10 Destinasi Pelancongan Yang Kian Popular Tahun 2018

Sudah merancang nak pergi vacation kat mana tahun 2018 ni? Atau anda masih mencari idea nak pergi mana? Jika anda belum pasti lagi, kami senaraikan 10 Destinasi Pelancongan Popular di seluruh dunia yang kian popular di kalangan pelancong untuk tahun 2018

Berikut Merupakan Senarai Destinasi Pelancongan Popular 2018

 

1) Ishigaki, Jepun

Berbekalkan permandangan yang indah dengan air laut yang berwarna kebiruan ditambah pantai yang putih tidak hairan jika Ishagaki Jepun menduduki ranking yang pertama. Jika anda berkunjung ke sini, jangan setakat menghabiskan masa di tepi pantai, sebaliknya nikmati keindahan dasar laut di sekitar Ishigaki untuk melihat keindahan coral dan hidupan laut di sini.

2) Kapaa, Hawai

Kapaa atau Kapa’a yang bermaksud ‘kukuh’ didalam Bahasa Hawai. Ia berada di pekan kecil yang terletak di kaki Gunung Nounou (Nounou bermaksud Gergasi yang tidur) di kawasan Kauai yang terkenal sebagai kawasan mesra pelancong. Sepanjang kawasan ‘Kauai’ini terdapat banyak kedai-kedai, pusat membeli belah, hotel dan restaurant yang sedia menerima kunjungan tetamu sepanjang masa.

Jika anda berkunjung kesini, jangan lupa untuk singgah di gerai Kinipopo Shopping Village, ia merupakan salah satu tempat makan yang popular dan juga ada menjual cenderahati untuk dibawa pulang. Jika anda mencari barangan buatan tempatan sebagai kenangan, jangan lupa untuk mencari produk yang ada logo ‘Kauai Made’. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berkayak, ski, menyelam dan bermacam aktiviti sukan air yang lain.

3) Nairobi, Kenya

Terkenal sebagai pusat Safari Afrika, Nairobi merupakan bandaraya bertenaga dan moden. Ia terkenal dengan gabungan hidupan liar safari dan kerancakan aktiviti waktu malam. Bar, karaoke dan restaurant sedia menerima pengunjung saban malam sambil menyajikan persembahan dan musik yang pasti meninggalkan satu kenangan yang indah bagi penggemar safari dan nightlife. Antara tempat yang wajib anda kunjungi jika berada disini seperti Muzium Karen Blixen, Pusat Zirafah, Taman Negara Nairobi.

4) Halifax, Nova Scotia

Para pengunjung mengatakan bahawa Halifax sangat sesuai untuk diselusuri dengan berjalan kaki. Luangkan masa anda untuk menyelusuri Halifax yang terkenal dengan Musuem Maritim Atlantic disekitar bandar ini. Jangan lupa untuk menjelajah bandar ini dari Citadel National Historic Site yang telah wujud sejak abad ke-18 dan akhiri penjelahan anda di salah satu bar atau restaurant yang menyajikan pelbagai menu sambal ditemani musik-musik yang mengasyikkan.

5) Gdansk, Poland

Gdanks merupakan salah satu bandar tercantik di Poland dan ia terletak di pesisir pantai Baltic Sea. Bandar ini banyak memainkan peranan penting dalam sejarah dunia lebih-lebih lagi pada abad ke-20. Pada tahun 1939, bandaraya ini merupakan pencetus kepada Perang Dunia kedua dan pada tahun 1980, di bandaraya ini juga menyaksikan pergerakan Solidatori gabungan para pekerja menyebabkan berakhirnya era Komunis di Poland.

6)San Jose, Costa Rica

Salah satu kota yang vibrant dan dikelilingi rumah-rumah mewah dari zaman Victoria. Ia dibina dari keuntungan perniagaan kopi yang merupakan salah satu punca utama ekonomi tempatan pada zaman dahulu. Pada hari ini, ladang-ladang kopi masih kelihatan di sekitar San Jose. Jika anda berkunjung ke sini jangan lupa untuk mencuba kacang panggang yang banyak terdapat di Mercado Central. Banyak mercu tanda telah diubahsuai menjadi tempat penginapan atau pusat tumpuan pelancong. Jika anda penggemar kehidupan malam ia tertumpu di sekitar El Pueblo yang diilhamkan dari kampung di Sepanyol. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Teater Nasional 1897 yang elegan jika anda singgah disini.

7) Riga, Latvia

Riga merupakan ibukota bagi Latvia dan merupakan bandaraya terbesar di Baltik. Bandaraya ini terkenal dengan gabungan hebat dari pelbagai negara yang pernah menjajah Latvia. Latvia mencapai kemerdekaan sekali lagi pada tahun 1991. Pusat Seni Nouveau Riga telah dianugerahkan sebagai Tapak Warisan Dunia dan kini dibuka kepada orang ramai. Ia merupakan antara destinasi wajib yang perlu dikunjungi oleh pelancong apabila berada di Latvia.

8) Rovinj, Krotia

Bandaraya Rovinj kian menjadi tumpuan pelancong. Ia merupakan salah satu bandaraya di Crotia yang yang terletak di Lautan Adriatik. Ia popular dikalangan pelancong yang menggemari aktiviti sukan air seperti menyelam, ski, kayak, kapal laya dan lain-lain.

9) Nerja, Sepanyol

Tertelak di bahagian timur Costa Del So, ia popular dengan keluasan pantai yang menjangkau sehingga 10 batu dan menawarkan pelbagai aktiviti sukan air dan menawarkan permandangan indah.

10) Casablanca, Morocco

Kini Casablanca merupakan bandaraya metropolitan dan moden, namun begitu bandaraya bekas jajahan Perancis ini masih meninggalkan tapak-tapak warisan yang menarik untuk dikunjungi. Jika anda berada disini jangan lupa untuk singgah di Masjid Raja Hassan II dan Casa Medina.

Itu merupakan 10 destinasi utama kian popular dan bakal menerima semakin ramai pelancong pada tahun 2018. So sudah ada idea nak pergi kemana? Apa tunggu lagi, bolehlah check harga tiket flight ke salah satu destinasi tersebut. Untuk memudahkan carian dan bagi mendapatkan harga tiket flight yang terbaik saya selalu bandingkan harga di JetRadar. Ia banyak membantu saya untuk memilih jadual penerbangan selain mendapatkan harga yang terbaik.

Selain itu mungkin anda nak survey dulu berapa kos penginapan kat sana kan, so senanglah kita nak set budget untuk percutian nanti. Saya selalu bandingkan harga di HotelCombine, selalunya website ni menawarkan pilihan yang lebih menarik berbanding dengan portal lain.