Sudah jadi kebiasaan, kalau travel bersama anak-anak Taman Tema merupakan antara tempat yang wajib dikunjungi. So hari ke-tiga di Seoul, kami sekeluarga telah pergi ke Everland yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan menggunakan bas dari Seoul.
Everland merupakan salah satu tarikan utama di Seoul selain daripada Lotte World. Ia merupakan taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Antara tarikan utama di Everland ialah Zoo Topia, Europian Adventure, Magic Land, American Adventure dan Global Fair.
Jika anda beli tiket di kaunter taman tema, harga untuk dewasa ialah 54000won atau sekitar RM200 manakala untuk remaja berharga 4600won lebih kurang RM170 dan tiket kanak-kanak berharga 43000won atau RM160. Agak mahalkan, tapi jangan risau, anda boleh dapatkan tiket lebih murah dengan beli secara online kat SINI. Sebelum berangkat saya juga telah tempah tiket melalui website tersebut, bukan saja lebih jimat, malah ia termasuk tambang bas pergi dan balik. So kita tak payah pening kepala nak fikir macam mana cara nak pergi Everland dari Seoul.
Sewaktu saya tempah online dulu, harga untuk seorang dewasa ialah USD38.50 lebih kurang RM162 dan untuk kanak-kanak USD36, kira-kira RM150. So masih jimat memandangkan harga tersebut sudah termasuk kos pengangkutan ulang alik dari Seoul ke Everland.
Sepatutnya kami bertolak dari Myeongdong Station pada pukul 9.30am, tetapi disebabkan ramai pelancong yang menempah tour tersebut, bas kami dijadualkan semula pada pukul 9.40am. So ada dua buah bas yang bertolak dari Myeongdong Station pagi tersebut.
Kami sampai di Everland lebih kurang sejam kemudian, namun bas yang membawa kami dari Myeongdong hanya berhenti di Station 5 parking area untuk Everland. Dari lot Parking 5, kami menaiki shuttle bas yang disediakan oleh Everland menuju ke pintu masuk utama Everland.
Sewaktu kami sampai disana, terdapat begitu ramai pelancong, ini disebabkan public holiday di South Korea sepanjang minggu tersebut. Ditambah lagi, ada public holiday di China, so ramai juga pelancong dari China yang datang ke Everland. Barisan pelancong yang membeli tiket juga sangat panjang, mujur kami sudah membeli tiket online, so tak payah untuk beratur lagi. Saya hanya tunjukkan bar code tiket yang sudah dibeli di gate masuk ke Everland, kemudian mereka scan QR Code tersebut untuk issue original tiket sebelum kami dibenarkan masuk.
Disebabkan terlalu ramai pelancong pada hari tersebut, Everland agak sesak. Masa menuggu untuk bermain sebarang permainan lebih kurang 30 – 60 minit. So kami hanya sempat bermain dua permaianan sahaja. Selebihnya, kami pergi ke Zoo Topia untuk melihat Panda dan binatang lain yang terdapat di Zoo Topia.
Antara tempat paling menarik untuk mengambil gambar ialah di sekitar area Four Season Garden. Ia terletak berhampiran restorant. Tak jauh dari sini juga terdapat pentas utama dan juga jalan untuk perarakan. Rose Garden dan Rose Castle juga sangat cantik untuk bersantai dan mengambil gambar. Namun disebabkan terlampau ramai pelancong pada hari tersebut, kami tidak sempat untuk bersantai di Rose Garden atau Rose Castle.
Jika anda lapar terdapat beberapa buah restaurant terdapat di sini. Antara yang popular seperti Holland Village, Han-ga-ram dan Magic Time Restaurant. Jika anda pengemar burger, boleh cuba Shrimp Burger yang dijual di Burger Café Europe. Restaurant segera seperti KFC juga terdapat disini.
Antara tarikan atau permainan yang popular sepert Racing Coaster, Ball House, Magic Swing, Sky Dancing dan Flying Dragon. Jika anda berkunjung bersama kanak-kanak, mungkin anda ingin bermain Fyling Elephant, Lily Dance, Kingdom of Car dan Bumper Car. Selain itu, kanak-kanak pasti seronok jika bermain di Kids Village. Jika anda ingin membeli cenderahati boleh berkunjung ke Rose Gifts dan Aesop’s Gifts.
Disebabkan terlalu ramai pengunjung, kami tak sempat untuk bermain kebanyakan permainan yang ada di Everland, nak ambil gambar pun terpaksa berebut mencari ‘pot’ yang menarik. Makan pun takde meja, kalau ada pun memang terpaksa berdiri di tepi meja pengunjung yang lain, so bila mereka siap kita cepat-cepat duduk.
Bagi anda yang bercadang nak ke Everland, boleh check dulu calendar public holiday di Seoul. Kalau terpaksa juga pergi sewaktu public holiday di Seoul, jika anda tak nak terlepas bermain boleh dapatkan Q-PASS. So jika ada Q-PASS, anda tak perlu berbaris ikut barisan pengujung biasa, just tunjukkan Q-PASS anda kepada penjaga tempat permainan, then anda boleh overtake pengunjung yang lain. Untuk dapatkan Q-PASS pada harga diskaun boleh dapatkan DISINI.
Disebabkan ramai pengunjung dan jarak Tour Bas kami yang agak jauh, so kami beranak beredar dari Everland sekitar pukul 7.45malam. Sepatutnya Tour Bus kami bertolak balik ke Myeongdong pada pukul 0930pm tetapi disebabkan bas sudah penuh kami bertolak pada pukul 9pm. Bas yang satu lagi masih menunggu pengunjung yang balik pukul 9.30pm
Jika anda merancang untuk ke Everland, semoga coretan ini sedikit sebanyak memberi inspirasi dan anda boleh merancang percutian lebih awal.