8 Langkah Mudah Untuk Buat Website

Bina Website Anda Sendiri

Ikuti langkah mudah berikut bagaimana anda juga dapat menghasilkan website sendiri. Tak perlu lagi mengeluarkan kos yang mahal untuk membayar orang lain membina website anda. Paling best, you can control everything inside your website 🙂  Are you ready..??

Kenapa Anda Perlu Bina Website Sendiri?

Siapa Yang Perlu Ada Website?

8 Langkah Mudah Untuk Bina Website

Jom lihat apakah langkah mudah untuk membina website

1. Pilih domain atau alamat url

Perkara asas utama yang anda perlu fikirkan sebelum pergi ke langkah seterusnya adalah membuat pilihan nama domain atau alamat url. Saya percaya semua orang tahu apa itu domain kan. Jika anda sudah ada idea apakah nama domain untuk website anda, tahniah sekarang cuma tinggal nak check apakah domain tersebut masih available ke tak. Tapi jika anda belum ada idea lagi, berikut antara beberapa faktor yang anda perlu fikirkan supaya nama domain anda tersebut sesuai dan paling penting mudah untuk diingati. 

Antara beberapa persoalan yang boleh membantu anda menentukan nama domain

Nama domain hendaklah sesuai dengan content atau isikandungan website anda supaya ia lebih nampak profesional

Syarikat / Perniagaan

Jika website and bertujuan untuk perniagaan, sebaiknya boleh gunakan nama syarikat anda atau produk yang ada kaitan dengan jenis perniagaan tersebut. Sebagai contoh syarikat AV Energy Sdn Bhd, maybe boleh guna website www.avenergy.com supaya nampak lebih profesional

Hobi / Passion

Kalau untuk hobi atau passion, sebaiknya domain tersebut ada kaitan dengan niche yang kamu pilih. Sebagai contoh anda ada hobi/passion berkaitan dengan memancing ikan. Maybe boleh pilih domain seperti www.kakipancing.com untuk lebih mudah diingati

Personal Branding

Ia lebih kurang sama juga dengan hobi/passion, tetapi tujuan website ini adalah lebih kepada untuk meningkatkan pengaruh seseorang itu di dalam bidang yang dia expert. Kebiasaannya mereka gemar menggunakan nama mereka sendiri untuk domain. 

2. Daftar domain atau alamat url

BELI DOMAIN

Sudah tentukan nama domain anda? Next step adalah anda perlu membeli domain tersebut. Lagi cepat lagi bagus, sebab kalau tak orang lain mungkin akan menggunakan domain tersebut. Err..bagaimana kalau saya belum decide nak buat website dalam masa terdekat ni? Tak apa, boleh beli dulu domain tersebut, selalunya validity untuk domain paling minimum kena bayar untuk setahun, so next time bila dah ready nak develop website domain dah ada, tak perlu risau jika domain tersebut sudah dibeli orang lain. Oh ya, bagaimana kalau domain tersebut tak available? Maksudnya sudah digunakan oleh orang lain? Kalau berkeras juga nak gunakan domain tersebut, anda boleh offer untuk beli domain tersebut daripada pemilik asal. Tapi kadang-kadang ada juga domain tak available tapi available for sale,apa pula maksud tu? Yup, itu merupakan antara salah satu business online yang orang lakukan, dimana mereka beli domain yang tip top pada harga asal (selalunya tak sampai USD10) dan jual kembali dengan harga ribu riban. Opss..tersasul pula cerita. So berita baiknya, domain yang anda sudah beli tadi pun anda boleh iklankan untuk dijual. Macam mana? Dah ada idea nak buat bisnes sampingan jual domain? Yes, you can start it NOW with minimum resources. Melalut pula cerita beli domain ni 🙂 Anyway, saya cadangkan anda untuk beli domain dari website NAMECHEAP atau DOMAIN sebab mereka antara penyedia domain yang memang sudah lama beroperasi dan dipercayai di seluruh dunia. 

Recommended website untuk beli domain

3. Pilih Web Hosting

Selepas selesai membeli domain, langkah seterusnya adalah memilih web hosting untuk website anda. Terdapat banyak pilihan web hosting yang terdapat dipasaran. Namun begitu ada beberapa hal yang anda kena ambil kira sebelum membuat pilihan untuk memilih web hosting. Berikut merupakan antara faktor-faktor yang perlu diambil kira. 

