7 Perkara Menarik Dilakukan Disepanjang Han River, Seoul

7 Perkara Menarik Dilakukan Disepanjang Han River, Seoul

Permandangan Indah Di Sepanjang Han River, Seoul

Anda bercadang untuk melancong ke Seoul? Jika ya mesti anda sudah tercari-cari kemana tempat nak pergi sewaktu di Seoul kan? So bagi memudahkan percutian anda, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan dengan salah satu tempat yang wajib dikunjungi ketika berada di Seoul iaitu bersantai di salah satu taman di sepanjang Han River iaitu Hangang Park. Han River atau Hangang Park terkenal dengan keindahan permandangan pencakar langit di Seoul, ia merupakan salah satu tempat yang wajib anda kunjungi ketika berada di Seoul. Saya sarankan jika anda ingin berkunjung ke sini, boleh berkunjung pada sebelah petang dan anda boleh luangkan masa sehingga malam kat sini, untuk menikmati keindahan cahaya lampu dari bagunan ikonik yang terdapat di Seoul.

Banpo Bridge Rainbow Fountain at Banpo Hangang Park

Ada 12 keseluruhan taman di sepanjang Han River, tetapi taman yang paling popular dan kerap dikunjungi ialah Yeouido Hangang Park dan Banpo Hangang Park, ia terkenal dengan jambatan “Banpo Bridge Rainbow Fountain” atau Pertunjukan Cahaya Pelangi Jambatan Banpo.

Taman di sekitar Hangang Park ini sangat sesuai untuk anda merehatkan diri sambil menikmati keindahan bangunan di Seoul terutamanya pada waktu senja. Malah ia merupakan tempat tumpuan bagi orang tempatan pada hujung minggu.

Yeouido Hangang Park, Seoul

Bagi anda yang ingin mencuba aktiviti unik disekitar taman ini, berikut merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan dan ia sesuai dengan semua peringkat umur.

Aktiviti Menarik di Han River atau Hangang Park Seoul

  1. Han River Cruise

Menyusuri sungai Han menggunakan boat/ferry merupakan cara paling menarik untuk menikmati keindahan Seoul. Antara bangunan popular yang anda boleh lihat disepanjang pelayaran ini seperti N Seoul Tower, the 63 Building dan Banpo Bridge Rainbow.

Selain itu, anda juga boleh menikmati makan tengah hari/malam (buffet) diatas boat/ferry sambil menikmati keindahan Seoul.

So apa tunggu lagi, anda boleh tempah tiket Han Cruise River di SINI dan tak payah berbaris lagi untuk membeli tiket sewaktu sampai di jetty. Selain menjimatkan masa, ia juga memudahkan perancangan perjalanan anda.

2. Stand Up Paddle Board

Wow..ini sangat sesuai bagi penggemar sukan air. Stand Up Paddle Board (SUP) terletak di taman Ttkseom Han River. Taman ini merupakan hub kepada sukan air di Seoul. Sambil surfing anda juga boleh melihat permandangan indah Lotte World Tower dari sini.

Jika anda tiada pengalaman bermain SUP sebelum ini, jangan risau anda boleh tempah latihan selama 1 jam di SINI. Jika anda ada pengalaman, so just terus sewa saja SUP anda kat SINI.

3. Electric Scooter

Di sepanjang taman Yeouido Hangang Park, terdapat ramai orang yang menggunakan electric scooter, so jika anda berminat anda juga boleh menyewa electric scooter yang boleh didapati di sekitar Yeouinaru Subway Station (Line 5).

4. Waterskiing

Bagi anda yang ingin merasakan kenaikan adreline anda, so boleh cuba untuk menikmati waterskiing di Han River ia boleh didapati di Jamwon Hangang Park. Jika anda tak pernah melakukan sukan ini sebelum ni jangan risau, kerana para profesional yang ada di sini akan mengajar anda.

5. Wakeboarding

Anda sukakan sukan air? Yeah..mungkin anda perlu mencuba aktiviti ini kat Han River. Ada beberapa pengendali yang menguruskan sukan wakeboarding di sepanjang Han River, so anda boleh dapatkan khidmat mereka, mereka siap untuk melatih anda juga, jika anda tak pernah bermain wakeboarding sebelum ini.

6. Flyboarding

Ingin terbang seperti Iron Man? Kini ia tidak mustahil lagi lebih-lebih lagi jika anda berkunjung ke Han River. Selepas ditunjukan cara mengendalikan mesin ini, anda sudah boleh terbang di sepanjang Han River 🙂

7. Tubester

Jika anda inginkan ketenangan dan bersantai dan tak suka aktiviti sukan air yang lasak, anda juga boleh mencuba aktiviti Tubester ini.Tubester ini berbentuk bulat serta memiliki enjin motor ia boleh muat dinaiki sehingga 6 orang.So apa tunggu lagi, sambil bersantai menaiki Tubester anda juga boleh menikmati permandangan yang indah di sepanjang Han River.

Susah ke cari tempat ni?

Macam mana nak datang ke sini? Ia sangat mudah jika anda menaiki subway. Stesen subway betul-betul berhenti di depan Hangang Park. So bila dah penat anda boleh balik guna taxi, ia mengambil masa lebih kurang 20 – 30 minit perjalanan untuk sampai ke area Myeongdong. So, jika anda belum pasti nak tinggal kat mana di Seoul, saya cadangkan anda tinggal di salah satu hotel yang terdapat di Myeondong, dari sini anda boleh pergi kemana-mana area Seoul menggunakan Subway. Sewaktu di Seoul, kami sekeluarga tinggal di Prince Hotel dan juga Nine Tree Premier Hotel.

Selamat menikmati percutian anda di Seoul,jika anda plan nak menjelajah Seoul tanpa menggunakan tour guide, saya cadangkan anda gunakan naracards, ia sangat mudah dan membantu perjalanan anda menggunakan subway dan pengangkutan awam lain sewaktu di Seoul.

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu