Percutian Di Bali Part III

Bedugul Trip - Tanah Lot Bali

Tanah Lot merupakan antara tempat menarik di Bali yang wajib dikungjungi. Tidak sah jika berada di Bali dan tak berkunjung ke sini. Ia tertelak lebih kurang 1 jam setengah perjalanan dari area Kuta. Sewaktu berada di Bali, kami sempat singgah di Tanah Lot pada hari ke 4 kami di Bali.

tanah lot temple

Apa yang menarik kat sini? Selain kuil yang terletak di pinggir laut, permandangan di sini juga sangat menarik. Jika anda berkunjung kat sini dan ingin mengambil gambar yang menarik, pastikan anda turun ke bahagian kuil yang terletak dibawah. Pastikan anda menggunakan pakaian yang sesuai. Cuaca kat sini boleh tahan juga panasnya. Tempat paling best ambil gambar belatar belakangkan ombak di tepi pantai berhampiran dengan kuil. Tapi kena ready untuk basah 🙂 Kalau guna kasut, better buka dulu, kalau tak habis basah macam saya hari tu. Tapi kena hati-hati juga, takut ombak terlampau kuat, naya pula kena tarik ombak pi laut 🙂 Yup, ini antara tempat menarik di Bali yang saya syorkan untuk anda kunjungi. Oh ya, jangan lupa bawa payung dan topi jika berkunjung kat sini. Damm hot babe 🙂 Waktu paling sesuai nak datang kat sini adalah pada waktu petang ketika matahari terbenam. Selain dapat ambil gambar dengan view yang cantik, cuaca pun tak panas. Anda boleh tempah pakej KLOOK secara online jika ingin datang ke sini pada waktu senja.

Saya share sikit gambar-gambar yang kita sempat ambil kat Tanah Lot. 

tempat menarik di bali tanah lot temple

Berapa lama kena spend time kat sini? Depend dengan berapa lama anda nak ambil gambar 🙂 Kalau yang jenis nak jadi insta famous tangkap gambar cantik, dalam 2 jam cukup kot. Owh ya, seperti kebanyakan tempat lain, kat sini pun ramai freelance photographer yang boleh tolong ambil gambar anda and siap boleh print sekali. Pakej bermula dari IDR20,000. Tak payah risau la kalau datang seorang boleh hire freelance photographer kat sini. Lagi best, mereka tahu kat mana spot yang cantik, so tak perlu buang masa.

Bayaran masuk ke Tanah Lot di Bali ni tak mahal sangat, untuk pelancong domestik IDR20,000 untuk dewasa dan IDR60,000 untuk harga pelancong luar. Kat sini mereka panggil harga ‘mat salleh’. Bagi kita dari Malaysia, tak ketara sangat, so boleh suruh supir untuk belikan tiket untuk dapatkan harga domestik. Tak payah risau, mereka tak minta ID atau Passport. Tapi ada juga kat certain location seperti Zoo Bali mereka minta ID atau Passport, so yang ni memang kena bayar untuk harga ‘mat salleh’ la 🙂 

Wanagiri Hills

Our next destination, kami pergi Wanagiri Hills. Huh banyak juga tempat menarik di Bali ni kan. Jika anda sudah keletihan di Tanah Lot, inilah masanya untuk tidur sekejap di dalam kereta. Perjalanan dari Tanah Lot ke Wanagiri Hill mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Jauh juga kan. Basically tak jauh sangat, tapi disebabkan traffic jem yang dasyat tu yang menyebabkan perjalanan agak lama. 

Apa ada kat Wanagiri Hill ni? Supir bawa kami untuk ke destinasi yang best untuk mengambil gambar 🙂 Dia bawa kami ke lokasi yang bernama “The Heavan Wanagiri”. Tak sahkan kalau tak ambil gambar berlatang-belakangkan Bali Swing kalau di Bali. Haaa..ini la antara tempat atau view yang cantik kat Bali, lebih-lebih lagi mereka yang nak jadi insta famous 🙂 Selain view yang menarik, kelebihan tempat ni bayaran masuk yang murah. Bayaran masuk IDR60,000 seorang termasuk pakej staff yang akan menolong anda mengambil gambar. Kebanyakan tempat swing di Bali, bayaran dia dikira mengikut jenis pakej gambar. Ada tempat kat Aloha yang kita singgah tak jauh dari Tenggalang Rice field, harga pakej bermula dari IDR350,000. Kira murah la kat The Heaven Wanagiri ni. 

tempat menarik di bali wanagiri

Tapi sayang waktu kami sampai, baru nak ambil gambar hari pula hujan 🙂 So kami pergi lunch kat restaurant yang terletak di seberang jalan sementara menunggu hujan teduh. Yang best nya, tiket tadi boleh guna balik, tak payah beli baru. Besar ke tempat ni? Tak, kecil jer, mereka cuma ada 6 set tempat untuk mengambil gambar, yang buat lama kalau ramai yang datang, so kena tunggu giliran la ambil gambar. Dalam 1 jam boleh settle kot.

Share sikit gambar yang sempat kami ambil kat The Heaven Wanagiri. 

wanagiri hill
wanagiri swing bali
tempat menarik di bali wanagiri hill

Selepas selesai mengambil gambar di The Heaven Wanagiri, kami turun dari puncak Wanagiri Hill. Dalam perjalanan turun kami ada lalu kat Handara Gate dan singgah sebentar di Ulun Danu Beratan temple. Tapi disebabkan keletihan, anak-anak malas nak turun dari kereta, so kami decide untuk balik ke hotel saja. Lagipun terlalu ramai orang kat Ulun Danu Beratan Temple masa tu. Tapi jika anda tak keletihan, jangan lepaskan peluang untuk bersantai di Ulun Danu Beratan, the scenery is so beautiful. Jika masa menginzinkan, boleh menyewa boat kat sana untuk belayar di danau dan menikmati keindahan kat danau tersebut. 

ulun danu beratan
Picture credit to: www.travelingyuk.com "Ulun Danu Beratan"

Perjalanan turun ke bandar Kuta mengambil masa hampir 3 jam. Huh boleh tahan juga jauhnya ditambah lagi dengan keadaan jalan yang sesak. Jika anda berkunjung ke Bali, make sure to choose the right place to stay untuk mengurangkan masa di dalam perjalanan then you can spend more time untuk melawat tempat menarik di Bali. Owh ya, lupa nak inform, untuk trip kali ini, normally mereka kat sini selalu panggil “Bedugul Trip” sebab kebanyakan area yang kita pergi terletak kat area Bedugul. Hopefully nanti kalau ada masa, saya akan review area atau location yang sesuai untuk stay di Bali. Stay tune and jangan lupa untuk subscribe to get the first info update.Â