Anda ingin memulakan perniagaan?
Apakah anda sedang mencari idea untuk memulakan perniagaan? Sewa kedai mahal dan keadaan ekonomi agak kurang memberangsangkan? Tak apa, kat sini saya kongsikan 10 perniagaan yang anda boleh mulakan dari rumah pada tahun 2021 ni.
Isi Kandungan
Semenjak Covid-19 melanda diseluruh dunia, Malaysia tidak ketinggalan daripada menerima kesan daripada pandemik Covid ni. Keadaan ekonomi agak kurang baik, bah kan sudah ramai yang hilang pekerjaan terutama yang terlibat di dalam industry pelancongan, perhotelan dan pengangkutan. Bagi yang bernasib agak baik, mungkin masih ada pekerjaan tetapi ramai juga yang menerima tempias daripada Covid ni seperti pemotongan gaji, kerja lebih masa dihadkan, bonus mungkin dibekukan. Ini menjadikan semakin ramai rakyat Malaysia yang berusaha untuk mencari usaha bagi menambahkan pendapatan. Berita baiknya, anda juga boleh memulakan perniagaan dari rumah, so jimat kos untuk menyewa kedai atau pejabat. Mari kita lihat, apakah perniagaan yang anda boleh mulakan dari rumah pada tahun 2021 ni.
Sebelum tu, jangan keliru, apa yang saya maksudkan bukan pusat penjagaan kanak-kanak, sebaliknya perniagaan yang berkaitan dengan bunga. Ya tak dinafikan, semenjak covid-19 ni ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk menanam bunga. Jika anda juga mempunyai hobi yang sama, kenapa tidak kembangkan hobi anda tersebut menjadi perniagaan sampingan kan. Jika rumah anda masih mempunyai ruang atau kawasan lapang yang masih luas, anda mungkin boleh memulakan perniagaan menjual anak pokok bunga ni, selain bunga, anda juga boleh menjual produk hiliran seperti pasu bunga, tanah, baja dan lain-lain. Berbaloi ke business ni? Apa yang saya perhatikan, hampir setiap hari kedai-kedai nursery memang sentiasa penuh dikunjungi peminat-peminat bunga ni. Bukan murah pun mereka jual, paling murah pun dalam lingkungan RM20 ke atas. Jika anda berniaga di rumah saja, maybe anda boleh jual RM15, sebab tak ada kos sewa dan pekerja 🙂
Hari ni semakin ramai rakyat Malaysia yang sibuk bekerja, sehingga tak ada masa untuk membersihkan rumah. Apa tunggu lagi, ini merupakan peluang bagi anda untuk menyelesaikan masalah mereka. Ditambah dengan keadaan pandemik ni, kesedaran rakyat Malaysia betapa pentingnya kebersihan semakin meningkat. Modal untuk memulakan perniagaan ni pun agak rendah, anda hanya perlukan peralatan untuk membersihkan rumah seperti water jet, mop, bahan pencuci dan sebagainya. Untuk permulaan mungkin anda boleh buat sendiri secara kecil-kecilan kat kawasan perumahan yang berdekatan sahaja, bila business sudah mula berkembang boleh la mula mencari pekerja kan.
Anda ada kemahiran untuk membuat perabot? Jika ya, anda mungkin boleh mencuba untuk menawarkan skill anda kepada pelanggan setempat dan bermula di rumah. Sekarang ni, bagi yang tak terjejas pendapatan ramai yang ada duit lebih dari moratorium yang ditangguhkan tahun 2020, so ada kemungkinan ramai yang ingin menghias rumah mereka dengan perabot custom made yang baru.
Ya, menjada orang tua. Kita selalu dengar pusat penjagaan budak atau kanak-kanak kan. Tahukah anda bahawa orang tua pun perlu dijaga. Jika anda mempunyai minat untuk menemani orang tua, anda suka bercerita dengan mereka, apa tunggu lagi, ini merupakan satu peluang perniagaan yang anda boleh mulakan juga dari rumah pada tahun 2021 ni. Ya la kan, semua orang sekarang berusaha sedaya upaya untuk mencari nafkah sehingga tak ada masa nak jaga orang tua, daripada anda duduk seorang diri kat rumah, kenapa tak jadikan rumah anda sebagai pusat penjagaan orang tua, macam pusat penjagaan kanak-kanak juga la, pagi anak mereka hantar, petang anak mereka akan ambil balik lah orang tua mereka. Ada ke pelanggan? Ish, mana boleh tak ada, belum cuba belum tahu kan.
Perniagaan ni memang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Memang dah ramai pun yang buat katering servis dari rumah kan. Berita baiknya, anda bukan sahaja hanya mengharapkan tempahan katering, anda juga boleh menawarkan home food delivery. Sekarang ni bermacam-macam perkhidmatan penghantaran makanan yang ada, mereka tumbuh bagaikan cendawan. So tahun 2021 ni tren permintaan terhadap penghantaran makanan dijangka terus meningkat, sebab ramai lagi rakyat Malaysia yang takut untuk makan kat luar. Untuk bisness ni, of course anda kena pandai memasak la ya. Tak kesah la, masak lauk ke, kuih muih ke, western food ke.
