FantaSea Phuket Thailand

FantaSea Phuket adalah taman tema budaya Thai yang penuh dengan banyak aktiviti dan hiburan. Dalam FantaSea Phuket, anda boleh melihat persembahan yang hebat, dan juga anda boleh meluangkan masa di pusat membeli-belah, arked permainan, dan safari teater.

Acara kemuncak taman tema ini ialah persembahan terkenalnya iaitu “Fantasy of Kingdom”, yang juga merupakan satu persembahan theatre yang terpanjang di Asia. Pertunjukan ini termasuk tarian tradiosional Thai, dengan memaparkan kesan-kesan ilusi dan babak pertempuran lagak ngeri. Persembahan ini disertai lebih 400 orang, gajah, harimau, kambing, dan lain-lain. Pertunjukan ini merupakan salah satu tarikan yang tidak harus anda lepaskan ketika berkunjung ke Phuket.

FantaSea Phuket juga mempunyai restoran bufet yang mengagumkan. Bukan setakat menyediakan hidangan yang menyelerakan, malah ia merupakan satu restoran terbesar di Asia. Bagi penggemar makanan, restoran ini sendiri sudah cukup baik untuk anda membuat keputusan pergi ke FantaSea Phuket.

Terdapat banyak pilihan pakej yang anda boleh pertimbangkan untuk berkunjung ke FantaSea Phuket. Dalam blog ini, kami akan memberi anda idea untuk membantu anda membuat pilihan pakej mana yang anda harus pilih sebelum pergi ke FantaSea Phuket.

DAPATKAN TIKET DISKAUN 20% DISINI

 

| Tempat: FantaSea Phuket berhampiran Kamala pantai

| Waktu Buka: Setiap hari kecuali Khamis, 5:30 pm ~ 11:30 pm

| Waktu Pertunjukan: Setiap hari kecuali Khamis pada 9 pm

| Tempoh: Kira-kira 75 minit

Bagi Anda Yang Ingin Menempah Tiket Sahaja

FantaSea Phuket merupakan salah satu taman tema yang memaparkan persembahan bertaraf dunia dengan persembahan utamanya “Fantasy of Kingdom”. Untuk menonton persembahan ini anda perlu membeli tiket masuk ke dalam theatre.

Terdapat banyak pakej pilihan untuk berkunjung ke FantaSea Phuket, namun jika anda tidak memerlukan pakej makan malam atau pengangkutan, anda boleh menempah tiket persembahan sahaja.

Teater tempat persembahan “Fantasy of Kingdom” sangat besar dan mempunyai 3 tingkat tempat duduk.

Jika anda ingin menikmati dan merasai suasana sebenar persembahan ini, cuba dapatkan tiket di barisan ‘Gold’. Ia memberikan tempat pandangan yang menarik bagi anda menikmati persembahan.

Namun begitu anda juga masih boleh menikmati persembahan tersebut dengan menyimpan sedikit budget tiket untuk kegunaan lain. Beza harga tiket untuk tempat duduk ‘Gold’ dan ‘Standard’ ialah dalam USD7 sahaja. Ia bergantung kepada citarasa anda.

Merancang perjalanan anda lebih awal ke FantasSea Phuket bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah anda boleh mendapatkan harga tiket yang lebih murah berbanding di lokasi pintu masuk atau melalui agen tempatan. Untuk mendapatkan harga termurah yang ditawarkan anda boleh dapatkan DISINI.

Untuk Pengunjung Yang Ingin Mendapatkan Tiket Masuk & Makan Malam (Buffet)

Phuket FantaSea Restaurant

Satu lagi alasan besar pergi ke FantaSea Phuket adalah mereka mempunyai salah satu restoran-restoran bufet yang terbaik di Phuket. Malah, ia restoran terbesar di Asia dengan lebih daripada 4,000 kerusi.

Terdapat 2 buah restoran bufet: Golden Kinnaree Buffet Restaurant dan Suriyamas Seafood Buffet Restaurant. Golden Kinnaree Buffet Restaurant merupakan restoran terbesar di Asia. Ia diinspirasikan oleh cerita dongeng Thailand “Kinnaree” makhluk yang berbentuk separuh malaikat & burung. Cerita Kinnaree akan ditayangkan di dalam persembahan, so sila beri perhatian.

Restoran ini sendiri juga sangat artistik. Terdapat lebih 400m bentuk klasik mural Thai yang dilukis menggunakan tangan di dalam restorant ini. Malah permaidani yang digunakan juga direka khas untuk Gold Kinnaree Buffet Restaurant.

Gold Kinnaree Buffet Restaurant

Jika anda penggemar makanan laut dan ingin menikmati sausana makan malam yang mewah, jangan lepaskan untuk memilih pakej seafood buffet. Suriyamas Seafood Buffet Restaurant merupakan restaurant yang menyediakan makanan laut bertaraf 5 Bintang.

Kedua-dua pakej makan malam menyajikan pilihan terbaik samada bagi penggemar makanan laut atau international buffet. Untuk menyempurnakan lawatan anda ke FantaSea, so dapatkan sekali pakej pertunjukan dan makan malam.

DAPATKAN PAKEJ DISKAUN UNTUK TIKET MASUK + MAKAN MALAM

Untuk Pengunjung Yang Memerlukan Tiket + Makan Malam + Pengangkutan

Seperti yang diakui oleh ramai pelancong, sistem pengangkutan di Phuket tidaklah begitu efisyen. Melainkan jika anda memandu kereta sendiri/sewa atau anda tinggal berhampiran pantai Kamala dimana FantaSea terletak anda perlu turun naik bas atau taxi untuk sampai ke destinasi tersebut. Bagi anda yang memerlukan pengangkutan pergi/balik dari hotel dengan sedikit tambahan sebanyak lebih kurang USD9 anda boleh menikmati persembahan dan lawatan ke FantaSea dengan tenang tanpa perlu risau tentang pengangkutan pergi/balik ke hotel anda.

DAPATKAN PAKEJ DISKAUN UNTUK TIKET MASUK + MAKAN MALAM + PENGANGKUTAN DISINI

Saya berharap blog ini dapat membantu anda membuat pilihan pakej yang sesuai sebelum berkunjung ke FantaSea Phuket. Jangan lupa share dengan rakan-rakan untuk manfaat bersama ya.

Jika anda memerlukan tempat penginapan sewaktu berada di Phuket, sila dapatkan maklumat DISINI untuk mendapatkan harga terbaik.

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu