Jana Pendapatan Melalui IPO?

Apa itu IPO?

IPO merupakan singkatan daripada ‘Initial Public Offering’ yang bermaksud di mana syarikat swasta menawarkan saham syarikat mereka kepada orang awam buat pertama kali. Atau lebih senang untuk difahami daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat awam. Maksudnya, syarikat swasta tersebut akan menjadi hak milik orang awam bagi mereka yang membeli saham syarikat tersebut 🙂

Apabila syarikat swasta pertama kali menjual saham kepada orang ramai, proses ini dikenali sebagai ‘saham terbitan awal’ (IPO). Pada hakikatnya, IPO bermaksud bahawa pemilikan syarikat beralih daripada pemilikan swasta kepada pemilikan awam. Atas sebab itu, proses IPO kadang-kadang disebut sebagai “tawaran awam”.

Syarikat Startup atau syarikat yang telah bertahun-tahun berniaga boleh membuat keputusan untuk membuka tawaran saham kepada orang awam melalui IPO. Syarikat biasanya mengeluarkan IPO untuk mengumpulkan modal untuk membayar hutang, inisiatif pertumbuhan dana, meningkatkan profil awam mereka, atau untuk membolehkan orang dalam syarikat mempelbagaikan pegangan mereka atau membuat kecairan dengan menjual semua atau sebahagian saham peribadi mereka sebagai sebahagian daripada IPO.

Dalam IPO, setelah syarikat memutuskan untuk “go public”, firma yang bertauliah akan membantu proses pendaftaran sekuriti dan pengedaran saham kepada orang ramai. Firma yang bertanggungjawab ini nanti akan mengumpulkan sekumpulan bank pelaburan dan peniaga broker (kumpulan yang dikenali sebagai sindiket) yang bertanggungjawab menjual saham IPO kepada pelabur institusi dan pelabur individu.

Sebagai tambahan kepada IPO, terdapat jenis penawaran terbitan ekuiti baru untuk syarikat yang mempunyai saham yang sudah diperdagangkan secara terbuka, termasuk:

Tawaran susulan:

  • Penerbitan saham tambahan saham oleh syarikat yang sudah diperdagangkan secara terbuka.
  • Namun begitu, tawaran susulan mempunyai kesan yang agak buruk terhadap pelabur, kerana saham baru akan diterbitkan.

Penawaran sekunder:

  • Penjualan berdaftar sekuriti yang diterbitkan sebelumnya yang dimiliki oleh pelabur besar, seperti firma ekuiti swasta atau institusi lain.
  • Penawaran sekunder tidak memberikan kesan yang buruk terhadap kedudukan pelabur, ini kerana saham tersebut memang sudah diterbitkan sebelum ini.

Ya, bukan semua IPO yang ditawarkan akan menjanjikan keuntungan serta merta. Bahkan tidak sedikit syarikat ‘Startup’ (syarikat yang baru bermula) selepas menawarkan IPO, syarikat startup tersebut gagal setelah 2 – 3 tahun beroperasi. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli IPO (tawaran terbitan awal saham) sesuatu syarikat anda perlu membuat kajian apakah syarikat tersebut akan dapat bersaing dan berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Antara perkara yang harus dipertimbangkan ketika membuat analisis seperti jenis industri syarikat tersebut. Sebagai contoh, sebuah syarikat yang fokus kepada industry minyak dan gas, sebelum membuat keputusan adakah anda perlu melabur di dalam syarikat tersebut, bagaimana keadaan industri minyak dan gas pada masa akan datang, apakah jangkaan harga minyak akan meningkat atau semakin menurun? Ini kerana harga pasaran minyak akan mempengaruhi performance syarikat yang menawarkan IPO tersebut. Jika harga meningkat, kita dapat menjangkakan bahawa syarikat tersebut akan memperoleh keuntungan dengan mendapat lebih banyak tawaran kerja daripada pihak pengendali minyak dan gas seperti PETRONAS dan syarikat lain. Sebaliknya, jika harga minyak dijangka semakin menurun, ini juga akan memberi kesan secara langsung terhadap prestasi syarikat yang menawarkan IPO tersebut. Begitu juga dengan industri lain, kena buat kajian sejauh mana syarikat tersebut dapat berdaya saing. Antara jenis industry yang agak menarik perhatian para pelabur adalah industri yang berkaitan dengan teknologi, perubatan & kesihatan dan juga business peruncitan seperti pasaraya. 

