Jom Serbu Miri Sempena Visit Miri Year 2018

Courtesy to Miri City Sharing Channel Facebook
Picture: Courtesy to Miri City Sharing Channel Facebook

Tinggal beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun 2018. So sudah plan nak melancong pergi mana tahun 2018 nanti? Jika anda belum pasti nak pergi mana, why not try come to Miri, Sarawak?

Majlis Bandaraya Miri akan melancarkan Visit Miri Year 2018 sempena sambutan ambang tahun baru pada tengah malam 31/12/2017 bertempat di Miri Central Park atau lebih dikenali sebagai Marina Bay oleh orang tempatan.

Menurut Datuk Bandar Miri, En. Adam Yii terdapat 30 aktiviti menarik yang telah dirancang sempena dengan Visit Miri Year 2018. Antara aktiviti yang dicadangkan sempena VMY2018 ialah seperti International Conference on Sustainable Building Asia (SBE), Pelancaran Rasmi Pusat Kraftangan Miri, Sambutan Ulangtahun ke-40 Malaysia Dragon Temple di Krokop 5, Mural Art, Miss Grand Miri, Pet Expo, Miss Grand Miri Sarawak, Sarawak Native Festival, South East Asia Poet Convention dan perjumpaan alumni bagi bekas pelajar Curtin University, bekas pekerja Shell dan Petronas.

Berikut merupakan antara aktiviti tahunan yang diadakan di sekitar bandaraya Miri dan dijangka akan lebih meriah sempena VMY2018.  Pasar Gong Xi Fa Cai, Colour Rush Run, Miri Country Music Fest, Miri International Marathon, AfroLatin Conference, Sarawak Native Festival, 2nd Datuk Lee Kim Shin Softball Modified Pitch Challenge Trophy, Sambutan ulangtahun ke-13 Majis Bandaraya Miri 11th, Miri City Day, International DeepSea Fishing Tournament dan banyak lagi.

Bagaimana nak pergi ke Miri?

Jika anda berada diluar Borneo, setakat ni hanya ada satu option saja iaitu menggunakan pesawat ? Kalau dari Sabah / Brunei / Kalimantan anda boleh drive kereta atau menggunakan bas jika tak nak naik pesawat. Setiap hari lebih kurang 14 pesawat yang dikendalikan oleh MalaysiaAirlines dan Airasia dari Kuala Lumpur samada direct/transit flight yang terbang ke Miri. Selain daripada Kuala Lumpur Lapangan terbang Miri juga menerima pesawat dari Johor Bharu, Singapore, Kota Kinabalu, Labuan dan yang terbaru dari Pontianak Indonesia. Apa tunggu lagi, check flight dan tempah sekarang.

Tempat menarik untuk dikunjungi ketika berada di Miri?

Depending dengan what kind of vacation you looking for? Ada orang nature traveller, ada yang urban traveller and shopping traveller. Basically Miri tidak kurang hebatnya. Jika anda penggemar alam sekitar berikut merupakan antara tempat di sekitar area Miri yang anda boleh kunjungi.

Pantai

Ada 3 lokasi yang popular di Miri ketika ini. Pada hujung minggu kebanyakan warga Miri akan bersantai di Pantai Esplanade Luak atau Marina Bay. Jika anda menyewa kereta maybe boleh pergi Tusan Beach atau Pantai Bungai yang terletak lebih kurang 40km dari Bandaraya Miri. Kalau tak sewa kereta boleh panggil Grab saja ?. Dahulu Miri terkenal dengan Pantai Tanjong Lobang, tetapi semenjak diambil alih oleh syarikat swasta kini Tanjong Lobang tidak seindah dan semeriah dahulu, unless you don’t have other option maybe boleh lah singgah sebentar.

Selain pantai tersebut anda boleh bersantai di Beach Republic juga. Ia merupakan salah satu tempat yang dimiliki pihak swasta yang terletak di tepi pantai. Kat sini ada restaurant, swimming pool dan gym. Selain itu jika anda ingin menyewa ATV untuk menyelusuri pantai di Miri, ia juga ada terdapat disini. Tempat ni dibuka seawall pukul 8am sehingga pukul 11pm.

Piasau Boat Club terletak di Piasau Nature Park atau lebih dikenali sebagai Piasau Camp. Anda boleh bersantai di restaurant dan juga menikmati permandangan di pantai. Jika anda ingin melakukan aktiviti sukan air seperti berkayak, menyelam atau berlayar anda boleh menyewa kemudahan tersebut disini. Untuk maklumat lanjut boleh check disini.

Hutan

Pergh..jika anda jenis yang sukakan suasana sunyi, menikmati kehijauan flora dan fauna boleh singgah ke Taman Negara Lambir atau Rainforest Resort. Kedua-kedua tempat ni terletak berhampiran, lebih kurang 30km dari bandaraya Miri. Apa yang boleh buat kat sini? Kat Taman Negara Lambir ada air terjun dan hiking trek. Manakala di Rainforest Resort pun ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Kedua-dua tempat ni menyediakan tempat penginapan sekiranya anda nak bermalam kat sana. Jangan lupa bawa bekalan makanan jika anda bercadang nak bermalam, makanan yang dijual di kedua-dua kantin agak limited.

