Pada asalnya kami tidak bercadang untuk bercuti ke Hong Kong, namun lebih kurang sebulan sebelum bertolak ke Guangzhou, kami membuat keputusan untuk terus pergi ke Hong Kong memandangkan jarak perjalanan dari Guangzhou ke Hong Kong hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam menggunakan tren. Kami menaiki tren Z817 yang bertolak dari Guangzhou East Railway Station pada pukul 1203hrs dan sampai di Hong Kong atau lebih tepat lagi stesen Hung Hom sekitar pukul 1356hrs.

Bandar Shenzhen
Dalam perjalanan ke Hong Kong kami melintasi bandaraya Shenzhen yang terkenal sebagai pusat elektronik. Bandar Shenzhen juga tidak kurang menariknya untuk dikunjungi tetapi disebabkan kesuntukan masa kami tidak dapat singgah di bandaraya ini. Tren ini akan berhenti lebih kurang 10 minit untuk menurunkan atau mengambil penumpang. Kalau destinasi anda ke Hung Hom / Hong Kong, jangan turun di sini ya..hehe.

Stesen Hung Hom
Kami sampai di stesen Hung Hom sekitar pukul 1400hrs. Untuk makluman anda, pihak imigresen Hong Kong tidak akan mengecop / stamp passport kita, mereka hanya akan memberi slip kemasukan yang valid untuk 3 bulan. Jangan hilangkan slip imigresen itu ya..nanti tak pasal-pasal tak dapat keluar dari Hong Kong. Selepas itu kami naik Taxi ke hotel, kalau nak guna subway pun boleh tapi malas juga nak bawa bag dan anak-anak naik subway. Lagipun jarak hotel dari stesen tren lebih kurang 20 minit je menggunakan taxi.
Stay kat mana?
Semasa di Hong Kong kami tinggal di Nathan Hotel. Nathan hotel ni berada di bahagian mainland lagi bukan di area pulau dan hanya terletak di belakang Novotel. Hotel ni baru saja dah siap renovate, kami memilih smart room dan dalam bilik disediakan smartphone yang boleh digunakan untuk navigation sewaktu berada di Hong Kong. Kalau anda nak pergi Hong Kong, boleh cuba stay di Nathan Hotel ni ye..pasti berbaloi. Boleh check harga bilik kat sini ya
Victoria Harbour
Memandangkan kami sampai dah agak lewat, so petang tu kami hanya sempat berjalan di sekitar Victoria Harbour. Jarak Victoria Harbour ni dari hotel tempat kami tinggal sekitar 20 – 30 minit berjalan kaki, tapi tak perlu risau kerana di sepanjang perjalanan terdapat pelbagai permandangan yang indah dan tidak membosankan. Selain daripada itu, ia juga selamat kerana ramai penduduk tempatan & juga pelancong di sepanjang jalan ini. Dalam perjalanan tu kami sempat singgah makan di KFC. Barang kat Hong Kong ni boleh dikatakan agak mahal, set ayam KFC saja boleh mencecah sekitar RM40 bagi set yang sama di Malaysia dengan harga sekitar RM15. Saya sempat beli mineral water botol besar kat kedai bersebelahan KFC dengan harga sekitar RM8.

Apa aktiviti kat Victoria Harbour
Apa yang best kat sini? Victoria Harbour memang terkenal sebagai lokasi pelancongan, anda boleh menyaksikan pertunjukan warna warni lampu dari bangunan pencakar langit dari dataran Victoria Harbour. Setiap malam persembahan lampu dari bangunan ini akan bermula pada pukul 8pm. Selain itu, kami sempat menaiki Victoria Star Cruise dari pelabuhan Star Ferry. Anda akan dibawa belayar di sepanjang Victoria Harbour sambil menyaksikan permandangan indah kota Hong Kong yang diseliputi oleh bangunan pencakar langit. Kami memilih package ‘A Symphony of Lights Harbour Cruise’ dari pukul 1755hrs – 2055hrs. Pakej ini ini berharga HK160 untuk seorang dewasa. Yang menarik nya package ni, kami dapat menikmati persembahan lampu warna warni dari bangunan di tepi sungai tepat pukul 8pm sambil menikmati makanan di atas kapal. Sekiranya anda ke Hong Kong, jangan lepaskan peluang ini. Kemudian kami balik semula ke hotel menggunakan taxi kerana anak-anak sudah kepenatan.
