Percutian Menarik Di Guangzhou Bersama Keluarga

Tahun 2015, kami sekeluarga memilih untuk bercuti ke Guangzhou & Hong Kong. Guangzhou merupakan bandar ketiga terbesar di China dan hanya mengambil masa pernerbangan lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu International Airport.

Guangzhou China

Sebelum ke Guangzhou seperti biasa saya telah membuat sedikit penyelidikan melalui sumber internet bagi menentukan di area mana harus tinggal & jenis pengangkutan yang sesuai di gunakan. Bagi yang ingin berkunjung ke Subway System at GuangzhouGuangzhou, saya menyarankan hanya menggunakan subway untuk bergerak di sekitar Guangzhou. Sistem subway di Guangzhou sangat efisien dan senang di gunakan kerana semua simbol atau pengumuman di station atau dalam tren menggunakan dwi bahasa iaitu dalam bahasa local dan juga English. Selain itu, kekerapan tren juga sekitar 5 – 10 minit dan satu tren atau gerabak boleh memuatkan sekitar 1000 – 3000 pengguna dalam sesuatu masa. Tambang juga boleh dikira sangat murah.

Yicheng Poly Central Pivot Apartment

Kami bertolak dari KKIA sekitar pukul 2000hrs dan sampai di Baiyun International Airport lebih kurang sekitar pukul 2330hrs. Process imigresen clearance sangat cepat dan teratur begitu juga dengan process pengambilan kargo & kastam clearance. Kami memilih untuk menginap di area Tianhe iaitu di Yicheng Poly Central Pivot Apartment. Apartment ni terletak di seberang Guangzhou East Railway station, saya memilih  apartment ni kerana bercadang untuk ke Hong Kong menggunakan keretapi. Selain daripada Yicheng Poly Central, apartment ini juga diuruskan oleh operator lain seperti Springdale Service Residence. Sebenarnya bangunan hotel yang sama cuma operator sahaja yang berlainan.

 

Guangzhou China
Permandangan dari atas apartment

Bilik apartment yang kami tempah jenis duplex dan sangat luas, ada bilik tidur di tingkat atas. Bilik juga dilengkapi dengan kemudahan wifi. Terdapat kantin yang beroperasi 24 jam di tingkat bawah sekiranya anda perlu membeli barang keperluan asas. Starbucks & restoran juga terletak lebih kurang 100m daripada pintu masuk utama ke dalam apartment. Boleh check harga semasa & book apartment ni kalau anda bercadang nak bercuti di Guangzhou Yicheng Polly Pivot International Apartment, Tianhe, Guangzhou, China

Guangzhou East Railway Station
Guangzhou East Railway Station
Kaunter Tiket Train Ke Hong Kong
Kaunter Tiket Train Ke Hong Kong Di Tingkat Atas
Kaunter Tiket Guangzhou - Hong Kong
Kaunter Tiket Train Ke Hong Kong

Hari pertama saya bergegas ke Guangzhou East Railway Station yang terletak di seberang jalan untuk menempah tiket ke Hong Kong. Stesen ini bersambung terus dengan Tee Mall yang sangat besar. Di bawah stesen ini juga terdapat subway yang akan menghubungkan anda kemana-mana sahaja kawasan di Guangzhou. Tiket ke Hong Kong dijual pada tingkat aras 2, semua penunjuk arah ada di dalam dwi-bahasa jadi tak perlu risau sekiranya anda tidak tahu membaca bahasa mandarin seperti saya. Kami habiskan hampir separuh daripada hari pertama lawatan di dalam Tee Mall. Terdapat perlbagai barangan pilihan di sini, daripada produk local hingga ke high end produk.

Kemana nak pergi di Guangzhou? Nanti saya sharekan kemana kami pergi sewaktu berada di Guangzhou ya.

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu