Kebanyakan budget hotel atau Guesthouse di Seoul menawarkan tempat penginapan yang selesa kepada semua pengunjung. Ia menyediakan keperluan asas untuk para pelancong beristirehat selepas penat menyelusuri permandangan di Seoul. Budget hotel ini boleh didapati di kebanyakan tempat-tempat tumpuan pelancong. Berikut merupakan antara budget hotel terbaik yang terletak disekitar Dongdaemun Market, Myeongdong Market, Gyeongbok Palace, and Changgyeonggung Palace. Kebanyakan budget hotel ini terletak berhampiran dengan subway station.
Berikut merupakan Budget Hotel dan Guesthouse Terbaik Di Seoul
Ro & Jo House terletak berhampiran dengan Yeonsei University, Seoul World Cup Stadium, and Deoksugung Palace. Antara kelebihan guesthouse ini ia menyediakan menu sarapan pagi / breakfast. Selain itu, anda juga boleh menikmati permandangan Seoul di atas rooftop guesthouse ini. Kesemua 8 bilik dalam guesthouse ini dilengkapi dengan LED TV, coffee/tea maker, hair dryer dan juga air minuman percuma.
2. Well Plus BNB Guest House (JUN Guesthouse)
Terletak berhampiran Chungmuro Subway Station (Line 3 & 4), ia memudahkan perjalanan dan pengembaraan anda di Seoul menggunakan subway. Antara tempat menarik berhampiran Well Plus BNB Guesthouse ini ialah Chojun Textile & Quilt Art Museum and Seoul Animation Center. Guesthouse ini juga menyediakan wifi percuma, selain bilik yang dilengkapi dengan TV, hair dryer, selipar dan juga toiletries.
3. Cocoon Stay Hongdae Guesthouse
Terletak berhampiran dengan Hongik University and Rolling Hall, guesthouse ini mempunyai 22 buah bilik yang baru sudah diperbaharui (renovate). Ia merupakan penginapan yang berbaloi jika anda hanya memerlukan bilik untuk sekadar berehat. Guesthouse ini juga menyediakan mesin basuh untuk kemudahan pengunjung. Terletak berhampiran Hongik Univ. Subway Station (Line 2), memudahkan pergerakan anda di sekitar Seoul dan menjadikan ia antara pilihan guesthouse terbaik di Seoul. Guesthouse ini juga menyediakan wifi percuma, mineral water + free phone call untuk membuat panggilan tempatan. Jika cuaca baik, anda juga boleh bersantai di rooftop sambil menikmati keindahan Seoul.
4. Yoonginong Guesthouse
Yoonginong Guesthouse ini terletak di tengah-tengah Seoul berhampiran dengan tempat popular seperti Seoul World Cup Stadium and Yeonsei University. Guesthouse ini menyediakan breakfast dan wifi percuma. Selain itu ia juga ada kemudahan laundry dan tempat untuk membuat minuman. Guesthouse ini mempunyai 6 bilik dan ada terrace di atas bumbung, bagi yang tak kesah berkongsi bilik air, guesthouse ini sangat sesuai jika anda ingin menjimatkan kos penginapan. Harga bermula serenda USD16 semalam.
5. Kukje Myeongdong House
Terletak berhampiran dengan Dongdaemun Market, Gyeongbok Palace, and National Museum of Korea, menjadikan guesthouse ini antara lokasi yang strategik jika anda ingin menyelusuri Seoul. Tempat popular seperti Myeongdong Market and Myeongdong Chaderal juga boleh diaksess dengan berjalan kaki dari tempat ini. Kesemua 9 bilik guesthouse ini dilengkapi dengan TV, wifi dan juga air minuman. Selain itu, ia juga menyediakan breakfast percuma. Gueshouse ini terletak berhampiran Myeong-dong Subway Station (Line 4).
6. Ultari Hostel
Ultari Hostel menyediakan 13 bilik yang baru sudah direnovate untuk kelesesaan pengunjung. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi dan juga hair dryer, free wifi and juga TV. Guesthouse ini boleh diakses dengan berjalan kaki dari Ehwa Womans Univ. Subway Station (Line 2). Bagi penggemar makanan tempatan, guesthouse ini sesuai untuk anda kerana ia berhampiran dengan pelbagai pilihan restoran tempatan.
7. The Haemil Guesthouse
Guesthouse ini terletak berhampiran dengan Gyeongbok Palace, Yeonsei University, and Seoul World Cup Stadium. Kesemua 10 bilik di guesthouse ini dilengkapi dengan TV, free wifi dan juga tea/coffee maker. Gueshouse ini juga menawarkan Tour Guide dan menyediakan tempat untuk menyimpan bagasi.Jika anda ingin memasak, mereka juga menyediakan ruangan dapur yang boleh dikongsi dengan pengunjung lain. Selepas seharian penat berjalan, anda boleh menikmati permandangan langit Seoul di atas rooftop guesthouse ini.
8. Vin Guesthouse
Jika anda ingin tinggal berhampiran dengan Namdaemun Market, Namsan and Myeongdong Cathedral, Vin Guesthouse sangat sesuai kerana ia boleh diakses dengan berjalan kaki, ia juga terletak berhampiranYeonsei University, Seoul World Cup Stadium, and Sungnyemun. Guesthhouse ini juga menyediakan wifi percuma. 5 bilik dalam guesthouse ini berkongsi bilik mandi yang sama. Myeong-dong Subway Station (Line 4) juga boleh diakses dengan berjalan kaki dari guesthouse ini.
9. Hong Guesthouse Dongdaemun
Guesthouse ini berhampiran dengan Dongdaemun Market, Korea University, and Changgyeonggung Palace. Setiap bilik dilengkapi dengan private bathroom, TV dan juga peti sejuk. Anda juga boleh menikmati makan malam di restaurant yang terdapat didalam guesthouse ini, selain itu terdapat banyak juga restaurant berhampiran untuk anda membuat pilihan. Kemudahan untuk membuat tea/coffee dan mesin basuh pakaian juga disediakan di guesthouse ini.
10. Mini Hotel DALKOM Dongdaemun
Guesthouse ini terletak di tengah Seoul dan berhampiran dengan Dongdaemun Market, Gyeongbok Palace, and Changgyeonggung Palace. Berbentuk moden dan menyediakan wifi percuma serta kemudahan untuk laundry. Restaurant juga terdapat di dalam hotel ini,menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk anda. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandai, TV, peti sejuk dan juga air minuman.
Selanjutnya jangan lupa baca artikel berkenaan:
- Hotel Terbaik Di Myeongdong, Seoul
- Tips Untuk Memilih Lokasi Hotel
- Tips Melancong Bersama Anak Kecil
- 7 Perkara Menarik Di Lakukan Di Sepanjang Han River
Jika anda berkungjung ke Seoul, tak sah jika anda tak berkunjug ke Nami Island kan. Anda boleh pergi ke Nami Island yang terletak lebih kurang 1jam perjalanan dari Seoul. Untuk memudahkan lawatan anda, boleh tempah pakej untuk pergi ke Nami Island disini.