5 Kesilapan Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Memohon Jawatan Kosong

MIER (Malaysia Institute of Economic Research) menganggarkan sebanyak 2.4 juta akan kehilangan pekerjaan disebabkan virus Covid-19

Jika anda merupakan salah seorang mangsa yang kehilangan pekerjaan disebabkan Covid-19, saya turut berdukacita dengan anda. Tapi ingat, itu bukan pengakhiran bagi segalanya. Saya harap selepas ini, anda akan berhasil mendapatkan pekerjaan baru sesuai dengan pengalaman dan kelayakan anda. Honestly, saya tak dapat memberikan anda pekerjaan, cuma saya nak share sedikit tips, bagaimana untuk memohon pekerjaan menggunakan email. Saya harap, sedikit perkongsian ini dapat membantu anda bersaing dengan pemohon yang lain. Apa yang saya kongsikan adalah lewat dari pengalaman yang saya kerap lalui apabila menerima permohonan jawatan dari pemohon. Ada beberapa kesilapan yang anda tak harus ulangi.

Alamat Email 'Tak Professional'

Pastikan alamat emel tu nampak professional. Apa maksudnya emel yang professional tu? Iye la, anda nak apply kerja kan, bukan nya nak mencurahkan isi hati terpendam anda kat recruiter sampai guna alamat email  seperti contoh kat bawah:

Tolong elakkan guna alamat emel seperti berikut:

Apply Job Via Email
Contoh alamat email yang kurang professional

Jika anda masih menggunakan alamat email seperti diatas untuk menghantar permohonan kerja melalui email, saya rasa anda perlu hentikan serta merta. Just create satu alamat emel yang lebih professional, it take less then 5 minutes to create a new one. Lagi  cantik just khaskan saja emel tu untuk urusan mencari kerja. Tak kesahlah untuk submit CV ke, isi SPA ke, isi job portal kat Petronas ka, Jobstreeet ka, pendek kata khas untuk cari keja. Bukan kena bayar pun kalau create email, majority bagi free unless u nak upgrade service.

Guna alamat emel yang sedap sikit mata memandang, kalau boleh just gunakan nama sebenar anda, kalau nama tu orang lain dah pakai, boleh cari provider emel lain kalau tak pun modify sikit at least ada nama anda kat alamat emel tu. Ni contoh-contoh yang agak sedap mata memandang:

Kalau gunakan alamat seperti ali.abu@gmail.com sedap sikit mata recruiter memandang bila emel masuk berbanding dengan yang kat atas tu. At least sekali imbas saja recruiter dah tahu, oh ini emel dari Ali. Cuba tengok siapa Ali ni, apa yang best pasal dia ni. Haa..kan dah ada peluang emel anda kena baca oleh si recruiter.

Masalah kedua ialah 'Subjek Email'

Ini pun kadang-kadang job seeker tak beri perhatian. Ada yang siap hantar emel tanpa tajuk pun ada, itu lagi hebat. Lepas tu tajuk emel melalut, tak focus pun banyak. Anda kena ingat, sekarang ni banyak virus, so kalau recruiter terima emel yang dia rasa was-was, dia tak akan buka, terus delete jer. Kalau boleh tolong jangan guna Subjek Emel seperti berikut:

  • Apply for any position available
  • Job application
  • Apply for hr position
  • Apply for any job at your department
  • Resume
  • CV

Subject emel tu nampak tak kemas dan tak sampai kepada maksud emel tersebut. Nak improve? Boleh cuba, kemaskan Subjek Emel anda seperti berikut pulak:

  • Application for the position of Human Resource
  • Application for the position of Mechanical Engineering

Sebaik-baiknya, tajuk emel tu selari dengan jenis jawatan yang diiklankan atau selari dengan jenis kerja yang anda ingin mohon. Bila recruiter tengok pun dia tahu, yang anda apply untuk position tersebut. Kalau dia busy maybe dia just save dulu email application inside folder. Next time bila dia nak cari CV untuk position “Human Resource”, dia just type Human Resource jer kat emel, then CV anda pun terpampang kat mata recruiter. You need to remember, recruiter recieve beratus-ratus bahkan mungkin beribu CV just untuk satu jawatan kosong. Selepas era Covid-19 ni, saya percaya semakin ramai yang mencari kerja dan hantar permohonan kepada recruiter. 