Selain jenis industri, anda kena tahu juga siapakah pelabur utama dan juga pemilik syarikat tersebut. Ini pun penting, jika pelabur utama dan juga pemilik sudah mempunyai track record yang baik, maka para pelabur pun akan semakin yakin. Namun begitu jangan pula memandang rendah kepada usahawan baru yang tidak ternama. Sudah dibuktikan bahawa ramai startup yang tidak dikenali berjaya di dalam usaha mereka seperti pengasas Facebook dan juga pengasas Amazon. 

Facebook merupakan salah satu contoh yang terbaik. Ketika penyenaraian awal saham (IPO), facebook menawarkan harga sebanyak USD38/seunit pada tahun 2012. Pada hari ini (18/12/2020) nilai saham facebook telah melonjak kepada USD276.04 iaitu kenaikan sekitar 722%. Bayangkan jika anda berjaya membeli IPO facebook sebanyak 100 unit dengan cost sebanyak USD3800 pada waktu tersebut, hari ini nilai saham anda sudah berjumlah USD27,604. Wow lumayan kan 🙂 

Facebook Stock Price as of 18/12/2020

Mari kita lihat contoh untuk Amazon pula. Ya, Amazon merupakan syarikat yang dimiliki oleh manusia yang paling kaya di dunia ketika ini iaitu Jeff Bezos. Ketika IPO Amazon ditawarkan pada 15 May 1997, ia hanya beharga USD18/seunit. Bayangkan jika pada waktu itu anda berhasil membeli 100 unit saham dengan kos sebanyak USD1800, pada hari ini nilai pelaburan anda adalah sekitar USD324,400 (Ya USD Tiga Ratus Dua Puluh Empat Ribu Empat Ratus) ini merupakan kenaikan sekitar 17,977% 

Amazon Stock Price as of 18.12.2020

Lumayan kan..sebab tu, orang yang kaya semakin kaya. Sebab cerita IPO ni tak dibincangkan di dalam kebanyakan keluarga orang yang tak kaya. Sebabnya kita tak tahu dan tak nak ambil tahu. Lepas tu kita percaya dengan mitos bahawa saham ni hanya untuk orang behave behave jer 🙂 Paduhal kita pun tergolong di dalam mereka yang behave ni, mana tak nya, belum sampai lagi iPhone 14 kita dah siap sedia nak beli 🙂 Tahu kah anda hanya bermodalkan serendah RM100 sahaja pun anda boleh membeli saham / IPO. 

Ala awak tipu la. Tak saya tak tipu, saya dah beli pun dengan kos kurang dari seratus hingit 🙂 Kena cari la harga saham yang murah yang berpotensi untuk naik. Yang penting ilmu tu kena ada, lepas tu sentiasa berani untuk mencuba, selagi tak haram tak salah cuba kan. Kalau rugi macam mana? Ala, beli data internet pun kadang-kadang lebih RM100 sebulan kan. Apalah nak sedih sangat setakat rugi RM100. Belum cuba belum tahu 🙂 

Dalam setiap pelaburan, pasti ada risiko untuk rugi. Sebab tu anda dinasihatkan untuk TIDAK MELABURKAN wang yang anda tak mampu untuk rugi. Contohnya duit simpanan untuk kahwin, duit untuk kecemasan, duit untuk beli susu anak dan sebagainya. Sebab di dalam pelaburan tak ada istilah PASTI UNTUNG. Jika ada orang yang menawarkan anda pelaburan yang PASTI UNTUNG, saya berani katakan pada anda bahawa itu semua adalah POYO dan PENIPUAN. Hari ini melabur, hujung bulan PASTI UNTUNG 30%, lepas tu ko kena ajak jiran sekali melabur..:) hehe, itu yang orang panggil SKIM CEPAT KAYA a.k.a PENIPUAN. 

Selamat mencuba, jangan lupa subscribe blog saya untuk dapatkan perkongsian yang menarik. Ala, takde bayar pun nak subscribe kan, takkan la nak like and subscribe page artis je, konon kawan kat FB, like and share post saya tak nak, macam mana ni 🙂