Sambut Hari Jadi di Bangkok

Selepas anak kami yang bongsu menyambut harijadi dia di Universal Studio Singapore, kakak dia pun tak nak kalah. So kakak decided untuk menyambut harijadi di Bangkok. Percutian kami ke Bangkok memang tidak dirancang, saya cuma sempat untuk menempah tiket flight dan hotel kurang dari 36 jam sebelum kami berangkat. Kami sekeluarga berangkat dari Miri ke Singapore dan seterusnya ke Bangkok sehari sebelum harijadi anak kami iaitu pada 5 Mac 2023.

Tempat Tinggal

Recommended hotel to stay. Amari Watergate Bangkok

Kami memilih untuk tinggal di  Amari Watergate Bangkok dan ternyata pilihan kami sangat tepat. Hotel ini terletak bertentangan dengan The Platinum Fashion Mall. Bagi peminat fesyen atau peniaga yang menjual pakaian, The Platinum Fashion Mall ini merupakan mall terbesar di Bangkok yang menjual pelbagai fashion. Bukan itu saja, hotel dan mall ini juga berhampiran dengan street vendor yang menjual pelbagai barangan fesyen. 

Chao Phraya Princess Cruise

Birthday Celebration onboard Chao Phraya Princess Dinner

Bagi yang pertama kali berkunjung ke Bangkok, jangan lepaskan peluang untuk menikmati permandangan indah kotaraya Bangkok dari Chao Phraya Princess Cruise. Ini merupakan aktiviti wajib yang harus anda lakukan. Pada sebelah malam selepas shopping di The Platinum Mall, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk merayakan harijadi anak kami di atas kapal persiaran Chao Phraya Pincess Crusie. Dari hotel kami menaiki tuk-tuk untuk pergi ke Icon Siam dan menaiki kapal persiaran lebih kurang pada pukul 7.30pm. Tiket untuk seorang adalah sekitar RM160 atau USD34.45. Untuk memudahkan pembelian tiket, saya telah menempah tiket melalui Klook. Selain dari Icon Siam, kita juga boleh menaiki kapal persiaran dari Asiatique. So pastikan ketika membeli tiket anda telah memilih tempat yang betul samada melalui Icon Siam atau Asiatique. 

Siam Amazing Park

Jika anda berkunjung dengan anak-anak dan ingin pergi ke waterpark. Anda boleh berkunjung ke Siam Amazing Park. Walaupun waterpark ini sudah agak lama, tetapi ia merupakan waterpark yang terbesar di Bangkok. Perjalanan dari hotel ke Siam Amazing Park mengambil masa lebih kurang sejam menggunakan grab. So kami sekeluarga menghabiskan waktu sepanjang hari di Siam Amazing Park. Selain waterpark, rollercoaster pun ada di sini. 

The Grand Palace

Di dalam The Grand Palace

Kalau pertama kali berkunjung ke Bangkok, mungkin tidak sah kalau tidak singgah di The Grand Palace. Istana Diraja ini merupakan salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong. Jika anda bercadang untuk datang ke The Grand Palace, pastikan anda berhati-hati jangan sampai kena tipu. Jangan terpedaya dengan helah tuk-tuk, grab driver atau penjual di tepi-tepi jalan yang mengatakan bahawa The Grand Palace ditutup kepada pelancong. Pastikan anda menyemak terlebih dahulu jadual di website rasmi The Grand Palace. Anda boleh membeli tiket masuk di pintu utama The Grand Palace. Seluar pendek tidak dibenarkan, anda boleh membeli seluar panjang atau kain digerai berhadapan dengan pintu utama. Jangan beli daripada penjaja di tepi jalan, sebab harga yang dijual agak mahal. 

Icon Siam dan MBK Mall

Icon Siam merupakan mall modern yang terbesar dan antara yang terbaru di Bangkok. Jika ada masa, jangan lepaskan peluang untuk berjalan di Icon Siam. Permandangan yang indah pada waktu senja terutamanya di bahagian luar Icon Siam berhampiran dengan sungai. Sangat sesuai untuk window shopping dan healing. Selain Icon Siam, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke MBK Mall, ini juga merupakan antara mall yang paling popular di Bangkok dan menjadi tumpuan para pelancong serta orang lokal. 

Safari World Bangkok

Dolphin Show

Jika anda tak gemar shopping, Safari World juga merupakan salah satu tempat yang boleh dikunjungi. Kami sekeluarga meluangkan masa sepanjang hari di dalam Safari World. Terdapat banyak persembahan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga di dalam Safari World. Selain persembahan dolphin, kami juga berpeluang untuk melihat singa, harimau, zirafah dan binatang lain secara dekat. Jika anda berkunjung ke Safari World pastikan anda melihat jadual untuk setiap persembahan supaya anda dapat merancang aktiviti ketika didalam Safari World. Kalau tak, takut terlepas persembahan-persembahan yang menarik. Tiket masuk ke dalam Safari World Bangkok berharga dalam USD21.55 sekitar RM100 untuk setiap orang dewasa. Owh ya, pastikan anda menempah tiket Safari World + Marine Park sekali, sebab kebanyakan persembahan dan aktiviti menarik terletak di dalam Marine Park. 

Chao Phraya Tourist Boat

Chao Phraya Tourist Boat

Kalau di Kuala Lumpur kita ada Hop-On-Hop-Off bus, di Bangkok pun tak kurang hebatnya. Kami berpeluang menyelusuri sungai Chao Phraya sekali lagi menggunakan perkhidmatan Chao Phraya Tourist Boat. Anda boleh membeli tiket yang boleh digunakan sepanjang hari dan turun di destinasi yang ingin anda lawati. terdapat 15 pit stop yang menjadi tumpuan pelancong untuk anda singgah seperti Asiatique, Wat Yannawa, Icon Siam, Flower Market, Museum Siam. Wat Arun, The Grand Palace dan banyak lagi. Kami sekeluarga sempat singgah di Wat Arun, Flower Market dan juga Asiatique. 

Menaiki Tuk Tuk. Our favourite and most fun activity

Secara keseluruhan, percutian singkat ke Bangkok sempena harijadi anak kami yang sulung merupakan satu pengalaman yang menarik. Kami sangat seronok menaiki tuk-tuk, jika ada kesempatan pasti akan datang lagi ke Bangkok.