Kali Pertama bercuti ke Korea Selatan? 5 Perkara Ni Anda Wajib Tahu

Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang semakin popular dalam Masyarakat Malaysia. Samaada menjadi destinasi pelancongan atau populariti Kpop yang semakin menular sehingga ke seluruh pelosok dunia. Ramai rakyat Malaysia mula mengunjungi Korea Selatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai negara ini. Tambahan pula, syarikat penerbangan kos rendah pula menawarkan penerbangan secara terus ke Seoul, Busan dan pulau Jeju hampir setiap hari. Post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang tips melancong ke Korea Selatan dengan budget yang rendah tanpa menggunakan travel agen.

Pertama kali ke Korea dan pergi tanpa travel agen? dengar sekali macam susah kan. Tapi sebenarnya tak susah. Kenapa tak susah? Baca artikel ini sehingga habis dan anda akan tahu pergi ke Korea pertama kali tanpa guna travel agen adalah trip yang sangat menjimatkan, selamat, tak sesat dan sangat mudah! Saya akan ceritakan secara ringkas 5 perkara penting perlu anda hadapi untuk travel secara sendiri ke Korea secara jimat.

5 Perkara Penting Untuk Travel Dengan Mudah

Berikut antara 5 perkara yang anda perlu ambil kira sebelum pergi ke Korea atau lebih tepat lagi ke Seoul, Korea Selatan.

Tiket Penerbangan

Air asia selalu buat promo, kalau dapat yang murah jangan tunggu lagi terus book dan rancang perjalanan. Atau gunakan skyscanner untuk dapatkan tiket flight murah. Selain menggunakan AirAsia anda juga boleh menggunakan penerbangan MAS, kadang-kadang MAS pun ada menawarkan promosi dengan harga yang berpatutan. 

Tempat Penginapan

Jika pergi beramai-ramai, stay di guesthouse. Atau boleh sewa satu apartment lengkap dengan pelbagai kemudahan, menggunakan Airbnb. Jika Airbnb tak berjaya, gunakan HotelCombined atau boleh buat carian menggunakan Agoda untuk cari hotel yang murah sebagai alternatif. Kat mana area paling nak stay kat Seoul? Saya cadangkan untuk tinggal di area Myeongdong, sebab area ni seperti Bukit Bintang kalau di KL, pendek kata semua ada kat sini. Street food, pusat beli belah, pusat kecantikan, semua ada kat Myeongdong. Boleh baca hotel-hotel terbaik yang ada di Myeongdong kat sini bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan. Bagi yang travel budget, saya ada share hotel budget yang best kat Seoul, boleh baca kat sini.

Pengangkutan

Nak jimat? pergi bertiga atau berempat. Kenapa? Sebab teksi di Korea boleh naik sehingga 4 orang. Jika nak ke destinasi yang dekat sahaja boleh jimat kerana kos teksi boleh dibahagikan. Boleh jadi ia lebih murah daripada naik subway yang perlu bayar setiap sorang satu tiket. Kebanyakan tempat boleh diakses menggunakan public transport di Korea. Jika anda ingin ke berkunjung ke Nami Island, paling best just beli jer pakej menggunakan bas dari area Myeongdong, selain menjimatkan masa, ia juga sangat selesa dan dijamin selamat sebab saya dan keluarga juga menggunakan pakej tersebut sewaktu berada di Seoul. Boleh tempah tiket bas ke Nami Island di sini. Selain pakej ke Nami Island, ada bermacam pakej yang ada kat SINI.

Makanan

Plan berapa hari nak ke Korea? agak-agak berapa banyak makanan yang diperlukan? Kumpulkan dalam 1 kotak bersaiz sederhana. Sumbat semua dalam tu kicap, rencah nasi goreng, ikan bilis yang dah siap goreng maggi dan lain-lain. Waktu ketibaan, declare kat diorang kata dalam kotak tu semuanya makanan. Jangan bawa sayur-sayuran dan buah-buahan ya. Korang sure akan kena tahan dengan kastam nanti!

Pakaian

Berikut adalah anggaran musim-musim di Korea. Berpandukan musim ini anda akan tahu pakaian apa yang sesuai untuk dibawah ke sana

  • November ke February – musim sejuk
  • March ke May – musim bunga
  • June ke August – musim panas (sama macam malaysia)
  • September ke November – musim luruh

Masalah Yang Perlu Diatasi?

Perancangan (planning)

Kalau travel sendiri tanpa travel agen, yang menentukan berjayanya trip tersebut atau tidak ialah sejauh mana tahap perancangan korang yang melibatkan beberapa perkara kat atas. Inilah sebenarnya yang paling tricky. Ramai orang jadi malas bila sampai bab ini. Lagi-lagi kalau pergi bertiga atau berempat. Masing-masing nak taichi siapa yang nak kena buat planning ni semua?

Maklumlah, nak planning bukan mudah. Beli tiket flight murah time bila? planning. Nak tinggal kat mana yang murah? dekat ke dengan subway? planning. Nak pergi dari Airport ke Seoul station macamana yang paling mudah dan murah? planning. Kalau hari ini tak sempat nak masak nak makan restoran mana? planning. Semua ini kena plan betul-betul supaya perfect, barulah rasa puas dan percutian berbaloi.

Semuanya melibatkan planning.

Planning adalah masalah utama bagi traveler. Kenapa ia jadi satu masalah dan beban? sebab yang akan buat planning ni sebahagiannya ada yang bekerja dan sibuk dengan tugasan harian. Ada yang student pula, tak cukup masa kerana sibuk dengan assignment. Paling senang, anda boleh rujuk pakej yang ditawarkan dibawah ni, semua masalah akan selesai, tinggal pack barang dan berangkat ke Seoul sahaja. Ok, selamat menikmati percutian di Seoul. 

trazy.com

# Itinerary

Sebelum sampai ke Korea, anda perlu ada itinerary. Itinerary ini adalah panduan tentang destinasi mana yang nak kena pergi pada hari 1, 2, 3 dan seterusnya. Susunan itinerary sangat penting. Jika tak susun betul akan terjadi 2 kemungkinan. Pertama, anda akan sesat. Kedua, anda akan membazir masa untuk perjalanan sahaja. Susunan itinerary ini kena teratur. Contohnya, susun perjalanan hanya menggunakan satu jenis train sahaja tanpa perlu transit. Atau perjalanan dari utara ke selatan atau timur ke barat, satu hala dan sebagainya.

Tetapi yang menjadi masalah adalah anda pertama kali nak ke Korea? Bagaimana nak susun itinerary yang bagus dan bijak tanpa meluangkan masa yang lama?

Antara cara yg mudah ialah refer itinerary atau pengalaman orang yang pernah pergi ke Korea. Selalunya mereka tidak kedekut untuk berkongsi. Atau boleh refer percutian kami sekeluarga ke Seoul kat sini. Ada pelbagai sumber sebenarnya untuk dapat info-info ini. Namun berbalik semula kepada masa, mungkin ada yang sibuk dan ada yang malas untuk buat semua ni. Akhirnya, follow sahajalah itinerary orang lain yang sedia ada. Jadi bagaimanakah cara penyelesaiannya?

trazy.com