Ini Sebab Kenapa Emirates Hentikan Penerbangan Ke Tunisa

Syarikat penerbangan Dubai, Emirates menghentikan operasinya ke Tunisia, selepas negara Afrika Utara itu melarang pesawat syarikat yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu terbang ke negaranya.

Pengumuman itu dibuat dua hari selepas Kerajaan Tunisia mendakwa, UAE mengenakan larangan terhadap wanita dari Tunisia daripada menaiki penerbangan atau transit di negara itu.

Kementerian Pengangkutan Tunisia, memaklumkan langkah itu akan dikuatkuasa sehingga Emirates berjaya mengendalikan penerbangan mereka mengikut undang-undang dan peraturan antarabangsa.

Kerajaan Tunisia mendakwa wanita warganegara Tunisia dilarang menaiki pesawat Emirates atau transit di wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ini disokong lagi dengan laporan media tempatan yang mengatakan wanita warganegara Tunisia dihalang menaiki pesawat Emirates ke Dubai selama beberapa hari.

Agensi berita AFP melaporkan, sebahagian besar wanita dari Tunisia mendakwa perjalanan mereka ke UAE ditangguhkan dan visa mereka terpaksa disekat. Kerajaan UAE bagaimanapun menafikan berlaku larangan sedemikian.Sebaliknya menegaskan penangguhan perjalanan wanita warganegara Tunisia berlaku kerana isu keselamatan.

 

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu