Beach Tour
Hari ni kami check out dari The Bene Hotel. Petang nanti selepas melawat tempat menarik di Bali baru plan nak check in kat Hotel Grand Ixora. So, kami just simpan saja luggage di dalam kereta.
Destinasi pertama kami pagi ni adalah menuju area Tanjung Benoa yang terletak di Nusa Dua. Tempat ini terkenal dengan aktiviti sukan air atau Water Sport aktiviti. Jika anda berkunjung ke Bali, tak sah jika anda tak mencuba untuk melakukan aktiviti sukan air kat sini.
Antara aktiviti sukan air yang boleh dilakukan kat sini seperti:
- Jek Ski
- Fly Fish
- Snorkeling
- Parasailing Adventure
- Bali Ocean Walker
- Diving
- Visit to Turtle Island
- Banana Boat
- Donut Boat
- Glass Boat
- Knee Boat
- Wake Boarding
Kat Tanjung Benoa ni ramai operator yang mengendalikan operasi untuk water sport activities. Jika anda berada di Bali menggunakan khidmat ‘supir’, kebiasaannya mereka akan langsung bawa anda ke operator yang sudah biasa dengan mereka.
Ada Bayaran Ke Aktiviti Kat Sini?
Yes of course ada bayaran. Yang best nya, untuk walk-in customer harga dia mahal gila 🙂 Mula-mula supir bawa kami ke operator yang dah biasa dengan mereka. Bila sampai kat sana, siap ada jurujual yang sedia untuk membantu kami. Mereka siap ada pakej yang boleh kita pilih before they give us the price. Because of excited, kami pun pilih 3 jenis aktiviti iaitu parasailing, Ocean Walker dan Donut Boat. Terkejut beruk bila jurujual kata untuk kos 3 jenis permainan tersebut semua berharga RM2000 lebih 🙂 Haha, silap kami juga la tak buat research terlebih dahulu. Ini la padahnya bila pergi cuti tanpa perancangan rapi 🙂 Untuk Parasailing saja mereka charge IDR650.00/pax lebih kurang RM195 seorang. I told my kids, we might cancel the activity since the price is bit expensive and over our budget. Anak-anak macam sedih la pula.
Dalam masa yang sama, saya sempat juga search online and luckily terjumpa another operator yang bagi harga jauh lebih murah. Saya deal dengan operator tersebut melalui WhatApps sambil isteri saya masih tawar menawar dengan jurujual tadi. Lepas deal ok, kami decide untuk berpindah ke operator yang lain. Luckily sempat check online, operator tersebut pun terletak berhampiran, tak sampai 10 minit menggunakan kereta dari tempat pertama tadi. Kat sini kami dapat harga yang relevan, untuk Parasailing mereka just kenakan charge IDR250.000/pax lebih kurang RM75.00 seorang. Jauh beza tu beb. Disebabkan kesuntukan masa so kami just ambik aktiviti Parasailing dan juga Donut Boat saja. Untuk 4 orang semua kos tak sampai RM400, termasuk kos insuran and tolak 5% diskaun sebab kami datang sendiri. Jauh beza tu daripada operator yang pertama tadi. We enjoy our activities here and spend lebih kurang 2 jam kat sini. Boleh check package provide by KLOOK kat sini juga ya.
Pandawa Beach
Selepas selesai di Tanjung Benoa, supir bawa kami pergi lunch kat area Nusa Benua. Tapi sayang, tempat yang dia bawa tak best sangat. Restaurant tu pun agak sunyi and bila kami sampai hanya ada beberapa orang customer saja kat situ. Nak patah balik malas la pula. So kita just makan ala kadar jer. Takut pula tersakit perut 🙂
Lepas lunch kami sudah agak lewat dari jadual. Dalam perjalanan ke Uluwatu, kami sempat singgah sebentar di Pantai Pandawa. Pantai ni merupakan salah satu tempat menarik di Bali yang wajib dikunjungi dan ia juga merupakan antara pantai yang sangat popular di Bali. Jika dibandingkan dengan Pantai Kuta, Pandawa Beach ni lagi bersih. Kami sampai cuaca masih panas dan ramai pengunjung tempatan dan juga pelancong asing kat sini. Ada juga gerai yang menjual makanan dan barangan kraftangan seperti rotan kat sini. Gerai menjual pakaian pun ada terdapat disini. Owh ya, lupa nak inform, ada bayaran masuk dikenakan. Untuk pelancong tempatan IDR8.000 seorang dan kenderaan dikenakan charge IDR5.000. Mengikut maklumat dari supir kami, harga untuk Mat Salleh lebih mahal lagi, tapi mujur supir yang tolong belikan tiket so boleh guna harga pelawat tempatan 🙂
Apa aktiviti kat sini? Selain mengambil gambar saya lihat ada juga yang berkayak dan juga menaiki sampan ka sini. Selain tu, saya ada juga lihat orang menggunakan payung terjun di atas gunung. Saya dimaklumkan untuk aktiviti tersebut, ada bayaran sebanyak 2 juta rupiah dikenakan bagi penerbangan / terjunan selama 15 minit. Kami spend masa lebih kurang 1 jam kat sini. Sebelum bergegas ke Uluwatu.
Uluwatu
Selain terkenal dengan temple dan tarian kecak (Kecak Dance), tidak dinafikan, pemandangan di Uluwatu sangat indah. Ini menjadikan Uluwatu antara tempat menarik di Bali yang wajib anda kunjungi. Kuil terletak di tebingan pantai dan berada disini lebih-lebih lagi pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam merupakan satu permandangan yang sangat indah. Jika anda berkunjung ke kuil disini, pastikan anda mengenakan ‘sarung’ jika anda tak menggunakan seluar panjang. ‘Sarung’ ada disediakan di depan kuil. Bayaran sebanyak IDR20,000 dikenakan bagi setiap pelawat. Awas, terdapat banyak monyet berkeliaran di dalam kawasan kuil. Monyet kat sini sangat tertarik dengan topi dan kaca mata. So jika anda menggunakan topi atau kaca mata, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga. Silap sedikit sahaja pasti akan dirampas oleh monyet.
Persembahan tarian Kecak bermula setiap hari dari pukul 6pm disini. Tiket berharga IDR100,000 seorang dijual di pintu masuk. Tapi kena beli awal sebab tempat duduk adalah terhad. Cara paling mudah boleh beli online melalui KLOOK. Harga pun lebih murah selain tak perlu berbaris panjang untuk mendapatkan tiket. Kelebihan lain, tempat masuk anda terjamin jika sudah beli online lebih awal. Sewaktu kami berada kat sana, kesian juga melihat ada pelawat yang tak sempat mendapatkan tiket.
Persembahan tarian kecak berlangsung lebih kurang 1 jam. Ia merupakan antara persembahan tarian tradisional di Bali yang wajib ditonton jika anda berpeluang berkunjung ke Bali.
Selepas selesai menonton tarian kecak, hari sudah mulai gelap. Kami ambil keputusan untuk balik ke hotel terus instead of pergi dinner. Lagi pun kami belum check in lagi. Memandangkan kali ini, hotel kami hanya terletak berhampiran Lippo Mall, kalau lapar nanti just beli makanan kat mall saja. Perjalanan dari Uluwatu ke Kuta mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.
Ok guys, jangan lupa untuk follow part III pula ya. Bagi yang tak baca lagi Part I boleh baca kat sini k. Nanti kalau ada masa saya akan update lagi percutian di Bali.