Bercuti di Genting Dream Cruise

Selepas tiga tahun tak dapat pergi bercuti disebabkan Covid-19, akhirnya kami sekeluarga dapat meluangkan masa untuk bercuti sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya. Dalam perkongsian ini, saya nak kongsikan sedikit pengalaman bercuti singkat di atas kapal persiaran Genting Dream Cruise yang tengah viral sekarang. Pada awalnya, saya tak bercadang untuk bercuti diatas Genting Dream Cruise, perancangan awal saya plan nak pergi ke Singapore selepas tu terbang ke Ho Chi Minch City untuk menyambut harijadi saya di Vietnam. Tapi orang rumah tak berapa setuju dan asyik menyebut pasal kapal persiaran Genting Dream Cruise

Dream Cruise
Percutian singkat diatas Kapal Persiaran Genting Dream Cruise

Pengalaman Pelayaran Bersama Genting Dream Cruise

Beberapa hari sebelum berangkat ke Singapore dari Miri, saya telah membuat keputusan untuk membatalkan niat ke Ho Chi Minch City sebaliknya saya menempah tiket untuk pelayaran bersama Genting Dream Cruise dari Singapore ke Port Klang. Mulanya agak susah nak dapatkan tempat, sebab kebiasaannya pakej yang ditawarkan sekurang-kurangnya untuk 2 malam samada dari Port Klang – Singapore atau Singapore – Port Klang. Namun saya agak bernasib baik sebab dapat menempah perlayaran Genting Dream Cruise untuk satu malam dari Singapore – Port Klang. 

Proses Check-in di Marina Sand Cruise Centre

Penumpang dinasihatkan untuk check-in secara online 72 jam sebelum perlayaran dan online check-in akan ditutup 24jam sebelum perlayaran berlepas. Anda dikehendaki untuk membaca semua terma & syarat yang dinyatakan di dalam tiket Genting Dream Cruise sebelum memulakan pelayaran bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pada hari pelayaran, atau lebih tepat lagi iaitu pada 14 December 2022, ,mengikut jadual, kami boleh check-in di Marina Bay Cruise Centre bermula pada pukul 2pm untuk mengambil kad access atau kunci cabin. Card Access ini juga merupakan ID untuk pihak pengurusan kapal mengenalpasti semua penumpang yang menaiki kapal Dream Cruise. So anda kena gunakan ID ni sepanjang berada diatas kapal persiaran Dream Cruise. Kami bertolak dari Orcard Hotel Singapore pada pukul 1.43pm dan sampai di Marina Bay Cruise setengah jam kemudian. Sewaktu kami sampai, sudah ramai penumpang lain yang sudah berbaris untuk pemeriksaan keselamatan sebelum pergi ke kaunter mengambil Card Access / ID Card. Disebabkan agak ramai penumpang, proses pemeriksaan keselamatan agak lama lebih kurang satu jam. Selepas mengambil Card Access, saya ingat boleh terus masuk ke dalam kapal, ternyata anggapan saya salah, process masuk ke dalam kapal hanya akan bermula pada pukul 4.30pm secara berkumpulan, kami terpaksa menunggu sekali lagi di ruangan menunggu sebelum dibenarkan untuk masuk ke dalam kapal. Akhirnya selepas hampir 3 jam sampai di Marina Bay Cruise Centre, kami sekeluarga dibenarkan masuk ke dalam Dream Cruise selepas melepasi kaunter immigration di Singapore. Semua process dikaunter immigration Singapore dilakukan secara automatic, so process tersebut sangat cepat. 

Balcony Stateroom Cabin

Kami telah menempah Balcony Stateroom Cabin untuk pelayaran bersama Dream Cruise. Bilik ini sangat selesa untuk menempatkan 4 – 5 orang. King size katil yang sangat selesa dan cabin kami dilengkapi dengan ceiling bed & sofa bed. Selain itu, ada kerusi dan meja juga diletakkan di balkoni, ianya sangat sesuai bagi menikmati pelayaran terus dari cabin tanpa perlu pergi keluar. Cabin ini dilengkapi dengan fasiliti yang hampir sama dengan bilik hotel, ada bilik mandi dengan waterheater, peti sejuk, set TV, telefon dan juga cabinet untuk menyimpan beg / pakaian. Anda juga boleh menempah wifi yang disediakan, harga untuk wifi bermula dari $17 untuk kegunaan satu handphone, pakej ni tak dapat share atau hotpsot. Kalau nak share wifi, kena ambil pakej lain pula. Secara keseluruhan kami sangat berpuas hati dengan cabin yang kami tempah. 

