Penginapan di Happy Village Kundasang

Penginapan di Happy Village Kundasang

Percutian singkat kali ini kami sempat bermalam di Kundasang. Kali terakhir kami bermalam di Kundasang lebih kurang 3 tahun yang lalu.Kali ini kami memilih untuk tinggal di Happy Village, salah satu homestay yang agak baru. 

Secara kesuruhan kami sekeluarga berpuas hati dengan fasiliti di Happy Village. Kami bertolak dari IMAGO sekitar pukul 4.20pm pada 13/09/2019. Kebiasaanya perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Namun mungkin disebabkan ‘Black Friday’:) kami terperangkap di dalam kesesakan jalan selama 3jam lebih dari IMAGO ke Tamparuli. Kami hanya bertolak dari Tamparuli (BATARAS SUPERMARKET) sekitar pukul 7.30pm. Saya agak risau kerana cuaca sudah gelap dan berkabus, dalam masa yang sama juga agak khuatir jika tersesat untuk sampai ke Happy Village. Namun kami agak bernasib baik, lebih kurang 10 minit selepas bertolak dari Tamparuli, ada kereta pengiring polis yang membawa VIP memotong kenderaan kami dan saya mengambil peluang untuk terus mengekori kenderaan mereka sehingga kami sampai ke Kota Kinabalu Park. 

Laluan ke Happy Village

Ketika kami sampai di Kundasang, cuaca sudah berkabus dan gelap, luckily ‘google map’ berfungsi untuk membawa kami sampai di Happy Village dengan selamat. Mungkin disebabkan rangkaian telefon yang kurang baik, ‘waze’ tidak berfungsi ketika kami sampai.

Happy Village
Roundabout Kundasang

Dari arah Kota Kinabalu, bila sampai di roundabout Kundasang, ambil lorong yang ke-3, kemudian belok ke kiri dan naik ke arah atas seperti pada gambar di atas. Lebih kurang 800m selepas mendaki laluan tersebut, belok ke arah kiri. Ada signboard kat tepi jalan seperti gambarajah dibawah.

Happy Vilage Kundasang

Sebelum sampai ke Kem Bina Negara Kundasang, belok lagi ke kiri seperti gambarajah dibawah menuju ke Yoki Rina. Basically Happy Village hanya terletak di bawah Yoki Rina lebih kurang 200m.

Happy Village

Selepas belok ke kiri, anda akan melalui homestay Yoki Rina sebelum sampai ke Happy Village. 

Happy Village

Amazing View

Jika anda inginkan suasana tenang dengan pemandangan indah belatar belakangkan puncak Gunung Kinabalu, memilih untuk tinggal di Happy Village adalah pilihan yang tepat. Jika anda datang bersama keluarga kecil contohnya pasangan suami isteri dan anak-anak (2-3 orang anak), anda boleh memilih untuk tinggal di bilik Studio. Tapi jika anda datang bersama rombongan yang lebih besar lebih dari 5 orang dewasa atau lebih dari satu keluarga, lebih baik untuk tinggal di dalam Villa. 

Pastikan anda tidak lupa untuk membawa pakaian sejuk jika ingin menginap di sini. Cuaca agak sejuk pada lewat petang sehingga ke tengah hari.

Jika anda ingin melihat puncak gunung, pastikan anda bangun awal sebelum pukul 10am. Jika terlewat takut puncak gunung sudah berkabus dan tak clear lagi. Tempat terbaik untuk mengambil gambar adalah kat atas kantin atau di depan Villa. 

Gunung Kinabalu
Puncak Gunung Kinabalu boleh dilihat dengan jelas dari Happy Village

Apa aktiviti yang sesuai disini?

Tempat ini sangat sesuai jika anda ingin mengadakan Family Day atau gathering bersama teman-teman. Selain daripada aktiviti BBQ anda juga boleh karaoke. Kawasan mereka juga luas sekiranya anda ingin melakukan aktiviti sukaneka. Jika anda merancang untuk BBQ, jangan lupa untuk membawa arang dan bahan sendiri ya 🙂 

Studio Room Happy Village

Selain itu, jika anda datang bersendirian, anda boleh menikmati permandangan yang indah sambil berjogging di sekitar Happy Village.

Happy Village juga terletak berhampiran dengan hotspot yang menarik di Kundasang seperti Desa Fairy Farm, Culvert ViewBE Wonderland dan banyak lagi.

Makanan?

Terdapat kantin / restaurant di Happy Village yang dilengkapi dengan meja snooker dan set karaoke untuk anda bersantai sambil menikmati permandangan indah di sekitar kawasan ini. Namun pilihan yang ada agak terhad dan harga pun memang standard dengan kawasan percutian.

So jika anda tak nak berlapar, anda boleh membawa bekalan makanan segera untuk mengalas perut. Namun begitu jangan risau, anda masih boleh mendapatkan makanan di pekan Kundasang atau pekan Ranau. Namun jika anda tak biasa memandu di kawasan pergunungan, mungkin agak berisiko untuk memandu pada waktu malam kerana cuaca yang berkabus. So cara terbaik just standby bawa mee dalam cup atau bun jika anda masih lapar sekiranya kantin telah ditutup. Kalau tak silap kantin mereka hanya beroperasi sehingga pukul 10pm dan sudah dibuka seawal pukul 6.30am.

Kesimpulan

Kami sekeluarga berpuas hati dengan fasiliti dan juga layanan yang diberikan sepanjang persinggahan singkat kami disini. Selain fasiliti yang agak baru, tempat mereka juga bersih. Begitu juga dengan pekerja mereka, sangat supportive dan mesra. Selepas kami menikmati makan malam di kantin sekitar pukul 0945pm, secara tak sengaja isteri saya tertinggal handphone di atas meja makan, salah seorang pekerja mereka berlari-lari untuk menghantar handphone kepada kami. 

So, jika anda ada peluang berkunjung dan ingin bermalam di Kundasang, menginap di Happy Village adalah satu kenangan yang terbaik. 

Happy Village

Jika ingin membuat tempahan boleh saja tempah melalui HotelsCombined untuk mendapatkan harga yang terbaik.Harga untuk Studio Room bermula dari RM180 ke atas dan Villa dari RM450 ke atas untuk penginapan satu malam. 

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu