopping selain Suria Mall KLCC, anda juga boleh pergi ke AK Avenue. Manakala Pavillion atau Bukit Bintang terletak lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari sini. Anda juga boleh menggunakan LRT untuk pergi ke Bukit Bintang dari Stesen LRT KLCC yang terletak lebih kurang 500m daripada Four Seasons Kuala Lumpur Hotel. 

Permandangan indah dari dalam bilik hotel (Picture credit to Booking.com)
Menikmati permandangan indah di kolam renang (Picture credit to Booking.com)

Selain menawarkan bilik biasa seperti King Room, Four Seasons Hotel juga menawarkan apartment satu bilik, apartment 2 bilik dan juga Presidential Suite kepada pengunjung. Selain outdoor swimming pool, hotel ini juga menawarkan Spa & Saloon. Bagi anda yang ingin berehat dan bercuti (staycation) bersama keluarga, Four Seasons Kuala Lumpur pasti menjanjikan pengalaman yang sangat menarik. 

de King Boutique Hotel KLCC

Jika ini merupakan lawatan pertama anda ke Kuala Lumpur dan ingin tinggal di budget hotel tetapi berhampiran dengan KLCC, de King Boutique Hotel merupakan pilihan yang sangat berbaloi.Hotel ini terletak disebelah AK Avenue dan bertentangan dengan KLCC. Selain lokasi yang strategik, pada sebelah malam, terdapat banyak truck food yang berada di tepi de King Boutique Hotel KLCC ini. Sebelum ini, de King Boutique Hotel juga dikenali sebagai Le Apple Hotel KLCC. Namun begitu, bilik hotel ini agak sempit. Tapi jika lokasi menjadi pilihan anda, hotel ini pasti menjanjikan pengalaman bercuti di Kuala Lumpur yang menyeronokkan. 

Salah satu bilik di dalam hotel (Picture credit to de King Boutique Hotel)
Pusat beli belah AK Avenue terletak disebelah hotel (Picture credit to de King Boutique Hotel)

Selain daripada hotel yang dibincangkan diatas, ada terdapat banyak pilihan hotel lain yang berhampiran KLCC. Bergantung dengan budget, tujuan dan keselesaan anda, percutian di Kuala Lumpur merupakan salah satu pilihan yang terbaik bagi kaki travel. Untuk mendapatkan harga yang berbaloi saya suka menggunakan website HotelCombined bagi membandingkan harga sebelum membuat tempahan. 

Save on your hotel - hotelscombined.com
Tarikan terbaru 'Saloma Link Bridge' (Picture taken by Andrew L. Salin)
Petronas Twin Tower Skybridge (Picture credit to Pixabay)

Jika anda bercuti di Kuala Lumpur dan tinggal di sekitar KLCC, selain Aquaria KLCC, Taman KLCC dan Petronas Twin Tower Skybridge jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Saloma Link Bridge pada waktu malam, Saloma Link Bridge atau Pintasan Saloma merupakan salah satu tarikan terbaru yang berhampiran dengan KLCC. Ia hanya mengambil masa sekitar 10 minit untuk berjalan dari KLCC ke Saloma Link Brigde yang terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur.