Dalam lawatan terakhir kami ke Kota Kinabalu, kami berkesempatan untuk pergi ke pulau. Lebih tepat lagi kami pergi ke Manukan Island. Pulau Manukan ini merupakan salah satu pulau yang menjadi daya tarikan pelancong di Kota Kinabalu, ia merupakan pulau terbesar yang ada di sekitar Taman Tun Abdul Rahman selain daripada Pulau Sapi dan Pulau Mamutik.
Bagaimana Nak Pergi Ke Pulau?
Jika anda pertama kali ingin pergi ke pulau, perjalanan anda akan bermula daripada Jesselton Point. Untuk keselamatan anda, anda perlu membeli tiket dan juga mengambil bot dari Jesselton Point sahaja.

Untuk sampai ke Jesselton Point, anda boleh mengambil Grab atau taxi dari hotel atau tempat penginapan. Ia terletak di hujung sebelah barat bandaraya KK. Jika anda tinggal di Mercure Hotel, anda cuma perlu mengambil masa tidak sampai 5 minit berjalan kaki untuk sampai ke Jesselton Point. Selain itu, Grandis Hotel dan Jesselton Residence juga berhampiran dengan Jesselton Point.
Seperti kebanyakan tempat lain, sebaik sahaja anda sampai ke pintu utama Jesselton Point, terdapat ramai penjual tiket yang cuba menawarkan pakej atau tiket kepada anda. Sekali lagi dinasihatkan untuk keselamatan anda, sebaik-baiknya hanya berurusan di kaunter sah menjual tiket yang terdapat di dalam bangunan utama.

Harga tiket ulang-alik menggunakan bot ke pulau Manukan untuk dewasa adalah RM23 + RM7.65 untuk caj jetty. Manakala untuk kanak-kanak berharga RM18 + RM3.85 untuk caj jetty. Yuran masuk ke pulau adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Manakala bagi pelancong luar negara, yuran masuk adalah RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan?
Aktiviti popular yang boleh dilakukan ketika di pulau tentu sekali mandi manda dan snorkeling. So jika anda bercadang untuk mandi, anda boleh menyewa jaket keselamatan dan juga snokerling set yang berharga RM10 satu. Ketika kami membeli tiket bot di kaunter, mereka menawarkan satu set jaket+snorkeling hanya pada harga RM10. So jika anda ingin berjimat, boleh terus sewa di kaunter ketika membeli tiket.

Selain mandi, anda juga boleh bersantai di tepi pantai. Jika tempat rehat sudah penuh, cara terbaik adalah menyewa tikar. Jika anda ingin bermalam di pulau, anda boleh menginap di Manukan Island Resort.
Kemudahan Lain
Selain daripada mandi dan bersantai di tepi pantai, saya lihat ada juga padang bola sepak yang terletak berhampiran pantai. So jika anda datang dalam rombongan mungkin boleh bermain bola kat sini kot. Jika anda lapar dan terlupa membawa bekalan makanan, anda tak perlu risau kerana ada beberapa buah restaurant atau kedai makan yang terdapat di pulau manukan. Namun saya perhatikan, mereka sudah mula berkemas untuk menutup operasi sekitar pukul 3pm. So cara terbaik adalah membawa sedikit bekalan makanan kerana selain pilihan yang terhad, harga juga boleh tahan mahalnya.
Sebahagian gambar yang sempat kami rakam







