Percutian Di Kota Kinabalu

Percutian Di Kota Kinabalu

Akhirnya tahun 2018 tinggal kenangan dan kita melangkah ke tahun baru 2019. Disebabkan kesibukan jadual kerja, tahun ni kami sekeluarga hanya sempat bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah di penghujung tahun 2018. Basically it not really a planned trip. We just packed our stuff hours before we drive to Kota Kinabalu from our home. It took approximately 7-8 hours driving from our home through Brunei to Kota Kinabalu. We departed from Miri at 1300hrs on 28/12/18 after my wife end her night duty and until we reached Kota Kinabalu around 2030pm, we still have no idea where to go.
Untuk persinggahan kali ini, kami memilih untuk tinggal di hotel kegemaran kami iaitu Ming Garden Hotel & Residence. Our daughters like this hotel because they love the swimming pool

Kami sampai di hotel agak lewat, sekitar jam 8.30 malam. To our surprised, our room was upgraded to executive room. Selain swimming pool, hotel ini juga ada menyediakan gym, kids room dan juga spa. Ia terletak diseberang jalan pusat beli belah IMAGO. Anda boleh berjalan kaki ke IMAGO, tapi agak berisiko kerana perlu melintas lebuh raya yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Jika anda bersama kanak-kanak, just naik Grab saja jika anda tak drive sendiri.
Selepas check-in kami terus pergi menikmati makan malam di kedai seafood kegemaran kami iaitu Welcome Seafood Restaurant. Bagi yang akan berkunjung ke Kota Kinabalu, jika anda penggemar makanan laut, jangan lepaskan peluang menikmati makan malam di Welcome Seafood Restaurant. Ia merupakan antara restaurant makanan seafood yang paling popular di Kota Kinabalu. Antara tarikan utama pengunjung ke sini adalah masakan yang sedap serta harga yang murah. Selain itu, walaupun restaurant ini sentiasa penuh dengan pengunjung, anda tak perlu risau untuk menunggu makanan dihidangkan.

The following morning, after having our breakfast we spend our time at swimming pool. It’s always a good experience for our family, and our kids always like this hotel swimming pools. We did’t extend our stay kat Ming Garden, instead kami mengambil keputusan untuk check-out dan berpindah ke Avangio Hotel. Hotel ini agak baru, dan ini pertama kali kami tinggal di Avangio Hotel sewaktu berkunjung ke Kota Kinanalu.

Selepas check-out dari Ming Garden, kami masih mencari idea nak jalan-jalan kat mana. Finally we decided untuk pergi ke ‘Borneo Ant House’. Ia terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu. Ia terletak diantara Bandar Tuaran dan Kota Belud. Jika anda drive sendiri tak perlu risau untuk tersesat, just gunakan waze saja. Jika anda drive dari Kota Kinabalu, Borneo Ant House terletak di sebelah kanan anda. We spend our time here approximately around 2 hours.

Selepas check-in di Avangio Hotel, misi seterusnya ialah mencari ikan bakar untuk dinner. Namun agak malang disebabkan malam minggu dan ramai kereta, selepas kira-kira 1jam 30 minit berpusing-pusing mencari tempat parking, kami batalkan saja rancangan untuk menikmati ikan bakar, sebaliknya kami pergi ke satu lagi restaurant kegemaran kami di Kota Kinabalu iaitu De Dapur yang menyediakan masakan “ayam bakar”. Tak dapat ikan bakar, ayam bakar pun jadi la. Untuk yang belum singgah ke restaurant ni, basically mereka dah tukar nama restaurant kepada Yasmeen Dapur. Restaurant ni terletak sama baris dengan Zara’s Boutique Hotel, lebih tepat lagi di sebelah Bank Rakyat, Harbour City.

The following day, seperti biasa selepas menikmati sarapan, menjadi kewajipan untuk anak-anak mandi di kolam renang sebelum pergi berjalan. Untuk hari ini pun sama juga, kami belum ada idea lagi nak pergi mana. Maybe just lepak kat IMAGO and enjoy the movie. Suddenly idea come out, instead of going to IMAGO, kami pergi ke Kundasang and spend our time at Kundasang Mount Valley Recreation and Resort. Bagi yang tak sampai lagi kat tempat ni, jika anda berpeluang ke Kundasang, just dropped by, ia merupakan salah satu tarikan utama di Kundasang selain daripada Dairy Farm. Perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu sangat menyeronokan lebih-lebih lagi selepas Jambatan Tamparuli dan kami tak pernah boring menikmati keindahan permandangan di sepanjang jalan, walaupun saya sendiri tak ingat ini kali keberapa kami sudah melalui jalan ini.

Antara tarikan utama kat resort ni ialah The B.E Wonderland & Fyling Fox. Selain itu bagi yang meminati aktiviti memanah anda juga boleh pergi ke Achery area. Tempat ini terletak di sebelah kanan jalan dari Kota Kinabalu lebih kurang 3 – 5 minit selepas Kota Kinabalu Mount Park. Sebelum pulang ke Kota Kinabalu, kami sempat menikmati mee goreng di cafe yang teletak di dalam resort ini. Kami bertolak dari resort sekitar pukul 5.20pm dan destinasi kami seterusnya adalah IMAGO.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah sekali lagi di Pekan Nabalu. Jika anda bernasib baik dan cuaca mengizinkan anda boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari pekan ini dengan lebih jelas. Kami sampai di IMAGO sebelum pukul 8malam dan terus disajikan dengan persembahan tarian tradisional 🙂 Selepas shopping di IMAGO, kami singgah ke Gangnam BBQ, salah satu restaurant korea yang terletak di area Lintas, ia terletak di hujung Lintas View Hotel. Menikmati makan malam disini, mengingatkan kembali percutian kami sekeluarga ke Seoul pada tahun 2017 yang lalu. I can say this is once of real taste korean food which serve pork belly. One of our favorite dish while at Seoul.
The following day, percutian singkat kami berakhir, sebelum bertolak driving ke Miri, kami sempat singgah di salah satu lagi restaurant kegemaran kami iaitu Sabah Kertang. Restaurant ini terletak di Sadong Jaya, atau lebih tepat lagi satu baris dengan OCEANIA Hotel. Tarikan utama makan kat sini ialah Ikan Keratang atau Kerapu. Antara menu kegemaran saya kat sini ialah perut ikan. Kami bertolak sekitar pukul 2.45pm dari Kota Kinabalu pada 31/12/2018 dan sampai di Miri sekitar pukul 1030pm dan sempat bersama keluarga besar kami untuk menyambut ambang tahun baru 2019.
Itu saja perkongsian untuk kali ini, jika ada kesempatan saya akan buat review dengan lebih detail lagi berkenaan dengan ‘Borneo Ant House’dan juga Kundasang Mount Valley Recreation Resort

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu