Hari ke 6 trip ke bali 2019 yang lalu, anak-anak sudah letih dan malas nak keluar dari hotel. So kami inform supir untuk batalkan jadual perjalanan untuk hari tersebut. Takpe la, boleh berehat di hotel dan pergi ke spa pula. Sebelah petang boleh juga pergi cari ole ole bali untuk dibawa balik ke Malaysia nanti. Antara tempat popular di bali untuk membeli ole-ole ialah Krisna Ole Ole dan Agung Bali
Sebelah pagi, kami hanya lepak kat hotel. My wife sempat pergi ke Jasmine Spa yang terletak di Grand Ixora Hotel. Huhu, saya dah pergi awal, malam sebelumnya. Spa ni memang best la, dengan fasiliti, profesionalism dan juga harga yang berpatutan. Sementara menunggu my wife, saya just temankan anak mandi di kolam renang jer.
Dalam tengah hari sekitar jam 1, kami pergi ke salah satu mall yang terbesar kat Bali iaitu Discovery Mall. Ia terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari hotel tempat kami menginap. Disebabkan cuaca yang panas di Bali, lagipun kami bersama anak-anak, so kami decide untuk naik Grab saja. Tambang naik grab dari Hotel Grand Ixora ke Discovery Mall cuma IRD16,000 sahaja. Kalau tak bawa anak-anak boleh jalan kaki saja. Owh ya, Bali Waterbom yang popular tu hanya terletak di sebarang Discovery Mall saja. Kalau bercadang nak ke Bali WaterBom, boleh tempah tiket dari KLOOK, harga lebih murah dan tak perlu berbaris panjang untuk mendapatkan tiket.
Apa yang ada kat dalam mall ni? Sama saja dengan mall yang ada kat Malaysia, kebanyakan barang high end dan ada SOGO juga kat sini. SOGO bukan ada kat KL je ka? Hehe, tak la, kat mall ni pun ada SOGO. Selain tu, kat mall ni pun ada jual kedai yang jual ole ole Bali. Pilihan pun banyak, tapi harga lebih mahal daripada tempat lain. Mall ni terletak berhampiran pantai, kalau nak menikmati permandangan di tepi pantai boleh lepak kat belakang mall, ada juga gerai menjual makanan yang terdapat di belakang mall. Cuma yang agak pelik dengan mall ni, saya tak jumpa kedai yang jual handphone, ingatkan nak reload kuota internet 🙂 Puas cari, then saya tanya orang kat situ, mereka suruh pergi kedai 24jam pula. Nasib kedai tu berada di luar Discovery Mall saja.
Lepas tu kami decide pergi Park23 Mall, sebab nak tengok wayang kat situ. Sampai kat Park23 Mall, movie yang kami nak tengok masih lama lagi, selepas beli tiket kami pergi ke Krisna Ole Ole untuk mencari ole ole di Bali. Ada banyak cawangan Krisna Ole Ole di Bali. Yang paling baru terletak di jalan Bypass Ngurah Rai Airport. Kami pergi kat situ hari kedua kami sampai di Bali. Kali ni kami just pergi cawangan yang terletak di Tuban saja, tak berapa jauh dari Park23 Mall.
Memang banyak pilihan la kat Krisna Ole Ole ni. Harga pun berpatutan, lebih murah daripada beli kat mall. So kalau nak beli ole ole di Bali, boleh datang ke Krisna. Selain Krisna, Agung Bali juga merupakan pilihan pelancong untuk membeli ole ole. Saya perhatikan barang kat Agung Bali ni lebih banyak dan harga pun lebih murah sikit daripada kat Krisna. Kemudian kami rushing back to Park23 untuk menonton filem Jumanji. Our kids like the movie. Lepas abis tengok movie kami terus balik ke hotel. Luckily jalan tak berapa jem, so sempat sampai di hotel sebelum jam 10 malam.
Keesokan harinya, supir sudah siap menjemput kami di Hotel tepat jam 9am. Hari ni merupakan hari terakhir kami melawat tempat menarik di Bali sebelum berangkat pulang ke Malaysia awal pagi keesokan hari.
