Anda bercadang untuk datang ke Miri, Sarawak? Masih mencari tempat untuk bermalam? Jika jawapan anda ya, kami syorkan anda untuk memilih tinggal di Evernent Homestay, salah satu homestay provider yang terdapat di Miri. Evernent Homestay memiliki beberapa buah homestay yang terletak di hotspot area atau lebih tepat lagi the “The Wharf” dan juga Miri Time Square yang berkonsepkan homestay mewah dan moden tetapi menawarkan harga yang berpatutan.
Lokasi Homestay
Evernent Homestay terletak disalah satu ikon di Bandaraya Miri atau lebih tepat lagi di bangunan ‘The Wharf”. Ia merupakan salah satu high end condominium mewah yang terdapat di Miri hanya bersebelahan dengan Pullman Hotel. Antara tempat menarik yang berhampiran adalah seperti Miri Timesquare, Marina Bay yang terkenal dengan Coco Cabana, Bintang Megamall, Permaisuri Imperall Mall dan juga Miri Wireless Walk. Selain itu, Evernent Homestay juga memiliki unit lain yang terletak di Miri Time Square, hanya bersebelahan dengan The Wharf. Jika anda dari Miri Airport, ia mengambil masa perjalanan kurang daripada 20 minit menggunakan kenderaan. Jika anda menggunakan Grab tambang dari Miri Airport ke The Wharf lebih kurang RM14 – RM15 sahaja. Jika anda penggemar nasi lalapan, Muara Restaurant yang terkenal dengan menu lalapan terletak kurang daripada 5 minit berjalan kaki daripada Evernent Homestay.
Kelebihan tinggal di Evernent Homestay
Selain lokasi yang terletak di hotspot area, anda juga dapat menikmati permandangan yang indah ketika tinggal di salah satu unit Evernent Homestay yang terletak diantara tingkat 13 dan 17 The Wharf. Selain itu, semua bilik mereka dilengkapi dengan interior design yang menarik dan moden. Setelah penat seharian di Miri, anda boleh bersantai di kolam renang yang terletak di tingkat 5 sambil menikmati keindahan matahari terbenam.
Unit kediaman Evernent Homestay juga dilengkapi dengan kemudahan moden yang tak kurang hebatnya seperti di hotel. Antara kemudahan yang disediakan termasuk
- Contemporary Sofa
- Hotel Grade Pillow,
- Comforter, Mattress Sheet and Towel
- High speed Internet WIFI
- Microwave oven
- Rice cooker
- Toaster
- Fridge
- Washing Machine
- Iron & Iron Board
- Kettle
- Broom, Mop, Brush, Bucket
- Shower gel and Shampoo
- Kitchen utensils & cutlery

Apa kata pengunjung mereka?
Rata-rata tetamu yang menginap disini sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Selain kemudahan yang mewah dan moden, pemilik juga sangat responsive dan membantu para tetamu. Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan oleh para tetamu mereka:
Jom lihat galeri bilik di Evernent Homestay









Macam mana nak buat tempahan?
Tunggu apa lagi, jika anda ingin merasai penginapan mewah dan moden di bandaraya Miri dengan fasiliti lengkap ala-ala di rumah sendiri, anda boleh tempah salah satu unit yang terdapat di Evernent Homestay.
Untuk membuat tempahan boleh terus book di HotelsCombined bagi mendapatkan harga yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan melalui Airnb dan juga melalui facebook page official Evernent Homestay.
Jika anda berada di Miri, dan masih mencari tempat terbaik untuk membawa keluarga for short staycation, anda juga boleh memilih untuk tinggal di salah satu unit yang terdapat di Evernent Homestay, ia pasti percutian singkat yang berbaloi lebih-lebih lagi jika anda bersama dengan anak-anak kecil. Mereka pasti suka untuk bermain di kolam renang yang terletak di tingkat 5.
Nak jalan kat mana sewaktu di Miri? No worries kami ada sedikit tips untuk anda. Boleh baca sedikit tips kat artikel di bawah.
Panduan tempat menarik di Miri