Anda mungkin pernah dengar apa itu Forex Trading sebelum ini tetapi tak pernah ingin tahu atau anda sengaja tak nak tahu. Forex atau singkatan daripada Foreign Currency Exchange merupakan perniagaan Pertukaran Matawang sesebuah negara dan ia juga dikenali sebagai Fx.
Bukan Tipu Ke Forex Ni?
Ada juga yang tertanya, malah mungkin pernah anda dengar orang rugi atau kena tipu dek perniagaan Forex ni. Ya memang tak dinafikan ramai yang mengambil kesempatan di luar sana untuk menipu dengan menjual nama Forex. Oleh yang demikian amat penting untuk anda memahami apa itu Forex supaya anda tak ditipu.
Berikut merupakan ciri-ciri PENIPUAN di dalam Forex
- Anda labur duit & duduk diam tak perlu buat apa-apa
- Menjanjikan keuntungan TETAP dari 5% – 50% seminggu atau sebulan
- Suruh anda cari downline atau bawa sedara mara join sama untuk mendapatkan income lebih
Untuk mengelak di tipu?
Bagi mengelakkan anda ditipu, anda perlu memiliki ilmu berkaitan Forex. Ia bukan sesuatu yang sukar untuk dipelajari, malah pada hari ini, sudah ramai info berkaitan dengan Forex Trading di dalam bahasa Melayu jika dibandingkan pada 10 tahun yang lepas.
Apa Yang Anda Mungkin Tak Tahu
- Sudah Ramai Rakyat Malaysia Yang Menjana Pendapatan Sampingan Sehingga Mencecah 4 ANGKA SEMINGGU Dari Perniagaan Forex
- Malah Ada Yang Sudah Berjaya Menjadi Jutawan Melalui Forex Trading
10 Sebab Kenapa anda Perlu Berdagang Forex
Jika Anda Belum bermula, jangan risau saya dedahkan 10 sebab kenapa anda juga harus bermula untuk berdangan Forex mulai hari ini
1. Tak Ada Komisen
Ya betul, jika anda trade forex anda tak perlu bayar komisen atau yuran untuk perkara-perkara berikut:
- Yuran Pengeluaran
- Yuran Pertukaran
- Yuran yang dikenakan oleh kerajaan
- Yuran Broker
Pendek kata, langsung tak ada kos tersembunyi, anda hanya dikenakan pada servis caj yang kita panggil di dalam forex sebagai Bid/Ask Spread. Bahasa mudahnya, perbezaan sebut harga diantara Beli/Jual sahaja.
2. Tak Ada Orang Tengah
Anda tak perlu khuatir akan karenah orang tengah, tak payah fikir nak ambil produk dari siapa dan paling penting tak payah risau nak jaga hati orang tengah. Bahkan Forex juga merupakan 100% sistem perniagaan online dimana anda hanya execute trading anda melalui platform/sistem terus kepada broker anda. Selain itu yang paling best anda boleh beli/jual matawang serta merta tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
3. Tak ada Fix lot atau size
Dalam pelaburan saham atau future komiditi seperti Emas (Gold) mahupun Silver, sais lot telah ditetapkan bagi sesuatu pertukaran. Sebagai contoh, jika anda nak berdagang komoditi Silver, untuk sais kontrak yang standard ialah 5000 ounces. So anda kena gunakan modal yang agak besar jika nak melabur di dalam Silver.
Sebaliknya untuk Forex atau pertukaran matawang ini, kamu sendiri yang akan tentukan sais lot ataupun jumlah posisi kamu. Secara tidak langsung, anda boleh mula berniaga dengan modal yang kecil serendah dari RM30. Ya serendah RM30 bergantung dengan jumlah minimum yang ditetapkan oleh broker yang anda guna
4. Caj transaksi yang kecil
Anda tak perlu bayar yuran/caj lain-lain selain daripada Bid/Ask Spread. Caj transaksi yang dikenali sebagai Ask/Bid Spread ini sangat kecil serendah dari 0.1% – 0.7%
5. Pasaran Dibuka 24jam 5Hari Seminggu
Pasaran Forex atau Forex Market dibuka selama 24jam sehari 5 hari seminggu. Ia dibuka dari hari Isnin seawal pagi waktu Australia sehingga perniagaan ditutup hari Jumaat waktu New York. So, ia sangat sesuai untuk para peniaga sampingan yang boleh berniaga bila-bila masa bersesuaian dengan jadual waktu masing-masing. Jika anda sibuk pada siang hari, anda boleh trade pada malam hari, begitu juga sebaliknya.