Jika anda nak pergi jauh lagi, boleh head-up ke Taman Negara Logan Bunut. Ia terletak lebih kurang 120km dari Bandaraya Miri. Logan Bunut merupakan salah salah satu tasik hutan paya bakau terbesar di Sarawak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini, anda boleh menaiki bot mengelilingi pulai dan juga jungle trekking. Tapi pastikan anda pergi pada musim hujan bukan musim kemarau. Kalau musim kemarau, Logan ini akan kering dan takde air. Untuk selamat boleh call Taman Negara Logan Bunut terlebih dahulu jika anda bercadang nak melawat. Jika Logan kering, saya tak berapa cadangkan anda pergi ke sana, unless you want to see the nature dan rumah panjang di sepanjang jalan ke Logan Bunut. Jika anda drive ke Logan Bunut dan masih ada masa, boleh terus pergi ke pekan Long Lama, ia terletak lebih kurang 30minit dari Logan Bunut

Urban Travelling / Percutian Dalam Bandar

Takpe, kalau tak minat pergi pantai atau hutan just chill kat Bandaraya Miri pun ok. Ada banyak tempat menarik yang anda boleh pergi. Berikut antara tempat yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan atau para pelancong.

Grand Old Lady / Muzium Petroleum

Bagi yang pertama kali datang ke Miri tak sah kalau tak singgah ke Grand Old Lady. Bila dah sampai ke Grand Old Lady jangan lupa masuk ke dalam Muzium Petroleum, anak-anak pasti suka berada disana. Tapi waktu operasi Muzium standard la, sampai pukul 5pm saja.

Grand Old Lady terletak di puncak ‘Bukit Kanada”atau lebih dikenali orang tempatan sebagai “Canada Hill”. Waktu terbaik untuk bersantai disini pada waktu petang / senja. Anda boleh menikmati permandangan bandaraya Miri sambil menyaksikan matahari terbenam. Berapa lama nak spend kat sini? Kalau setakat nak tengok permandangan atau ambil gambar 30minit cukup kot.

Bagi peminat jungle trekking anda boleh bersama-sama orang tempatan mendaki bukit disini, ada trek khas yang kerap digunakan oleh orang local.

City Fan

Taman ni dikenali sebagai Miri City Fan, ini kerana rekabentuk taman ni jika dilihat dari udara seolah-olah berbentuk kipas. Ia merupakan gabungan taman, kolam, pentas tempat pertunjukan dan Perpustakaan Awam juga terletak di sini. Best time untuk datang samaada awal pagi atau pada waktu petang.

Taman Awam

Taman Awam merupakan salah satu lagi destinasi orang tempatan bersantai lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau waktu cuti umum. Kat taman ni ada taman permainan kanak-kanak dan juga kolam renang. Kalau nak bawa anak mandi kat sini, kolam renang akan tutup pada pukul 6pm, so make sure datang awal sikit, waktu terbaik untuk datang sekitar pukul 4.30pm, cuaca pun kurang panas waktu ni.

Taman Buaya & Mini Zoo

Satu-satunya mini zoo yang ada di Miri tertelak di Kuala Baram. Ia terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Miri menghala ke arah Brunei. Taman ini beroperasi dari pukul 9am – 5pm. Berikut merupakan kadar bayaran masuk yang terkini:

Untuk orang tempatan (Ada ID atau Kad Pengenalan)

Dewasa: RM20

Kanak2: RM10

Pelancong Asing:

Dewasa: RM36

Kanak2: 16

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan kat Taman Buaya & Mini Zoo ini seperti menyaksikan pertunjukan memberi buaya makan, pertunjukan memberi ular makan, menunggang kuda dan berpeluang memberi makan kepada buaya dan Piracucu (North American Species).

So apa tunggu lagi, head up to Taman Buaya & Mini Zoo, anak-anak pasti seronok melihat binatang kat sini. Cara terbaik untuk datang ke sini jika anda tak drive sendiri, just guna Grab ia lebih murah dan cepat. Jika nak tunggu bas, saya takut ia mungkin akan mengambil masa yang lama.

Jambatan Asean

Jika anda drive sendiri, selepas balik dari Taman Buaya boleh terus menuju ke Jambatan Asean untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Jambatan Asean menghubungkan Bandaraya Miri dengan Negara Brunei. Jika anda ada bawa passport boleh terus drive ke Kuala Belait (Brunei), ia terletak lebih kurang 30minit perjalanan dari Imigresen Sg Tujuh. Tapi elakkan untuk pergi pada hujung minggu (Jumaat – Ahad), ini disebabkan banyak penduduk yang keluar masuk, so anda mungkin akan terperangkap di imigresen check point, bila waktu sesak tidak mustahil untuk anda terperangkap lebih dari 1jam. Kalau hari biasa takde masalah, tak sampai 5 minit boleh lepas di imigresen check-point.

Nak Shopping Kat Mana?

