Pengenalan Forex Trading

Apa Itu Forex Trading

Ramai orang ingin tahu bagaimana cara untuk trade forex, tetapi masih ramai juga kurang faham apa itu forex trading. Forex diambil dari singkatan nama “Forex Exchange” yang bermaksud pertukaran matawang. Ia juga dikenali dengan nama singkatan “FX”.

Forex Market / Pasaran Forex

Forex Market juga dikenali dengan nama singkatan “Fx-Market”. Fx Market merupakan satu tempat dimana matawang diseluruh dunia didagangkan. Ia merupakan satu-satunya tempat dimana matawang didagangkan, oleh yang demikian ia merupakan pasaran yang paling liquid di dunia. Jumlah dagangan melebihi 5 Trillion sehari di seluruh dunia.

Kebelakangan ini, Perniagaan Forex atau Forex Trading semakin popular dan semakin ramai yang sudah menceburkan diri di dalam perniagaan ini. Ini kerana Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari 5 hari seminggu. Anda juga boleh bersama-sama para peniaga berjual beli matawang di dalam pasaran forex dan mengambil sedikit keuntungan daripada 5 Trillion yang didagangkan.

Tidak seperti perlaburan / perniagaan Saham/Stock, Forex tidak berpaksi pada satu Pasaran Pusat seperti Bursa Malaysia atau NYSE dan bursa-bursa yang lain. Anda hanya memerlukan sambungan internet kepada gadget anda dan boleh mula berdagang dimana-mana sahaja melalui broker pilihan anda.

Perkara Asas Untuk Trading Forex

Tidak seperti perniagaan lain dimana anda perlu mengeluarkan modal yang besar seperti untuk menyewa bangunan kedai, membeli produk, membayar gaji pekerja, bil utility dan sebagainya, perniagaan Forex hanya memerlukan sedikit sahaja perkara asas yang besar kemungkinan sudah anda miliki ketika ini. Jadi itu satu bonus anda hanya perlu mengeluarkan modal untuk menjual/membeli sahaja.

Anda hanya perlukan 3 perkara asas ini sahaja untuk mula berniaga:

  • Komputer atau Laptop atau Telefon Pintar
  • Sambungan Internet
  • Sedikit Modal (Serendah USD10)

Siapa Yang Trade Forex?

Ok mari kita lihat siapa yang berdangang forex atau matawang ni, tak kenal maka tak cinta kan J Berikut  merupakan jenis-jenis pedagang forex yang ada di pasaran.

  1. Bank

Bank merupakan perlabur terbesar di dalam pasaran forex. Bank ini seolah-olah seperti ikan paus yang mengusai lautan begitu juga bank yang menguasai pegerakan pasaran matawang. Bank berniaga di dalam pasaran forex melalui dua cara. Cara pertama dengan menjadi “Delear” dimana mereka akan mengambil wang daripada pelabur persendirian dan melakukan transaksi jual beli bagi pihak pelabur.

Selain itu bank juga membuat keuntungan melalui pasaran forex dengan cara “spekulatif trading” seperti peniaga kecil-kecilan seperti kita. Tapi harus diingat, bank mempunyai banyak sumber atau ‘resourses’ serta strategi untuk mereka menguasai market. Oleh yang demikian kami akan dedahkan bagaimana cara mereka berniaga di pasaran forex agar kita pun boleh sama-sama menjana keuntungan sebagaimana bank lakukan.

1.1 Bank Pusat

Apa itu Bank Pusat? Bank Pusat merupakan organizasi yang mengawal atau mengelola bank-bank yang ada di Negara mereka. Sebagai contoh seperti Bank Negara kalau di Malaysia. Antara Bank Pusat yang paling banyak memberikan kesan kepada pergerakan pasaran matawang adalah seperti ECB (European Central Bank), United State of America Central Bank atau lebih dikenali sebagai “Federal Reserve”, Reserve Bank of Australia (RBA) , Bank of England (BOE) dan banyak lagi.

  1. Investment Managers & Hedge Funds

Selain daripada pihak Bank, Investment Managers dan Hedge Funds merupakan pelabur kedua terbesar di dalam pasaran forex. Investment Managers melabur di dalam pasaran matawang dalam jumlah yang besar seperti menguruskan perlaburan “skim pesara” dan sebagainya. Hedge Funds juga berdagang melalui cara “spekulatif market”. Biasanya mereka ini merupakan pemegang amanah kepada pelabur yang mencarum didalam sesuatu skim perlaburan yang diluluskan atau dikawal oleh kerajaan.

  1. Firma-Firma / Syarikat Perniagaan

Firma atau syarikat perniagaan besar atau lebih dikenali sebagai Multinational Company (MNC) juga secara tidak langsung berniaga dan mempengaruhi pasaran forex. Sebagai contoh syarikat di negara Jepun membeli produk dari Negara China, syarikat China mungkin menjual produk tersebut dalam nilai China Yuan atau US Dollar, maka syarikat dari negara Jepun akan membayar nilai tersebut menggunakan matawang Japeness Yen yang bersamaan nilai dengan harga yang ditetapkan oleh syarikat China dalam China Yuan atau US Dollar. So, urusniaga tersebut akan melibatkan pertukaran mawatang di dalam pasaran forex.

  1. Retail Trader / Pelabur Kecil

Seperti saya dan juga anda, kita hanya merupakan pelabur kecil atau kita panggil Retail Trader yang cuba meneguk keuntungan daripada pasaran forex yang didagangkan sekitar 5 Trillion sehari. Dan harus diingat, kita hanya umpama ikan bilis di dalam lautan yang cuba berenang bersama sama dengan ikan jerung bagi mendapatkan sedikit makanan. Namun begitu, walaupun kita umpama ikan bilis, namun dari hari ke hari jumlah retail trader semakin meningkat.

Untuk kekal bersaing bagi mendapatkan sedikit keuntungan daripada pasaran forex, sebagai trader kecil-kecilan, kita harus trade atau berniaga sebagaimana pihak Bank atau Hedge Fund berniaga. Secara asasnya, mereka berniaga dan menganalisa pegerakan pasaran melalui cara berikut:

  1. Teknikal Analisis
  2. Fundamental Analisis

Oleh yang demikian, kita juga harus mempelajari bagaimana cara untuk menganalisa pergerakan pasaran supaya kita sama-sama boleh mengaut keuntungan.