Pasti ramai yang ingin pergi vacation tetapi kadang-kadang terpaksa membatalkan niat tersebut kerana anak-anak yang masih kecil. Bahkan ada juga sesetengah pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak membawa anak-anak pergi vacation. Namun itu adalah hak masing-masing dan setiap orang ada pandangan yang berbeza mengenai vacation ataupun percutian. Namun begitu, bagi kami sekeluarga, sekiranya ada masa kelapangan dan dapat mengambil cuti di tempat kerja, adalah menjadi satu kebiasaan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali setahun (selain masa kena kurung abahcow masa covid). Bahkan, kami telah mempraktikkan percutian bersama anak-anak ini sejak anak kami masih kecil lagi. Masa tu siap tolak stroller bayi lagi. Ini antara sebab-sebab kenapa perlu membawa anak-anak pergi vacation atau bercuti. Masa terbaik untuk membawa anak-anak pergi bercuti adalah ketika mereka berusia 12 tahun ke bawah.

Pengembaraan / Adventure
Pergi vacation atau bercuti merupakan satu peluang kepada anak-anak anda untuk menikmati pengembaraan dan keluar daripada kebiasaan. Mereka akan keluar daripada keselesaan dan dapat merasai pengalaman yang baru ketika pergi bercuti dan pastinya ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Jika sudah menjadi satu rutin, kanak-kanak akan sentiasa teruja setiap kali anda ingin pergi bercuti.

Menimbulkan rasa belas kasihan / Compassion
Kadang-kadang anak kita mungkin tidak biasa dengan realiti yang ada di sekitar mereka, tetapi bila kita membawa anak-anak pergi bercuti ke tempat lain, terutamanya di luar negara (dengan keadaan sosio ekonomi yang berbeza), mereka mungkin dapat melihat kesusahan orang lain. Ini akan membuatkan mereka merasa lebih bersyukur serta menghargai keadaan mereka dan dalam masa yang sama, akan menimbulkan rasa belas kasihan kepada golongan yang kurang kemampuan.
Flexible
Kita pasti tahu, apabila pergi bercuti tidak semua yang kita rancang akan berjalan dengan sempurna. Kadang-kadang kita terpaksa menukar jadual atau lokasi yang ingin dikunjungi di saat-saat akhir. Bahkan kadang-kadang masa untuk makan atau tidur juga mungkin tidak akan sama sebagaimana ketika kita berada di rumah. Secara tidak langsung anak-anak akan belajar untuk menyesuaikan diri dan menjadi lebih flexsible dengan keadaan atau sesuatu situasi.
Pembelajaran / Education
Ofcourse, ini merupakan salah satu kebaikan ketika membawa anak-anak pergi bercuti atau vacation. Kanak-kanak akan dapat belajar sesuatu yang baru. Anak-anak anda akan dapat mempelajari budaya atau sejarah tempat yang dilawati. Secara tak langsung, ini akan menimbulkan rasa ingin tahu di dalam diri kanak-kanak dan dapat meningkatkan keinginan mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Kenangan / Memory
Masa terbaik bagi kanak-kanak untuk mengingati sesuatu perkara adalah ketika mereka berusia diantara 5 – 11 tahun. Pada ketika ini, pengalaman yang mereka lalui akan terpahat indah di dalam kenangan dan memori mereka. Pastinya, kenangan bercuti bersama keluarga akan memberikan kenangan dan impak yang positif kepada anak-anak.
Berdikari / Independence
Anda juga dapat mengajar anak-anak untuk lebih berdikari. Sebagai contoh sebelum pergi bercuti, biarkan anak-anak mencadangkan apa aktiviti yang mereka ingin lakukan atau kemana mereka ingin pergi. Ini sangat penting, sebab kadang-kadang aktiviti yang disukai oleh ibu bapa mungkin tidak disukai oleh anak-anak. Sebab itu anak saya yang bongsu selalu mengatakan bahawa percutian terburuk yang dia pernah lalui adalah ketika kami bercuti di Bali :). Ya,semua kaki travel pasti tahu Bali dan ingin pergi ke Bali. Beri ruang untuk anak-anak membuat pilihan dan secara tidak langsung ini akan mengajar mereka untuk berdikari.
Self Discovery
Bila anak-anak dibawa bercuti, ini juga akan memberikan peluang kepada anak-anak untuk merasai atau mempelajari sendiri sesuatu yang baru. Pengalaman merasai sendiri sesuatu yang baru tidak sama dengan apa yang anak-anak pelajari samada di sekolah atau lewat sosial media. Secara tak langsung, ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga untuk anak-anak.

Kos Lebih Murah
Bukan lagi mahal ke bawa anak-anak pergi bercuti? Maksud saya, jika anak-anak dibawah 12 tahun, kos anda lebih murah berbanding jika anak sudah dewasa. Anda boleh jimat dari segi pengangkutan, yuran masuk ke tempat yang dilawati dan juga kos penginapan. Kebiasaanya, terutama hotel-hotel di negara luar hanya menghadkan anak-anak yang berumur 12 tahun dan kebawah untuk tinggal bersama ibu-bapa di dalam satu bilik. Untuk kos pesawat juga, jika anak sudah berumur 12 tahun, harga tiket juga sama dengan harga tiket dewasa, takda lagi diskaun berbanding anak-anak dibawah umur 12 tahun.
Bonding Time (Masa Bersama Keluarga)
Ya, ini adalah yang paling penting dan kebaikan utama apabila pergi vacation atau bercuti bersama anak-anak. Selama ini mungkin kita sibuk dengan kerja, anak-anak pun sibuk dengan pelajaran, masa bercuti ini lah kita dapat luangkan masa bersama keluarga. Time flies, biasanya anak-anak ini akan bersama kita sehingga mereka berumur 12 tahun saja, selepas itu, mereka akan semakin menjauh dari kita, masa ini lah sebaik-baiknya kita luangkan masa bersama-sama mereka, dan jika ada rezeki bolehlah bawa anak-anak bercuti.

Jika selama ini anda belum pernah membawa anak-anak pergi bercuti kerana risau anak masih kecil. No worry, let try it. Boleh cuba pergi tempat yang berhampiran terlebih dahulu, vacation ni tak semestinya pergi oversea, tapi kalau ada rezeki, jangan tak cuba 🙂