Jika tujuan lawatan anda adalah untuk shopping dan lepak di Mall, Bandaraya Miri tidak kurang hebatnya. Antara mall yang popular di Miri:

Bintang Megamall – Tertelak di Jalan Miri-Pujut (Waktu Operasi dari pukul 10am-10pm).

The Imperial Mal – Terletak di Jalan Merpati beroperasi dari pukul 9am – 9pm.

Permaisuri Imperial City Mall – Terletak di Jalan Merpati beroperasi dari pukul 10am – 10pm.

Boulevard Shopping Mall terletak di Jalan Miri – Pujut beroperasi dari pukul 10am – 10pm

MYY Mall – Terletak di Jalan Pasar Lutong tak jauh dari pejabat operasi SHELL dan PETRONAS. Beroperasi dari pukul 10am – 0930pm

Permy Mall – terletak di area Bandar Baru Permyjaya ia beroperasi dari pukul 9am – 11pm

Which mall yang best untuk shopping? Ia terpulang pada citarasa dana pa yang anda cari. Setakat ni Bintang Megamall masih mengekalkan popularitinya sebagai mall yang paling banyak dikunjungi. Ia juga dikenali orang tempatan sebagai ‘Parksond’kerana brand utama yang ada disini ialah ‘Parksond’. Selain itu antara brand yang popular disini seperti Uniqlo dan H&M. Jika anda penggemar movie, panggung wayang GSC terletak disini.

Selepas itu, Permaisuri Imperial City Mall merupakan antara mall yang terbaru di Miri. Basically mall ini bersambung dengan The Imperial Mall. Antara brand utama di mall ini ialah Padini, Mango, Espirit dan lain-lain. Jika anda penggemar makanan Korea, jangan lupa singgah di restaurant Korea yang terletak di tinggat 3. Panggung wayang terbaik di Bandaraya Miri iaitu TGV juga terletak di tingkat 3.

Pendek kat anda boleh habiskan sepanjang hari di kedua-dua mall ini. Ia terletak berhampiran, kalau jalan kaki lebih kurang 10 – 15 minit. Kalau bawa anak-anak boleh guna Grab saja jika anda tak drive, tambang Grab lebih kurang RM3 – RM4 sahaja.

Nak tinggal kat mana di Miri?

Tak perlu risau, banyak penginapan terdapat di Miri, bergantung dengan bajet anda. Dari Homestay, budget hotel sehingga ke 5 Star Hotel ada terdapat di Miri.

Untuk melihat deal hotel terbaik di Miri anda boleh compare kat sini.

Antara hotel yang popular di Miri seperti Meritz Hotel, Imperial Hotel, Mega Hotel, Pullman & Dysnasty Hotel.

Tempah hotel anda DISINI untuk dapatkan harga terbaik. Jika anda perlukan HOMESTAY Miri juga menyediakan tempat dan pakej terbaik bagi anda.

Makanan kat Miri?

Seperti bandar-bandar lain di Malaysia, Miri menyajikan banyak makanan tempatan. Antara yang popular di Miri ialah Nasi Lalapan atau Ayam Penyet. Miri juga terkenal dengan makanan Seafood selain daripada kolok mee. Jika anda nak mencuba Kek Lapis boleh dapatkan di kedai Siti Payung atau di pasar Malam Saberkas untuk harga yang lebih murah. Tapi jika tak sempat jangan risau, kat airport pun ada, cuma harga agak mahal sikit.

Salah satu tempat makan terbaru yang menjadi tarikan pelancong dan orang tempatan ialah Container City. Ia merupakan tempat makan yang diperbuat daripada kontena. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan di Container City jika berkunjung ke Miri.

Keselamatan di Miri?

Secara amnya, Bandaraya Miri selamat untuk dikunjungi. Itu tidak bermaksud anda tidak perlu berhati-hati. Kes-kes ragut agak jarang didengar, kalau ada pun ia dianggap kes terpencil.

Tips Memandu di Miri

Kemudahan pengangkutan awam di Miri masih kurang efisien berbanding bandar-bandar besar lain. Jika anda datang bersama keluarga lebih baik menyewa kereta bagi memudahkan pergerakan anda. Dengan adanya teknolgi seperti Waze and apps lain, ianya semakin mudah untuk anda memandu di Miri. Cuma sedikit tips untuk keselamatan anda sewaktu memandu di Miri, jangan memandu perlahan di Lorong sebelah kanan. Lebih-lebih lagi jika tidak ada kenderaan lain dihadapan anda. Jika memandu di jalan satu hala, elakkan memandu terlampau perlahan contohnya dibawah 70km/j. Kalau tidak besar kemungkinan kereta anda akan dicucuk-cucuk kereta dari belakang.

Kena sentiasa alert, kadang-kadang kebanyakan kereta di Miri rosak signal. Di bandar-bandar besar lain menggunakan hon merupakan salah satu tanda untuk memberi tahu kereta lain akan kehadiran kita, sebaliknya di Miri membunyikan hon seolah-olah seperti taboo atau pantang larang.

So apa tunggu lagi, jom datang ke Miri anda pasti tak menyesal dan ingin kembali lagi jika pertama kali menjejak kaki ke Miri.