Panduan Lawatan Ke Taman Tema Everland Musim Sejuk 2017-2018

Wow..cuti sekolah sudah bermula? So sudah plan nak pergi mana time cuti ni kan? Maybe ada diantara anda yang bercadang nak pergi ke Seoul bersama keluarga, pastikan anda tidak lepaskan peluang berkunjung ke Everland Theme Park dan nikmati keunikan berada di Everland Theme Park pada musim sejuk.

Everland Theme Park terletak di daerah Yonging, Gyeonggido lebih kurang satu jam perjalanan menggunakan bas atau kereta dari Seoul.
Bertemakan “Christmas Fantasy”, Everland sudah bersedia menyambut para tetamu dengan perarakan, persembahan dan pertunjukan bertemakan konsep Krismas dan Musim Sejuk.
Samada anda berkunjung bersama keluarga atau mencari suasana romantik bersama pasangan anda, Everland sudah bersedia untuk memberikan kenangan indah kepada setiap pengunjung.

Berikut merupakan antara aktiviti atau perkara penting yang anda harus ambil perhatian jika berkunjung ke Everland sepanjang musim Sejuk 2017/2018.

Everland’s Winter season 2017/2018

Waktu Operasi:

1/11/2017 – 30/12/2017
Isnin – Khamis: 10am – 8pm
Jumaat – Ahad: 10am – 9pm

24/12/2017 (Ahad) : 10am – 11pm
31/12/2017 (Ahad) : 10am – 1am

Waktu operasi mungkin berubah dari masa ke semasa. Sila rujuk website rasmi Everland DISINI untuk maklumat terkini.

Kemasukan: Untuk mengelakkan anda berbaris panjang di kaunter tiket, anda boleh dapatkan harga istimewa dengan diskaun sebanyak 40% jika tempah secara online.

5 Tarikan Utama di Everland pada musim Sejuk

1. Romantic Tower Tree


Tempat: European Adventure
Romantic Tower Tree merupakan pokok Krismas yang besar yang disaluti dengan lampu berwarna warni. Jangan lupa untuk menangkap gambar di hadapan pokok Krismas ini untuk menceriakan hari anda.

2. Bling-bling X-mas Parade


Tempat: European Adventure
Jika anda berkunjung ke Everland pada bulan Disember ini bersama anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk menikmati perarakan X-mas dimana kanak-kanak boleh menyanyi dan menari bersama Santa Claus, Rudolh and Elves. Perarakan ini akan berlangsung pada pukul 2.30pm di European Adventure. Pastikan anda menyemak website rasmi Everland untuk maklumat terkini.

3. Aesop’s Umbrella Alley


Tempat: European Adventure
Salah satu tempat menarik untuk mengambil gambar sambil berjalan dibawah payung yang dihiasi dengan bunga-bunga di sepanjang Aesop Village. Pasti sesuatu yang menarik untuk diabdikan di laman Instagram atau facebook anda bagi meraikan hujung tahun 2017 dan menyambut tahun baru.

4. Moonlight Parade

Photo courtesy of yun_a1

Tempat: European Adventure
Perarakan yang dipenuhi dengan lampu yang berkilauan pasti menambahkan suasana indah pada waktu malam di Everland. Nikmati persembahan sambil mendengar alunan musik dan bersantai untuk menghilangkan penat lelah seketika.

5. Magic In The Sky


Tempat: Magic Garden
Sebelum beredar meninggalkan Everland, nikmati persembahan bunga api yang pasti menjadi kenangan indah bagi anda dan keluarga.

Jika anda bercadang untuk menikmati percutian musim Sejuk ala Krismas di Everland? Belum terlambat untuk mendapatkan pakej-pakej menarik disini.

Untuk Menempah Tiket Sahaja

Tiket Diskaun – Untuk Kemasukan Sehari Sahaja
Q-PASS (Express Pass)

Untuk Menempah Pengangkutan Sahaja

Round – Trip Shuttle Bus (Seoul / Suwon – Everland)

Untuk Tiket Kemasukan & Pengangkutan

Tiket Diskaun dan Shuttle Bus Package
Full Day Package
Tiket Diskaun dan Private Van Transfer Package

*Kami mencadangkan anda mengambilpakej ‘Full Day Package” atau “Tiket Diskaun dan Private Transfer Package” jika anda ingin menikmati perarakan dan persembahan bunga api sehingga Everland tutu.

Tunggu apa lagi..jom pergi Everland dan tempah tiket anda sekarang. DISINI kami kongsikan lawatan kami sekeluarga ke Everland pada bulan Oktober yang lalu.