AUD/USD Outlook Untuk Minggu Depan 11-15 September 2017

AUD/USD Weekly Outlook Forex Chart
AUD/USD Weekly Chart September 2017
Minggu lepas (4-8/09/17) AU mencecah harga tertinggi iaitu (0.8125 pada 8/09/17), kali terakhir AU berada disekitar harga ini lebih kurang dua tahun yang lalu iaitu pada 14.05.2015 dengan harga tertinggi 0.8166.  Pada tahun 2015 harga tidak berjaya close diatas RW1 iaitu pada harga 0.8115, sebaliknya harga close pada 0.8086 iaitu disekitar Trendline pada Gambarajah B pada minggu 12-17/05/2015.

AUD USD Chart
AUD/USD Weekly Chart May 2015
Kemudian harga terus turun menjunam lebih kurang 1300pips dengan harga terendah dicatatkan pada 15.10.2015 iaitu pada harga 0.6825 sebelum ia berubah arah dan mencecah harga tertinggi seperti yang berlaku pada minggu lepas. Persoalannya, apakah sejarah akan berulang? Jika diperhatikan bentuk trendline dan rejection yang berlaku pada kedua-dua gambarajah A & B, bentuknya hampir sama. Sama-sama kita lihat apa yang akan berlaku pada AU dalam minggu-minggu yang akan mendatang, apakah ia akan turun mencari low trendline atau berjaya membuat kejutan keluar dari high trendline sekarang ini.

AUD USD Daily Chart
Daily Chart AUD/USD
Manakala di Daily Chart seperti Gambarajah C pula, kita perhatikan AU dalam posisi bullish sejak 15/08/17. AU berjaya breakout daily trendline semasa pada 7/09/2017 dan membuat new high pada harga 0.8125 awal pagi 8/09/17 sebelum berpatah balik membentuk CRS dengan reject RW1 iaitu pada harga 0.8115. Apakah AU membuat retracement & mencari high daily trendline yang telah breakout pada 7/09/17 sebelum meneruskan pendakian atau adakah ia akan terus menjunam sebagaimana yang berlaku pada May 2015? Sama-sama kita nantikan apa yang akan berlaku pada AU seterusnya. Yang penting kena jaga money management dan cari point-point untuk entry serta jangan lupa tengok news yang berkaitan dengan AUD & USD.

FX News
High Impact News melibatkan AUD & USD
Selain itu jangan lupa juga dengan isu-isu geopolitical diantara US dan North Korea yang mungkin akan member kesan kepada matawang US. Segala tindakan diluar jangkaan oleh kedua-dua pihak mampu memberikan votaliti yang tinggi kepada matawang US.

Dalam pada itu, kena ambil kira juga bencana semasa yang telah atau bakal melanda US, dimana rebut taufan Irma yang telah merosakkan beberapa infrakstruktur serta kehilangan nyawa. US pasti memerlukan dana yang besar untuk bangkit daripada bencana ini, ia sedikit sebanyak mungkin akan melemahkan matawang US.

Anda belum trade forex? Jom belajar trade forex dengan Teknik Forex Sebenar dan mula mencipta kejayaan bersama para trader yang lain. Klik di SINI untuk maklumat lanjut.