Hotel Terbaik Di Myeongdong Seoul

Myeongdong Street, Seoul

Anda belum pasti nak tinggal di mana sewaktu lawatan ke Seoul? Myeongdong merupakan salah satu tempat yang paling popular di kalangan pelancong yang datang ke Seoul. Myeongdong Street merupakan salah satu tempat shopping yang popular, lebih-lebih lagi jika anda penggemar alat kosmetik. Selain kemudahan pengangkutan yang effisien, banyak tempat menarik untuk dilawati di sekitar Myeongdong seperti Namsan Tower, Gyeongbukgong Palace, Bukchon Hanok Village, Myeongdong Chaderal dan bermacam lagi. Dari Myeongdong, anda boleh pergi kemana-mana bahagian Seoul seperti Insadong, Gangnam, Hondgae, Itaewon samada menggunakan Subway, Train, Bas atau Teksi. Shopping District yang popular seperti Namdaemun / Dongdaemun market juga terletak berhampiran

Berikut merupakan antara Hotel yang popular dan berdekatan dengan Myeongdong Street, selain itu, hotel tersebut juga berhampiran dengan Subway sistem.

Nine Tree Hotel Myeongdong

Nine Tree Hotel Myeongdong
Courtesy picture of HotelsCombined

Nine Tree Hotel Myeongdong terletak kurang daripada 30 meter dari Exit-8 Myeongdong Subway. Nine Tree Hotel merupakan salah satu hotel terbaru yang terdapat di Myeongdong. Dari hotel ini anda boleh berjalan kaki untuk ke Chunjiyun Spa and Shinsegae Department Store. Some of pekerja kat hotel ni juga boleh berbahasa English, Mandarin & Jepun. Untuk memudahkan anda menaiki pengakutan awam, anda boleh beli T-Card kat receptionist kaunter disini.

Untuk sampai ke hotel ini dari Incheon Aiport, anda boleh menaiki Subway, Bas atau pun teksi. Bagi yang menaiki Bas, pastikan anda menaiki shuttle bas bernombor 6015 dari Incheon Airport dan turun di perhentian Myeongdong Station yang terletak kira-kira 20meter dari Nine Tree Hotel. Bagi yang menaiki Subway, pastikan anda turun di Myeongdong Station dan keluar melalui Exit-8 dan hotel ini terletak lebih kurang 30meters dari Exit-8.

Nine Tree Room
Courtesy picture of HotelsCombined

Disebabkan lokasi yang strategik, hotel ini mendapat sambutan bukan saja pelancong dari luar negara malah orang tempatan juga. Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mendapatkan bilik. Jika anda belum tempah hotel lagi, boleh terus klik di SINI untuk tempah Nine Tree Hotel.

Hotel Prince

Hotel Prince Myeongdong
Courtesy picture of HotelsCombined

Hotel ini merupakan hotel yang paling popular dikalangan pelancong dari barat. Ia terletak betul-betul di hadapan Exit-2 Myeongdong Subway. Selain itu, Myeongdong Street juga terletak hanya diseberang jalan sahaja. Walaupun hotel ini agak lama, tetapi ia telah diubahsuai baru baru ini.

Room at Hotel Prince Myeongdong
Room at Prince Hotel

Jika anda merancang untuk pergi ke Nami Island, Everland atau Onemount Snow Park, shuttle bas yang mengambil penumpang untuk ke destinasi pelancongan tersebut terletak di luar hotel ini sahaja. So jika anda travel bersama anak-anak atau warga emas, hotel ini merupakan pilihan yang tepat. Selain itu, station Teksi juga terletak diluar hotel ini sahaja. Jangan lupa book Prince Hotel lebih awal untuk pastikan anda mendapat bilik.

Myeongdong Station Exit 2
Tempat menunggu Bas ke Nami Island atau Everland di luar Hotel Prince

Dapatkan tiket bas + entry pass to Nami Island & Petite Garden Disini Nami Island and Petite France in 1 Day

 

Loisir Hotel Seoul Myeongdong

Loisir Hotel MyeongdongHotel ini terletak betul-betul di hadapan Exit-5 atau 6 Myeongdong Subway Station dan juga terletak berhampiran dengan perhentian Shuttle Bas dari Incheon Airport. So jika anda datang dari Incheon Airport anda boleh menaiki Subway, Bas ataupun Teksi untuk sampai ke hotel ni. Hotel ni terletak disepanjang Myeongdong Street. Dari hotel ni, anda boleh berjalan kaki untuk sampai ke Namsan Tower Cable Car, Nandaemum Market, Lotte Shopping Mall, Shinsegae Shopping Mall, Nanta Theatre dan banyak lagi tempat menarik. Di luar hotel ni juga terdapat banyak restoran so tak perlu risau jika anda perlukan makanan. Dari hotel ni anda boleh travel kemana-mana bahagian Seoul samada menggunakan Subway, Bas atau Teksi.

Jika anda masih ragu-ragu, ini merupakan antara sebab kenapa ramai pelancong memilih untuk tinggal di Myeongdong sewaktu berada di Seoul:

  • Direct shuttle bas dari Incheon Airport ke Myeongdong
  • Senang bergerak di sekitar Seoul menggunakan Subway sistem
  • Myeongdong merupakan salah satu tempat shopping yang paling popular di Seoul
  • Boleh berjalan kaki untuk sampai ke Namsan Tower Cable Car
  • Nanta Theatre yang popular juga terletak disini

Untuk mencari hotel lain disekitar Myeongdong anda boleh terus cari di HotelCombined untuk membandingkan harga yang terbaik.