Makanan dan Restaurant

Pakej yang ditawarkan adalah termasuk dengan makanan (breakfast, lunch, supper). Ada beberapa jenis restaurant yang terdapat diatas Dream Cruise seperti ‘The Lido’ yang menawarkan makanan International, Indian & Halal terletak di deck 16 AFT. Bagi yang ingin menikmati makanan Western Semi Buffet boleh pergi ke restaurant Dream Dining Room Lower yang berada di deck 8 AFT. Manakala dinner untuk Chinese Set Menu, disediakan di Blue Lagoon yang terletak di tingkat 7 MID. Selain itu, International Buffet juga disediakan di restaurant ‘Function 8’ di tingkat 8 AFT. Di tingkat 15 FWD juga terdapat restaurant ‘Crystal Life Cuisine’ yang menyediakan makanan semi buffet. Sebelum tidur, jika masih lapar, jangan risau sebab masih ada restaurant ‘The Lido Outdoor Snacks Corner’ yang dibuka dari pukul 10pm sehingga pukul 2 pagi. Kesemua restaurant ini sudah termasuk di dalam tiket perlayaran Genting Dream Cruise. Namun begitu, pastikan anda menyemak masa beroperasi untuk setiap restaurant supaya tidak terlepas breakfast, lunch dan dinner. Selain restaurant tersebut, ada juga resturant lain yang tidak termasuk di dalam pakej Dream Cruise. Kualiti makanan tak perlu risau, memang tip top, cuma time management memang ketat, kalau restaurant tutup pukul 9.30am, memang mereka akan clearkan semua makanan tepat pada waktu, so pastikan anda mengatur jadual sebaiknya, dan barisan agak panjang, sebab setiap pelayaran boleh memuatkan sehingga 3700 penumpang. Boleh imagine la, macam mana sibuknya keadaan setiap restaurant. 

Menikmati makanan di The Lido Outdoor Snack Corner selepas menonton pertunjukan 'Magic Show' daripada Joe-Yu

Aktiviti diatas Kapal Genting Dream Cruise

Ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan diatas kapal Dream Cruise ni, disebabkan masa yang singkat, tak banyak aktiviti selain daripada sight seeing yang kami sekeluarga dapat lakukan. Namun begitu kami sempat menyaksikan pertunjukan silap mata atau Magic Show daripada Joe-Yu pada sebelah malam di Zodiac Theatre. Untuk setiap pelayaran, jenis dan jadual  pertunjukan mungkin tak sama, pastikan anda menyemak jadual yang disediakan oleh pihak Dream Cruise. Selain daripada mandi di kolam renang dan waterslide, antara aktiviti lain yang terdapat di Genting Dream Cruise seperti Rock Climbing Wall, Ropes Course and Zip Line, Mini Golf, Table Tennis, Giant Chess, Pool Table dan Arcade.

Facility diatas Kapal Genting Dream Cruise

Casino yang terletak berhampiran dengan reception lobi juga merupakan salah satu tarikan utama penumpang di atas kapal Dream Cruise. Bagi yang nak pergi ke salon, spa atau gym anda boleh pergi ke tingkat 15 FWD. Selain itu bagi yang ingin membeli belah, Souvenir Mart terletak di tingkat 6 berhampiran dengan lobi utama. Jika anda memerlukan rawatan kesihatan ketika berada di atas kapa Dream Cruise, anda boleh pergi ke klinik yang terletak di deck 5 MID. Bagi yang ingin berhibur anda boleh pergi ke ‘Tributes’ yang terletak di deck 8 MID atau pergi ke Zouk Beach Club atau Zouk Night Club yang terletak di deck 17 AFT. 

Berbaloi ke bercuti diatas kapal persiaran?

Boleh cuba. Yang pasti percutian diatas kapal persiaran Dream Cruise ini bukan yang terakhir bagi kami sekeluarga, jika ada rezeki pasti akan bercuti lagi diatas kapal persiaran yang lain. Ianya sangat berbaloi bagi mereka yang ini menikmati pengalaman percutian yang berbeza. Lari seketika daripada kesesakan jalan raya dan menikmati permandangan disepanjang pelayaran sambil melakukan aktiviti kegemaran anda diatas kapal persiaran. Apa tunggu lagi, boleh tempah tiket persiaran Genting Dream Cruise anda sekarang. Owh ya, hampir lupa nak inform, pakej yang ditawarkan biasanya tidak termasuk gratuity yang perlu dibayar diatas kapal nanti sebelum anda check out. Kos adalah bergantung dengan berapa malam anda belayar diatas Dream Cruise dan harga bermula daripada $21 Singopre Dollar untuk seorang.