Apa ni? Maksudnya, anda beli barang dalam kuantiti yang banyak, lepas tu anda jual kembali barang tersebut kepada consumer. Macam mana nak buat untung? Biasanya kalau kita buat pembelian yang banyak, kita akan dapat harga yang lebih murah. Kemudian kita akan jual barang tersebut mengikut harga pasaran. Tapi sebelum memulakan business ni, nak kena buat research dulu la, apakah jenis barang atau produk yang tengah hot dipasaran, atau menjadi pilihan pengguna pada masa tersebut. Lagi best, kalau anda jual barang mengikut niche passion anda. Sebagai contoh anda seorang yang minat di dalam aktiviti memancing, so anda lebih tahu apakah peralatan atau produk yang selalu dibeli oleh kaki pancing. Lagipun, kalau anda ada passion berkenaan sesuatu produk tersebut, lebih senang untuk anda membuat pemasaran, sebab anda dah tahu kat mana market produk tersebut ada, siapa yang berminat dengan produk tersebut, dan berapakah harga yang kebiasaan nya sanggup dibayar oleh prospek pengguna terhadap barang tersebut.
Tapi kat mana nak cari pembekal, atau mana nak borong barang ni? Tak usah risau, anda tak perlu pergi jauh pun untuk cari, malah tak payah keluar dari rumah pun, semuanya ada dihujung jari anda 🙂 Salah satu paltform yang paling popular adalah melalui alibaba. Ada bermacam-macam produk yang ada dijual di dalam portal alibaba. So apa tunggu lagi, anda boleh la pilih atau cari produk yang ingin dipasarkan. Business ni pun saya sendiri pernah buat sekitar tahun 2016 yang lalu. Masa tu ingat nak cuba jer, so saya borong dashcam melalui alibaba dalam 50pcs. Harga saya dapat agak menarik selepas ditambah dengan kos penghantaran menggunakan fast service shipping sekitar RM50.00 seunit. Kemudian saja jual balik kat market di Malaysia dengan harga RM120 seunit. Margin keuntungan lebih kurang 140% selepas tolak kos iklan dan penghantaran dalam Malaysia. tak sampai 10 hari semua dah abis jual, kemudian saya borong lagi dalam 50 unit.
Apa tunggu lagi, jika sebelum ini anda tak terfikir pun cara ni, boleh la cuba untuk borong kat alibaba.
Ya, hari ni semakin ramai orang yang sibuk dan tak ada masa nak cuci kereta sendiri. Apa lagi kalau yang tinggal kat kawasan perumahan jenis apartment, memang susah la kalau nak cuci kereta sendiri. Jika rumah anda terletak di tepi jalan utama, ini mungkin merupakan antara busines yang anda mungkin nak cuba untuk mulakan dari rumah. Kos permulaan pun tak mahal sangat, yang penting ada peralatan basik untuk mencuci kereta seperti waterjet, hose, syampu pencuci kereta, span lain-lain. Sambil cuci kereta anda juga mungkin boleh membuat business sampingan seperti menjual air dan makanan ringan.
Anda Mungkin Berminat Dengan Artikel Berikut
Business ini pun semakin hari semakin berkembang. Ditambah lagi dengan keadaan pandemik yang belum ada kepastian bila nak reda, so ramai parent yang lebih selesa untuk menhantar anak mereka belajar di home tution daripada menghantar ke pusat tuisyen. Ini bagi mengelakkan anak-anak mereka bergaul dengan pelajar-pelajar lain yang boleh meningkatkan risiko jangkitan covid. So anda boleh tawarkan perkhidmatan samada mengajar di rumah anda ataupun di rumah pelanggan anda. Kalau anda yang datang mengajar ke rumah pelanggan anda, jangan lupa untuk ambil kira kos pengangkutan anda pula, nanti tak berbaloi pula datang jauh-jauh mengajar terlupa nak charge harga kos pengangkutan 🙂
Ini merupakan antara trend yang semakin meningkat di Malaysia. Namun business ini memerlukan anda untuk keluar dari rumah, cuma marketing part anda boleh la buat dari rumah 🙂 Business ini memang sesuai bagi anda yang suka pergi shopping, sambil memenuhi hobi anda bershopping on behalf customer anda, anda pun boleh jana pendapatan sampingan juga. Untuk berjaya dalam business ni pun sama, anda kena fokus kepada niche yang specific, kalau anda buat general shopper, ya mungkin competitor anda sudah ramai. Why not choose a specific niche untuk menjadikan anda lain daripada yang lain. Good luck, jangan lupa belikan hadiah untuk saya nanti jika anda dah berjaya di dalam business ni 🙂
Jika anda ada kemahiran membaiki sesuatu barang anda juga mungkin ingin mempertimbangkan untuk menjadikan kemahiran tersebut sebagai salah satu perniagaan sampingan yang anda boleh mulakan di rumah. Sebagai contoh anda mahir untuk membaiki peralatan elektronik yang rosak seperti TV, mesin basuh, peti sejuk dan sebagai nya. Mungkin juga anda mahir membaiki basikal, motosikal ataupun kereta, so why not offer kemahiran tu kepada bakal-bakal pelanggan kat luar sana.
Apapun yang anda cuba lakukan, untuk berjaya anda kena ada rancangan, kena berusaha dan paling penting kena berdoa minta hikmat daripada yang Maha Kuasa. Paling penting, jangan mengalah sebelum mencuba, kegagalan yang paling menyakitkan adalah apabila anda gagal sebelum anda bermula. Saya harap dan doakan, apa pun perniagaan yang anda cuba lakukan selepas ini akan berhasil. Good Luck, See You on The Top!