Wow Bestnya Bermain Salji Di Snow Park

Snow Park

Selepas pergi ke Everland, hari berikutnya kami pergi bermain salji di Snow Park yang terletak di dalam OneMount Mall. Tempat ini merupakan salah satu Snow Park terbesar di Korea Selatan dan ia merupakan antara tempat dimana anda boleh menikmati salji di Korea Selatan sepanjang tahun.

Jarak OneMount dari Myeongdong lebih kurang 30-40km. Kami beranak pergi menggunakan subway dari Myeongdong Station. So macam mana nak pergi OneMount dari Myeongdong Station? Untuk pergi ke OneMount dari Myeongdong Station, kita perlu membeli tiket terus ke Juyeop Station. Namun begitu, kita kena menukar tren di Chungmuro Station iaitu satu stop dari Myeongdong Station. Ini kerana Myeongdong Station terletak di Line 4 manakala Juyeop Station merupakan Line 3 bagi rangkaian sistem subway di Seoul.

Onemount
Cara pergi ke Snow Park Onemount dari Juyeop Station

Tambang bagi seorang dewasa menggunakan subway dari Myeongdong Station ke Juyeop Station ialah 1350won manakala untuk kanak-kanak ialah 450won. Perjalanan menggunakan subway mengambil masa lebih kurang 1jam. Apabila sampai di Juyeop Station, untuk menuju ke OneMount kena keluar melalui Exit 2. Dari Exit 2, hanya perlu jalan lurus sahaja melalui taman sehingga anda melalui jejantas yang menyeberangi highway. OneMount Mall berada di sebelah kanan dan dapat dilihat dari jejantas tersebut. Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari Juyeop Station ke OneMount Mall.

Selain daripada Snow Park, terdapat juga Water Park di dalam OneMount Mall dimana rancangan popular Running Man sering membuat rakaman. Terdapat juga kedai menjual pakaian dan restaurant terdapat disini.

Bayaran masuk ke dalam Snow Park jika anda membeli tiket di kaunter berharga 35,000won tetapi untuk pelancong asing, mereka ada diskaun 50% jika anda menunjukkan passport sewaktu membeli tiket. Namun jika anda ingin lebih jimat dan tak nak membuang masa beratur membeli tiket di kaunter, anda boleh beli tiket online di laman web KLOOK travel.

Antara tarikan utama di dalam Snow Park ini ialah Santa Village, Snow Hill, Roof Sled & Ever Slide, Dog Sled & Mammoth Sled dan Ice Lake. Sewa untuk baju ialah 5000won. Untuk lebih jimat anda boleh stanby bawa sarung tangan sendiri, sarung tangan dijual pada harga 2000won sepasang.

Jika anda ingin mencuba ditarik menaiki pelantar yang ditarik anjing atau Dog Sled, anda perlu membuat bayaran berasingan sebanyak 7000won seorang. Kami tidak menaiki Dog Sled kerana anak kami takut kepada anjing J. So anak-anak pasti seronok bermain di Ice Sled dan juga Roof Sled & Ever Sled.

Antara tempat yang menarik untuk mengambil gambar adalah di dalam Snow Hill dimana Santa Village serta Roof Sled & Ever Sled terletak. Kami meluangkan masa lebih kurang 4 jam di dalam Snow Park. So jika anda berkunjung ke Seoul bukan pada waktu winter, Snow Park mungkin tempat yang sesuai untuk anda bermain salji.

Kami bertolak kembali ke Myeongdong dalam pukul 5pm dan sampai di hotel lebih kurang pukul 6.30pm.

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu