"Kalau anda beranggapan menjana pendapatan secara atas talian merupakan satu penipuan, anda sebenarnya sudah ketinggalan zaman"
Hari ini semakin ramai yang buat hustle, buat kerja sampingan lebih dari satu perkerjaan. Lebih-lebih lagi semenjak pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, bukan sedikit orang yang hilang punca pendapatan. Jika anda juga terkesan disebabkan covid-19 ini, saya berharap anda tidak berputus asa, saya percaya rezeki itu ada dimana-mana. Berita baiknya, saya ingin berkongsi dengan anda, 10 cara bagaimana anda dapat menjana pendapatan sampingan melalui online secara sah. Kenapa saya katakan secara sah? Ada ke yang tak sah? Ya, mesti ada, tapi saya tak akan bincangkan kat sini, saya hanya bincangkan cara buat duit secara online yang sah sahaja, maksudnya ia tidak menyalahi undang-undang dan juga bukan skim cepat kaya yang menipu orang yang di dalam kesempitan.
Tapi harus diingat, tidak ada apa-apa cara yang dapat mendatangkan hasil dengan segera, ia harus dimulakan dengan niat, usaha, doa, kesabaran dan tekad yang tidak mudah untuk mengalahkan.
Jika anda sudah bersedia, mari kita lihat apakah yang anda boleh lakukan pada tahun 2021 ini untuk menjana pendapatan sampingan yang sah secara online.
Isi Kandungan
Dikala kebanyakan peluang yang ada memerlukan anda untuk berada diluar rumah bagi menjana pendapatan sampingan, seperti menjadi pemandu grab, penghantar makanan atau anda mungkin melakukan kerja lebih masa bahkan mungkin terpaksa membuat dua atau tiga jenis kerja berlainan bagi menjana pendapatan sampingan. Ya, memang tidak dinafikan keadaan agak mencabar hari ini.
Blogging boleh dibuat sebagai hobi ataupun perniagaan sepenuh masa. Selalunya blog terhasil melalui hobi dan dikembangkan menjadi perniagaan yang kadang-kadang boleh memberikan keuntungan yang lumayan. Bahkan sudah ramai blogger berjaya yang menjadikan blogging sebagai perniagaan sepenuh masa. Malah sudah ramai blogger di luar sana terutama yang berada di luar negara yang sudah menjadi jutawan hanya dengan menulis blog.
Apa yang menarik berkenaan dengan blogging ini ialah, anda hanya perlu memberi fokus kepada apa yang anda mahir dan minat. Setiap minat dan kemahiran anda berpotensi untuk menjadi sumber perniagaan sampingan yang jika diasah tidak mustahil suatu hari nanti akan menjadi perniagaan yang menguntungkan.
Untuk berjaya di dalam blogging ini, tips dia simple saja. Anda tak perlu menjadi seperti orang lain, anda hanya perlu jadi diri anda, dan kongsikan apa yang anda tahu dengan pembaca diluar sana.
Sebagai contoh, anda mungkin suka memancing, anda pakar berkenaan dengan bab memancing, apakah peralatan yang digunakan untuk memancing, waktu yang sesuai untuk memancing, semua ini adalah kemahiran yang anda boleh kongsikan dengan pembaca di luar sana. Bahkan lama kelamaan, bila pengunjung anda sudah ramai, dan anda sudah memperolehi kepercayan daripada pembaca, disini lah anda berpeluang untuk menjana pendapatan seperti menjual peralatan memancing, atau menghasilkan ebook berkaitan dengan hobi memancing.
Saya ada kongsikan 8 langkah mudah untuk membina website kat sini. So apa tunggu lagi, anda boleh mulakan website anda dengan mendapatkan pakej hosting dari Bluehost dengan harga serendah RM17 sebulan.
Selain daripada menjual barang, anda juga boleh menjana pendapatan melalui Google Adsense. Tapi cara ni agak perlahan, bergantung dengan berapa ramai pembaca yang berkunjung ke blog anda. Kat bawah ni saya sertakan contoh bayaran yang saya terima daripada Google hasil daripada iklan yang dipaparkan kat blog saya. Yang best nya, Google bayar dalam matawang USD tu. So, jika anda bermurah hati, apa salahnya untuk tekan jer iklan-iklan yang ada kat blog saya ni 🙂 Jangan risau, anda tak perlu bayar saya apa-apa pun.

Buat survey online atau tinjauan dalam talian ini juga merupakan salah satu kerja sampingan yang anda boleh buat secara online. Ada banyak platform yang disediakan diluar sana bagi anda yang berminat untuk membuat survey. Apa yang menariknya berkenaan dengan survey ini ialah, ianya boleh dilakukan hanya melalui smartphone anda saja. Jika anda ada banyak masa terluang, daripada habiskan masa dengan melayari facebook, instagram dan drama korea, apa kata anda luangkan sedikit waktu sekitar 15 minit sehari untuk membuat online survey 🙂
Namun begitu, anda juga perlu membuat kajian serba sedikit berkenaan dengan program online survey yang anda ingin sertai. Pastikan program tersebut tak ada masalah untuk membuat pembayaran bagi peserta yang berada di Malaysia.
Salah satu program yang saya syorkan adalah melalui MOBROG Malaysia. Saya sudah lama menyertai program online survey melalui platform MOBROG ni, cuma disebabkan keadaan yang selalu sibuk, saya jarang dapat meluangkan masa untuk buat survey. Jika anda berminat boleh terus daftar disini, pendaftaran adalah percuma. Namun begitu, platform MOBROG ni agak slow sikit, kalau nak kaya memang agak susah la hehe. Tapi kalau sekadar nak tambahkan income setakat USD10 – USD30 sebulan saya rasa takde masalah bagi yang ada banyak masa terluang. Gambar kat bawah contoh bayaran yang saya terima dari MOBROG. So memang genuine program la, cuma saya tak serius sangat sebab busy.

Namun begitu, jika anda serius nak jana income online hanya dengan membuat online survey, saya syorkan anda untuk mendaftar dengan program online survey yang berbayar. Ini kerana kebanyakan program tersebut menawarkan jumlah survey yang banyak dan anda boleh menjana sekitar USD10 – USD40 sehari. Jika anda berminat boleh dapatkan info lebih lanjut kat sini.
Jika anda ada kemahiran tertentu seperti membuat graphic design, digital marketing, atau anda mahir dalam membuat terjemahan bahasa anda boleh menawarkan perkhidmatan anda di Fiverr. Sudah ramai orang yang berjaya membuat business online dari Fiverr. Yang best nya kat Fiverr ni, anda boleh charge dalam bentuk USD. Minimum untuk setiap perkhidmatan selalu nya mereka charge sebanyak USD5.
Jika anda belum pernah menggunakan perkhidmatan di Fiverr, selain memberi perkhidmatan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh para freelancer dari seluruh dunia yang sudah berkecimpung di dalam Fiverr menawarkan kemahiran mereka.
Sebagai contoh, anda suka menulis novel dalam bahasa Melayu dan ingin menterjemahkan novel anda ke dalam bahasa lain seperi English, dengan mudah sekali anda boleh dapatkan bantuan daripada freelancer yang ada di Fiverr. Nah anda pun boleh jadi seperti mereka.
Untuk maklumat lanjut anda boleh check kat website Fiverr.
Jika anda jenis yang malu berdepan dengan camera dan segan untuk menghasilkan video, anda masih boleh berkongsi kemahiran ataupun skill anda dengan menulis e-book.
Walaupun teknologi berkembang dengan pesat dan video merupakan salah satu saluran informasi yang semakin meningkat, tetapi jangan pernah memandang rendah pada bahan bacaan. Sebab itu saya yakin, masih ramai yang sanggup membeli ebook yang mengandungi sumber informasi.
Apa tunggu lagi, anda boleh menghasilkan ebook dan menjual ebook tersebut secara atas talian atau pun online. Apa yang bestnya, berkenaan dengan ebook ini ialah, anda tak perlu menjual atau menghasilkan product fizikal. Semua urusan jual beli akan dibuat secara online. Bahkan jika sistem anda adalah tepat, ia boleh memberikan anda pendapatan ketika anda sedang tidur atau pergi bercuti sekalipun.
Nah, jika anda sudah ada ebook, ada beberapa cara untuk anda memasarkan ebook tersebut, cara paling mudah adalah dengan menjual ebook anda di Amazon Kindle Book. Selain itu, anda juga boleh bina website sendiri untuk menjual ebook tersebut secara automatik. Jangan risau kalau anda tak tahu macam mana cara nak buat website, saya juga ada menawarkan pakej membina website pada harga mampu milik 🙂 Boleh check kat website ni www.avtise.com
Bagi anda yang memiliki bakat di dalam bidang photografi, anda boleh menjual hasil karya anda juga secara online. Ada banyak website yang menyediakan perkhidmatan untuk anda memaparkan gambar-gambar terbaik yang telah anda rakam seperti iStock, Shutterstock, iStockPhoto dan banyak lagi.
So apa tunggu lagi, just sign up kat mana-mana website tersebut dan terus upload gambar terbaik anda. Mana tahu ada rezeki, anda boleh menambah income atas talian juga.
YouTube merupakan paltform yang semakin berkembang pesat. Dianggarkan sekitar 1 billon jam tontonan YouTube sehari di seluruh dunia. Tidak hairanlah YouTube merupakan antara search engine yang semakin mengambil tempat selain daripada Google.
Berita baiknya, untuk menghasilkan video di YouTube tidak semestinya anda seorang yang pandai belakon 🙂 Anda boleh berkongsi apa-apa sahaja video yang tidak melanggar syarat-syarat yang dikenakan oleh YouTube.
Namun begitu, untuk berjaya, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu, apakah niche yang anda ingin ceburi sebelum memulakan channel YouTube Anda.
Jika anda tak ada pengalaman bagaimana nak buat YouTube, saya ada buat satu tutorial cara membuat channel Youtube, jangan lupa untuk tonton ya. Selain tu, jangan lupa untuk subscribe channel saya juga 🙂
Memang tak dapat dinafikan, pandemik Covid-19 ni banyak mengubah norma kehidupan, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Namun begitu, bagi anda yang berfikiran positif, anda harus melihat peluang yang ada disetiap masalah yang melanda.
Hari ini, kita lihat semakin ramai pihak-pihak yang menganjurkan kursus-kursus secara atas talian ataupun secara online. Apa tunggu lagi, jika anda ada skill yang ingin dikongsikan, anda juga boleh memulakan kelas atau kursus anda secara online. Apa yang menariknya berkenaan dengan kursus online ini ialah anda boleh mengambil seberapa ramai pun student dan peserta anda tidak terhad kepada sesuatu tempat saja. Selain itu, kos penganjuran kursus secara atas talian ini juga sangat murah, anda tak perlu bayar sewa bilik.
Apa yang penting, pastikan anda hanya perlu bayar pakej untuk applikasi atas talian yang anda gunakan seperti Zoom, Google Meet, Microsfot Team dan lain-lain. Pastikan anda tidak menggunakan akaun basic (free) jika menganjurkan kursus secara online, kerana ada limitation yang akan mengganggu kelancaran kursus tersebut. Sebagai contoh jika anda menggunakan applikasi Zoom, untuk akaun yang basic, anda hanya ada masa sekitar 40 minit sahaja untuk setiap perbincangan. Tak kan la selepas setiap 40 minit nak suruh participant join lagi kan 🙂

Business online ni pun kurang berisiko, anda hanya perlu print jika ada permintaan. Antara barang yang boleh dijual untuk perniagaan ini seperti baju-T, hadiah (cenderahati), canvas photo dan macam-macam lagi.
Jika anda tak ada kemahiran untuk buat graphic design, jangan risau, kita dah bincang bagaimana dengan mudahnya anda boleh dapatkan pakar design yang ada di dalam Fiverr. So let mereka yang profesional tolong anda buat design, tugas anda hanya membuat pemasaran. Bila ada tempahan baru anda akan print design tersebut. Pemasaran pun anda boleh lakukan secara online saja, boleh buat di social media seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.
Selain itu anda juga boleh gunakan website seperti CAFEPRESS, Zazzle, Shiroprint, Famsystore dan banyak lagi.
Mudah saja kan? Belum cuba belum tahu, mana tahu rezeki anda ada kat business ni. Namun untuk berjaya, anda perlu juga membuat kajian dan pilih niche yang sesuai.
Jika ada hobi menulis, berita baiknya, anda juga boleh menjadi Freelance Writer dan menyumbangkan artikel atau bahan tulisan kepada producer kat luar sana. Ada banyak platform yang anda boleh gunakan untuk menghantar artikel anda. Berita baiknya, jika artikel anda diterima anda boleh dibayar sekitar USD50 – USD200 untuk setiap artikel.
Nah apa tunggu lagi? Ini mungkin peluang bagi anda yang gemar menulis, tak kesah la samada artikel anda berbentuk rekaan, sains, sastera dan sebagainya. Just buat sedikit research apakah jenis-jenis artikel yang diterima oleh platform tersebut. Kebiasaanya artikel yang diperlukan adalah sekitar 500 sehingga 2000 patah perkataan, tak banyak kan? 🙂
Ala, saya hanya pandai tulis dalam bahasa Melayu saja, kebanyakan website yang menawarkan paltform Freelance Writer ni menerima tulisan dalam bahasa English. Jangan risau, kan ramai orang yang boleh tolong terjemahkan tulisan anda kat Fiverr 🙂
Antara contoh-contoh website yang anda boleh hantar artikel seperti FunsForWriters, Uxbooth, A List Apart, dan banyak lagi.
Anda ada kemahiran tertentu seperti pandai menari? Anda suka pergi ke gym, pergi zumba, yoga? Atau anda mahir bermain alat musik? Tak kira lah, apapun kemahiran anda, peluang sudah terbuka di alam maya untuk anda menawarkan skill anda tersebut kepada orang lain.
Yes, kalau anda kata mana mungkin dapat jadi personal trainer secara online? Opps, anda perlu semak kembali kalendar, kita bukan lagi tinggal di zaman 60an atau 70an 🙂 Semunya adalah mungkin bagi yang berfikiran positif.
Anda kena ingat, semua perbincangan diatas merupakan satu usaha yang berterusan, ia bukan SKIM CEPAT KAYA. Jika anda beranggapan hari ini anda bermula, esok sudah jadi jutawan, saya harap anda tak buang masa untuk mencuba cara-cara di atas. Apa yang kita bincangkan adalah cara yang sah disisi undang-undang untuk anda menjana pendapatan sampingan.
Boleh jadi kaya ka buat business online ni? Ya, kalau ada usaha diiringi dengan doa, ada kejujuran dan tidak mengenal putus asa, tidak mustahil untuk menjadi kaya. Tetapi sebelum anda nak menjadi kaya, anda kena tentukan dahulu apakah maksud KAYA bagi anda. Kaya adalah subjektif, bagi sesetengah orang, kalau dia ada simpanan sebanyak RM10,000 pun dia rasa dia sudah kaya, ada juga orang yang ada duit RM1 juta tapi dia anggap dia masih miskin.
Semoga bermanfaat, semoga kita semua dapat menjana pendapatan sampingan lebih-lebih lagi dengan keadaan semasa pandemik Covid-19 ni yang tidak ada kepastian bila ianya akan berakhir. So untuk tahun 2021 ni, bersiap sedialah semakin ramai yang akan hilang pekerjaa, keadaan ekonomi di negara kita akan semakin tenat bukan sahaja disebabkan oleh covid-19 bahkan juga keadaan politik yang tidak stabil.
Good luck! See you on the TOP!