Bagi saya pula, saya lebih gemar menggunakan service provider daripada Hostgator, selain menepati kesemua ciri-ciri yang diatas, Hostgator juga merupakan antara web hosting pilihan utama pemilik laman web di seleruh dunia. Selain harga yang berpatutan, web hosting Hostgator juga antara yang sangat mudah digunakan dan mereka mempunyai teknikal support yang sedia membantu 24/7. So tak perlu risau sekiranya ada masalah teknikal, mereka siap untuk membantu dalam  kadar yang segera. Selain Hostgator, anda juga boleh mempertimbangkan Hostinger dan BlueHost. Kalau untuk local player boleh cuba check JomHosting

Pakej yang ditawarkan Hostgator antara yang termurah

4. Connect atau sambungkan domain dengan Web Hosting

Tahniah jika anda sudah membeli domain dan juga memilih web hosting. Langkah seterusnya adalah membuat connection ataupun integrasi diantara domain dan juga web hosting. Jika anda membeli domain dan webhosting dari service provider yang sama, step ini akan dibuat secara automatik di dalam sistem. Jika domain dan web hosting anda dari servis provider yang berlainan, anda hanya perlu membuat setting ringkas sahaja. Boleh check dalam youtube, macam mana step untuk connect domain ke web hosting. You can do it less than 5 minutes 🙂 No worry.

5. Pilih dan install Content Management System (CMS)

Kini anda hanya tinggal beberapa langkah sahaja untuk menghasilkan website pertama anda. Simple saja kan. Next step yang anda kena buat adalah memilih jenis Content Management System (CMS) yang akan anda gunakan untuk membina website nanti. Ada beberapa jenis CMS yang biasa digunakan seperti WordPress, Joomla dan Drupal. 

WordPress merupakan pilihan utama pemilik website ia menguasai 60.4% pasaran CMS di seluruh dunia

Joomla pula menduduki tempat kedua paling banyak digunakan dengan menguasi 5.2% pasaran

Drupal pula menguasi 3.4% pasaran CMS diseluruh dunia.

Berdasarkan statistic diatas, ternyata WordPress menguasai pasaran. So, saya juga cadangkan anda menggunakan WordPress, selain perkhidmatan yang percuma, ia juga sangat mesra pengguna, bahkan orang yang tak celik komputer sekalipun boleh menggunakan Worpress untuk membina website. Untuk install WordPress, anda hanya perlu login ke dalam akaun web hosting anda dan just click Install WordPress, ia akan dilakukan secara automatik, just follow sahaja langkah-langkah yang dinyatakan dalam proses tersebut. 

6. Pilih jenis theme untuk website

Tahniah sekali lagi jika anda sudah berjaya untuk install WordPress untuk website anda. Kini tiba masa untuk memilih theme bagi website anda. Jika anda menggunakan CMS WordPress terdapat banyak theme percuma yang disediakan. So anda boleh lah pilih-pilih jenis theme yang sesuai dengan niche ataupun tema website anda. Gambarajah dibawah antara contoh-contoh theme yang terdapat di dalam WordPress. 

Contoh Theme yang terdapat dalam WordPress

7. Configure Website

Langkah seterusnya adalah membuat setting configuration pada website anda. Ini dapat dilakukan di dalam Dashboard WordPress anda. Kebiasaanya kat step ni kita General Setting, Writing and Reading Setting, Media dan banyak lagi yang kita boleh set. Boleh lihat gambarajah seperti dibawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas apa yang anda perlu lakukan pada step ini. 

8. Masukkan content atau isi kandungan website

Wow..! So easykan. Kini anda sudah siap untuk membina website anda, hanya tinggal masukkan content atau design ke dalam website anda. Ada dua jenis untuk publish content, yang pertama adalah ‘Page’ dan satu lagi adalah ‘Post’. Kebiasaanya ‘Page’ ini digunakan untuk main body website tersebut seperti page muka depan (Home), About Us, Contact dan sebagainya. Manakala untuk ‘Post’ pula lazimnya digunakan untuk posting artikel di dalam blog, atau selalu orang panggil untuk blogging. Untuk memudahkan anda design website yang lebih menarik lagi, boleh gunakan plugin Elementor. Lepas isikan content, than just click ‘Publish’ maka secara rasminya website anda sudah berada di atas talian dan boleh diakses oleh pengguna maya. Senang jer kan, lepas ni tak payah la upah orang lain untuk buat website kan. 

2 cara untuk publish content, 'Page' dan 'Post'

Kesimpulan

Thank you guys sebab berjaya baca sampai abis 🙂 Saya harap dengan tulisan ni, anda akan dapat idea serba sedikit bagaimana cara untuk membina website anda sendiri. Tak kisah lah samada anda nak buat website untuk korporat ka, online business, hobi mahupun personal branding, Website merupakan satu-satunya platform dimana anda mempunyai kawalan 100% terhadap posting anda. Ya, mungkin ada orang akan berkata, ala facebook, instagram, twitter kan ada. Ya betul, tapi ingat, anda tak ada kawalan 100% terhadap sistem tersebut, anytime posting anda boleh diremove dari server mereka 🙂 Ok guys, kalau ada masa, nanti saya akan buat tuturiol cara nak buat website dalam bentuk video pula. Stay tune, jangan lupa untuk subscribe my page jika anda tak mahu ketinggalan info selanjutnya 🙂