Tajuk 'CV atau Resume'

Ini pun ada juga job seeker yang buat secara tak kemas. Kalau boleh letak lah tajuk CV tu professional sikit. Ia melambangkan ciri keperibadian dan kekemasan kerja anda. Ini antara contoh tajuk CV atau Resume yang kurang kemas:

  • Curriculum Vitae
  • CV
  • Resume
  • Abang Hensem
  • Pretty Manja

Untuk mencuri tumpuan dari recruiter, anda kena bagi something yang kemas dan menarik instead of just use a normal way. At least bagi lah nama file CV tu professional sikit sekurang-kurangnya macam kat bawah ni;

  • CV of Ali
  • Mechanical Engineering.CV
  • Human Resource CV.Ali
  • Resume of Ali.Sale Promoter
Contoh Tajuk File CV Yang Kurang Profesional
Contoh Tajuk File CV Yang Kurang Profesional

Sekali imbas jer recruiter akan tahu, owhhh, mamat Ali ni expert dalam Human Resource. Takpe nanti I comeback lihat CV dia. So bila recruiter nak cari CV untuk Human Resource dia akan teringat…owhhh..mamat Ali. Taip Ali, then tekan search jer kat folder CV Bank atau emel dia. Berbanding kalau guna file nama Pretty Manja, Abang Hensem bla..bla..bla..

Unnecessary 'Attachments'

Ini lagi satu masalah. Saya perhatikan masalah ini bukan saja dilakukan oleh new comer, malah ada sesetengah pemohon yang mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman kerja pun masih melakukan kesilapan ini. Sebagai contoh jika anda nak apply jawatan HSSE Supervisor, anda hanya perlu hantar latest CV atau resume dengan competency sahaja dah cukup. Ada juga yang melalut dalam email attached bermacam-macam dokumen yang tak relevan seperti IC, Driving Lesen, Medical Check-up, Sijil Lahir, Sijil Kokurikulum, Sijil Berhenti Sekolah, Surat Rekomendasi dari Wakil Rakyat dan bermacam-macam lagi. Lepas tu hantar dalam bentuk JPEG file lagi, alahai… Bayangkan berapa lama recruiter nak tunggu download email anda? Just imagine, kalau recruiter tengah nak terkencing, anda ingat dia nak tunggu emel tu abis download ka? Silap-silap dia terus delete saja email anda, buat menyemak dan memenuhkan data email recruiter 🙂 

Lampiran Yang Tidak Berkaitan Dengan Jawatan Yang Dipohon
Nama file tak konsisten / lampiran tak berkaita dengan jawatan yang dimohon

Sebaik-baiknya, just submit saja CV dalam bentuk PDF atau Word copy. Pastikan information dalam CV tu lengkap, segala competency yang anda ada kena highlight, tak payah cerita melalut sampai dulu sekolah rendah anda jadi Ketua Rumah Sukan pun nak cerita, recruiter tak excited pun. Sekali tekan jer, tak sampai 10 saat CV anda dah boleh dibaca recruiter. Bila anda ada semua ciri-ciri yang recruiter perlukan dia akan contact anda semula, minta anda emel kan sijil/competency certificate yang relevant. Ini salah satu strategi untuk anda make a first contact dengan recruiter juga. Selain tu, bukan semua iklan jawatan kosong tu betul-betul ada, kadang-kadang ada juga orang yang mengambil kesempatan diatas kesulitan orang lain. So,kena berhati-hati bila nak share something precious about you such as your competency. Bukan sesuatu yang baru, malah sudah kerap data-data dan kompetensi anda hanya digunapakai oleh sesetengah pihak untuk kepentingan peribadi mereka tanpa anda sedari. So, be careful is better than sorry. 

Template 'CV'

Kalau boleh gunakan updated atau latest CV template. CV tu tak payahlah panjang sangat sampai 15 – 30 muka surat. Paling best kalau anda dapat summary kan CV dalam satu page, paling panjang pun cukup lah 2 atau 3 muka surat. Lagi satu, kalau CV terlampau fancy pun kadang-kadang recruiter boleh meluat nak lihat. Kena dengan recruiter yang color blind, silap-silap dia campak CV anda dengan Laptop atau PC dia sekali 🙂 Yang ni I tak nak komen panjang-panjang, anda buatlah research sendiri macam mana contoh template CV yang baik dan updated.

Kalau nak dikira banyak lagi kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh job seeker, tapi itu bukan penentu MUKTAMAD anda dapat keja ke tak. Itu hanya untuk mencerahkan peluang supaya CV anda sampai kepada recruiter dan dibaca oleh recruiter. Semoga ia bermanfaat lebih-lebih lagi kepada pencari kerja tegar di luar sana, saya doakan anda sukses di dalam pencarian kerja. Anda kena ingat, pasca Covid-19 ni, persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka semakin meningkat. 

Wish you all the best..

Another good example of 'Job Application You Should Avoid at ALL'

Disclaimer:

Don’t get me wrong, I am not an expect in recruiter field. Sharing ini base on my opinion, when I received application from jobseeker, I found something that can be improve. My intention is just to share with you how you can improve and compete with other applicants.