6. Tak Ada Orang Memonopoli Pasaran
Forex Market ini sangat luas dan diniagakan oleh ramai pihak. Oleh yang demikian, tak ada satu entiti yang boleh kontrol pasaran.Secara ringkas, ia merupakan pasaran dimana semua peniaga mempunyai peluang yang sama rata.Juga merupakan satu-satunya perniagaan yang TAK ADA SAINGAN atau Competitor Free. Anda tak perlu risau kepada peniaga lain, kerana anda tak bersaing dengan sesiapa
7. Leveraj / Leverage
Didalam perniagaan Forex, dengan modal yang kecil pun anda boleh memesan atau mengendalikan kontrak yang besar. Penggunaan Leveraj membenarkan anda membuat keuntungan yang maksimum dengan hanya mengeluarkan modal yang kecil
Sebagai contoh broker menawarkan leveraj 50 kepada 1. Dimana jika anda hanya bermodalkan USD50 sahaja, anda boleh berniaga sehingga 50 kali ganda daripada nilai deposit atau modal anda iaitu sebanyak USD2,500. Jika modal anda sebanyak USD500 maka anda boleh berniaga sehingga USD25,000.
Kelebihan leveraj forex berbanding dengan saham, seandai nya posisi tidak memihak kepada anda, anda rugi modal yang dilaburkan, kerugian yang anda tanggung hanyalah modal yang dikeluarkan sahaja. Seperti contoh diatas, jika modal anda USD50 dan anda rugi, maka kerugian anda hanyalah USD50 bukannya USD2,500
8. Liquiditi Yang Tinggi
Disebabkan ramai orang yang berniaga dipasaran forex, menyebabkan liquiditi pasaran forex sangat tinggi. Tidak seperti perlaburan lain, anda tak perlu risau untuk menunggu orang lain untuk membeli matawang anda atau menjual matawang yang mereka ada. Hanya dengan satu klik sahaja pada mouse komputer anda, posisi atau tempahan anda akan dibuka serta merta.
Begitu juga sekiranya anda masuk ke dalam pasaran menggunakan kaedah tempahan, tempahan anda akan dibuka serta merta apabila harga mencecah paras harga yang anda tentukan.
Untuk keluar dari pasaran, anda juga boleh tetapkan limit keuntungan malah limit risiko kerugian, anda tak perlu risau kerana sistem akan bertindak serta merta
9. Sangat Senang Untuk Bermula
Namun begitu kami bukan bermaksud anda hanya perlu keluarkan modal RM30 untuk mula berniaga, ini menggambarkan bahawa perniagaan forex ini tidak memerlukan modal yang besar dan boleh disertai oleh semua golongan.
Anda kena ingat, semakin kecil modal anda, semakin lambat juga untuk membuat keuntungan, namun begitu anda kena faham, semakin besar modal anda, risiko kerugian anda juga akan meningkat. Oleh yang demikian, ia merupakan bisnes yang sangat unik dimana anda sendiri yang boleh menentukan berapa modal yang anda sanggup keluarkan untuk mula berniaga forex
10. Sumber Rujukan Ada Dimana-Mana
Majoriti broker online forex menawarkan latihan/demo secara percuma. Anda boleh berlatih berdagang dipasaran forex dalam masa sebenar pada harga semasa pertukaran matawang
Anda tak perlu risau, kerana tak perlu keluarkan modal untuk berlatih. Selain itu, maklumat berkaitan dengan forex trading juga boleh didapati secara online
Jika anda tak mahir berbahasa English tak perlu risau, ini kerana sudah banyak buku-buku berkaitan dengan perniagaan Forex di dalam bahasa Melayu. Salah satu buku yang saya syorkan ialah Teknik Forex Sebenar Price Action Trading atau TFSPAT hasil karya Khalid Hamid.
Selain itu anda boleh mengikuti kelas-kelas bagi meningkatkan ilmu dan kebanyakan kelas-kelas ini dianjurkan di dalam bahasa Melayu juga
Anytime Anywhere / Bila-Bila & Dimana-Mana Sahaja
Dan yang paling best tentang perniagan Forex ni, anda boleh trade dimana-mana pada bila-bila masa sahaja
Syaratnya smartphone anda mesti ada data internet dan ada internet coverage. Tak kiralah anda dimana dan pukul berapa, anda boleh berniaga di dalam pasaran forex selama 24jam sehari 5 hari seminggu Paling best anda tak perlu lagi tinggalkan keluarga kerana nak jana income lebih, atau kerja lebih masa sehingga anda tak cukup rehat dan berada di rumah tak sampai 4 jam saja sehari
Bagaimana Nak Bermula?
So anda tunggu apa lagi? Jom mula berniaga Forex hari ini, semakin lambat anda bermula, semakin anda ketinggalan. Untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan Forex ini anda boleh belajar dari sifu saya iaitu Khalid Khamid a.k.a MK. Edisi ke-7 Teknik Forex Sebenar hasil karya beliau baru sahaja dilancarkan dan sedia untuk ditempah, ia merupakan salah satu buku terbaik berkaitan Forex Trading di dalam bahasa Melayu yang akan merungkai rahsia Forex dari A – Z.
Selain itu saya juga ada hadiah untuk anda yang sudi baca sampai habis, jangan lupa download Ebook PERCUMA berkaitan Forex tulisan Khalid Hamid a.k.a MK kat SINI. Jangan lupa share ebook tersebut dengan rakan-rakan atau sedara mara ya. Semoga lebih ramai lagi yang akan berjaya di dalam Forex Trading.