Culvert View, Destinasi Terbaru Di Kundasang

Culvert View, Destinasi Terbaru Di Kundasang

Anda sedang merancang untuk bercuti ke Kundasang? So jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke destinasi menarik terbaru di Kundasang iaitu Culvert View. Kami sekeluarga agak bertuah kerana dapat singgah di Culvert View sewaktu lawatan terakhir kami ke Kundasang pada minggu kedua selepas Culvert View dibuka secara rasmi, lebih tepat lagi, kami berkunjung ke sini pada 14/09/2019

Bagaimana Untuk Sampai Ke Sini?

Culvert View terletak lebih kurang 1km dari pekan Kundasang, jika anda menuju ke Desa Dairy Farm, simpang masuk ke sini terletak disebelah kiri. Penyelesaian terbaik adalah menggunakan waze sebab saya tak perasan jika ada papan tanda disimpang jalan masuk ke Culvert View. Jika anda memandu kenderaan sendiri, tempat parking kenderaan agak terhad, so just ikut saja arahan daripada pihak security yang bertugas untuk meletakkan kenderaan anda. 

Culvert View

Pada mulanya kami ingin bermalam disini, tetapi kami dimaklumkan bahawa bilik mereka telah penuh ditempah. So, jika anda bercadang untuk bermalam disini pastikan anda membuat tempahan lebih awal. Lagi awal lagi bagus, kalau pergi pada waktu puncak boleh tempah 2 – 3 bulan lebih awal. Untuk membuat tempahan bilik boleh menghubugi Mr Norman di talian 016-832-4872. Harga chalet no 1 – 9 berharga RM169 dan chalet no 10 ialah RM189 untuk rakyat Malaysia. Manakala untuk pengunjung luar negara harga chalet no 1 – 9 adalah RM219 dan chalet no 10 ialah RM239. Harga termasuk breakfast untuk 2 orang. Chalet ini agak limited, so ia boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 1orang  kanak-kanak berusia 12 tahun atau 2 orang kanak-kanak dibawah umur 6 tahun. 

Chalet Penuh?

Tak apa, jika chalet penuh anda tak perlu risau, selain perlu menginap disini, Culvert View juga dibuka kepada pengunjung setiap hari dari pukul 10am sehingga pukul 3pm. So jika anda tidak bercadang untuk bermalam di sini, pastikan anda sampai disini untuk melihat permandangan dan mengambil gambar sebelum pukul 2pm. At least masih ada masa lebih kurang 1jam lagi untuk anda bersiar-siar disini. 

Untuk pelawat biasa, bayaran masuk adalah RM10 bagi dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Jangan hilangkan tiket anda ya, tiket tersebut anda perlukan untuk redeem minuman di kantin. So, selepas bersiar-siar dan mengambil gambar, boleh lah singgah di kantin sambil menikmati permandangan sebelum pulang.

Tarikan di Culvert View

Berbaloi ke nak pergi kat sini? Apa yang kita boleh buat? Berikut antara tarikan utama bagi pengunjung ke sini

  • Menikmati permandangan yang menarik berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu
  • Udara segar
  • Buaian
  • Mirror in The Sky
  • Kandang arnab dan kura-kura (pilihan kanak-kanak)
  • Mengambil gambar
  • BBQ (bagi pengunjung yang bermalam disini)

So basically ia merupakan satu kunjungan yang berbaloi jika anda ingin melupakan seketika segala kebisingan dan hiruk pikuk kota. Secara amnya, anda boleh habiskan sekitar 1-2 jam disini. Jika anda ingin mendapatkan gambar terbaik dan inginkan privacy pilihan yang tepat adalah bermalam di chalet yang terdapat di sini. 

Jom lihat sebahagian dari gambar yang kami sempat rakamkan 🙂 

Avien & Diane with their favorite Rabbit
Culvert View
Thinking of..? 🙂
I'm free..post UPSR lookalike 🙂
Could be thinking of her BFF at school?

So jika anda berpeluang ke Kundasang, jangan lepaskan peluang untuk singgah disini. Jika anda ingin bermalam disini jangan lupa untuk buat tempahan awal. Tapi jika bilik penuh, anda tak perlu risau kerana banyak lagi homestay yang berada berhampiran.Jika anda ingin tinggal di Happy Village boleh rujuk pengalaman kami tinggal kat Happy Village di SINI.

 

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else

This Post Has One Comment

Comments are closed.

Close Menu