Dalam perancangan awal, kami plan nak pergi ke Safari Bali. Tapi last minute kami tukar fikiran untuk pergi ke Zoo Bali ja. Untuk masuk ke Zoo Bali ni, memang takde pilihan, memang kena bayar untuk harga tiket ‘mat salleh’. Sebab mereka minta ID atau Passport sewaktu kita beli tiket. Kalau tak nak berbaris panjang, better beli tiket awal, saya syorkan beli online melalui KLOOK. Harga lebih murah berbanding beli di kaunter tiket. Kalau nak datang kat sini, make sure untuk check jadual persembahan lebih awal. Boleh check kat website ZOO Bali. Zoo ni agak besar juga la, boleh spend dalam 2 – 3 jam kat sini. Bas Hooper ada disediakan dalam Zoo untuk pergi ke station lain. Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi agak jauh la. Ada beberapa gerai makanan dan juga gift shop yang terdapat di dalam Zoo. Owh ya, jika anak anda bercadang untuk mandi, jangan lupa untuk bawa pakaian, sebab kat dalam Zoo ni pun ada Splash Water. Waktu kami berada kat sini, ramai juga kanak-kanak yang sedang mandi. It a worth visit untuk yang datang ke Bali bersama kanak-kanak.
Selepas keluar dari Zoo lebih kurang jam 1.30pm, kami decide untuk pergi ke Ubud lagi, misi utama adalah untuk pergi ke Tegalalang Rice Field. Rasa macam tak sah juga kalau sampai di Bali tak pergi kat Tegalalang ni kan. Hari tu kami dah lalu kat sini, tapi hari hujan lebat, so kami tak sempat nak singgah. Perjalanan dari Zoo Bali ke Tegalalang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sempat juga la saya tertidur di dalam kereta. Bila bangun tengok dah nak sampai 🙂
Kat Tegalalang ni takde bayaran masuk dikenakan. Tetapi mereka ada meminta derma iklhas daripada pengunjung bagi membantu penyelengaraan tempat tersebut dan kuil yang berhampiran. Ramai juga orang tempatan yang menawarkan anda untuk bergambar, so ada bayaran sekitar IDR20,000 keatas mengikut jenis tempat anda bergambar. Swing pun ada kat sini. Jika anda jenis yang tak gayat, boleh mengayuh basikal di udara 🙂 Berapa lama perlu spend kat sini? Depend dengan berapa banyak tempat anda nak ambir gambar. Basically boleh spend dalam 1 – 2 jam kat sini. Jika anda kelaparan, boleh singgah di beberapa restaurant yang terletak di tepi jalan sambil menghadap permandangan indah sawah padi di Tengalalang. My wife sempat beli beg yang diperbuat daripada rotan yang dijual penjaja kat sini. Harga pun lebih murah daripada di Kuta atau di Krisna.
Dari sini kami turun ke bandar. Dalam perjalanan turun, supir bawa kami singgah sebentar di kilang memproses kraftangan daripada pokok atta. Bali memang terkenal dengan kraftangan yang diperbuat daripada rotan. Tapi kena check betul-betul juga, sebab ada juga yang diperbuat daripada rotan sentitik. Maksudnya bukan rotan asli la. Mengikut kata supir, kraftangan yang diperbuat daripada pokok atta ni lebih tahan lama berbanding dengan rotan. Jangan lepaskan peluang untuk beli jika anda ada trip ke Bali. Harga pun berpatutan.
Sebelum balik ke Hotel, supir bawa kami singgah di Agung Bali untuk membeli ole ole. Harga barang kat sini lebih murah daripada di Krisna. Supir bawa kami ke salah satu cawangan Agung Bali yang terletak berhampiran dengan Trans Studio Bali. Jika anda datang bersama anak-anak, jangan lepas kan peluang untuk pergi ke Trans Studio Bali juga. Ia merupakan indoor park yang menyediakan tempat permainan bukan saja kepada kanak-kanak, malah untuk orang dewasa juga. Kami tak pergi sini, sebab dah pernah pergi ke Trans Studio di Bandung, basically konsep dia sama saja dengan cawangan di Bandung. Selepas selesai membeli ole ole, kami balik ke hotel. It officially end our trip ke Bali 2019 ni.
The following morning, kami bertolak pukul 6.30am dari hotel ke airport. Perjalanan dari hotel ke airport tak sampai 10 minit, sebab jalan belum jem lagi. Airport Bali ni agak besar juga. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan lebih baik datang awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum jadual perlepasan flight. Our flight back to KL depart from Bali airport dalam pukul 0855am and officially end our trip ke Bali 2019.
Thank you kepada yang dah follow our story trip to bali dari part I. Parti I – III boleh baca kat link dibawah ya.
Kalau ada masa, nanti saya akan review pula location hotel yang best untuk stay di Bali.