OSH (Amendment) Act 2022 – Sudahkah anda bersedia?

Seperti yang dinanti-nantikan ramai OSH Practitioner dan juga pihak industri, akhirnya OSH (Amendment) Act 2022 telah diwartakan pada 16 Mac 2022 yang lalu. Selain itu FMA (Repeal) Act 2022 juga telah diwartakan pada hari yang sama. Namun begitu OSH (Amendment) Act 2022 dan FMA (Repeal) Act 2022 ini masih belum dikuatkuasakan lagi dan dijangka akan berkuatkuasa pada bulan June 2023 nanti. Apabila telah dikuatkuasakan nanti maka FMA Act 1967 akan dimansuhkan dan hanya ada satu akta sahaja iaitu OSH (Amendment) Act 2022 yang akan digunapakai di Malaysia untuk tujuan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 

Apakah kesan OSH (Amendment) Act 2022 ini kepada industri?

Antara kesan yang paling ketara di dalam pindaan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 2022 ini kepada industri adalah dimana Akta ini hendaklah terpakai bagi semua tempat kerja di seluruh Malaysia termasuk dalam perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun kecuali kerja domestik (pembantu rumah), Angkatan Tentera dan juga Pekerjaan atas kapal yang ditadbir oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. No 70 Tahun 1952], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah)[Ord. No. 11 Tahun 1960] atau Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sarawak) [Ord. No. 2 Tahun 1960]”

Persoalannya, adakah pihak industry sudah bersedia? Secara amnya, agak sukar untuk pihak industri mengatakan bahawa mereka belum bersedia kerana OSH Act 1994 ini telah diguna pakai di Malaysia semenjak 28 tahun yang lalu manakala FMA 1967 telah ada semenjak 55 tahun lalu. Oleh yang demikian, pihak industri harus memastikan mereka telah melaksanakan apa yang perlu bagi mematuhi keperluan OSH (Amendnent) Act 2022 ini, kerana akta ini agak berbeza daripada akta-akta lain yang ada di  Malaysia, dimana Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 ini bersifat self regulation. 

Antara kesan yang paling ketara adalah peningkatan penalti atau denda di dalam OSH (Amendment) Act 2022. Jika sebelum ini, penalti maksimum yang boleh dikenakan kepada pihak majikan, prinsipal dan orang yang bekerja sendiri adalah sehingga RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) dan penjara maksimum sehingga 2 tahun, Selepas dikuatkuasakan nanti, denda atau penalti maksimum akan meningkat kepada RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) dan penjara sehingga 2 tahun. 

Kesan OSH (Amendment) Act 2022 ini kepada OSH Practitioner?

Salah satu penambahbaikan di dalam OSH (Amendment) Act 2022 adalah berkaitan dengan Pendaftaran, pemantauan dan akauntabiliti pengamal KKP (Orang Yang Kompeten, Penyedia Latihan, Firma Yang Kompeten) akan  diseragamkan di bawah satu  perundangan. Semua permohonan pendaftaran, tempoh sah laku, pembaharuan dan juga pembatalan kompetensi akan diseragamkan di dalam OSH (Amendment) Act 2022. Agak mudah bagi pengamal KKP atau OSH Practitioner. 

Jika dalam OSH Act 1994 sebelum ini, tidak ada apa-apa tindakan yang jelas yang  boleh diambil terhadap pengamal KKP (selain daripada pembatalan pendaftaran), untuk OSH (Amendment) Act 2022, Orang Yang Kompeten, Firma Yang Kompeten, Penyedia Latihan boleh dikenakan penalti maksimum sehingga RM100,000 sekiranya didapati bersalah dibawah OSH (Amendment) Act 2022. Agak seram kan, so semua OSH Practitioner kena memastikan tugas yang telah diamanahkan dijalankan dengan penuh dedikasi 🙂 

Persediaan Pihak Majikan?

Diantara penambahbaikan didalam OSH (Amendment) Act 2022 adalah berkenaan dengan perlantikan Safety & Health Coordinator atau Koordinator Keselamatan & Kesihatan. Pihak majikan yang mempunyai pekerja sekurang-kurangnya 5 orang mereka perlu melantik salah seorang kakitangan syarikat untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Safety & Health Coordinator. Keperluan ini adalah terpakai sekiranya perniagaan tersebut tidak tersenarai di dalam kelas yang telah digazetkan di dalam subsyeksen 29(1). Namun begitu majikan yang telah melantik Safety & Health Officer walaupun perniagaan atau industry tidak tersenarai dalam subsyeksen 29(1), tidak perlu untuk melantik Safety & Health Coordinator. Jika anda masih belum melantik Safety & Health Coordinator, pastikan anda menghantar salah seorang kakitangan syarikat untuk mengikuti kursus Safety & Health Coordinator sebelum OSH (Amendment) Act 2022 ini berkuatkuasa pada June 2023 nanti. 

Selain daripada perlantikan Safety & Health Coordinator, pihak majikan juga perlu memastikan penafsiran risiko (risk assessment) telah dibuat untuk setiap aktiviti di tempat kerja. Segala langkah kawalan (control measure) hendaklah dilaksanakan sekiranya terdapat risiko kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pastikan anda tahu bagaimana untuk membuat risk assessment (penafsiran risiko). Kegagalan pihak majikan menyediakan risk assessment boleh menyebabkan pihak majikan didakwa mengikut OSH (Amendment) Act 2022. 

Sementara itu, berkaitan dengan latihan pula, majikan mana-mana orang yang dikehendaki menghadiri kursus atau latihan sepertimana yang digazetkan hendaklah memastikan bahawa orang itu telah melengkapkan kursus latihan tersebut sebelum membenarkan orang itu melakukan apa-apa kerja yang memerlukan latihan. Pendek kata, majikan kena pastikan orang tersebut kompeten dan latihan telah diberikan sebelum mereka dibenarkan untuk menjalankan sesuatu tugas seperti yang dikehendaki di dalam akta. 

Melalui pindaan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2022 ini juga pihak majikan dikehendaki untuk mengambil kira penyediaan perkhidmatan untuk perlindungan kesihatan pekerja semasa bekerja. Majikan juga perlu menjalankan promosi kesihatan pekerjaan dan juga kebajikan pekerja. Selain itu, pihak majikan juga perlu mengambil kira pencegahan berkaitan dengan penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan di dalam operasi yang dijalankan. 

Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab prinsipal untuk memastikan apa-apa isu berkaitan dengan  keselamatan dan kesihatan telah dimaklumkan kepada semua kontraktor utama, subkontraktor dan juga subkontraktor tidak langsung. Prinsipal bertanggungjawab untuk memastikan perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan telah diambil kira sewaktu proses permulaan atau ketika perancangan sesuatu aktiviti

Hak Pekerja?

Salah satu kebaikan didalam pindaan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2022 ini juga telah mengambil kira Article 13 International Labour Organization (ILO), untuk menambahbaik hak pekerja. Oleh yang demikian, seseorang pekerja, selepas memberitahu majikannya atau wakilnya bahawa dia mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku di tempat kerjanya, hendaklah mempunyai hak untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau kerja itu jika majikan itu gagal untuk mengambil apa-apa tindakan untuk menghapuskan bahaya itu. Perkerja yang mengeluarkan diri daripada bahaya hendaklah dilindungi daripada akibat tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan. 

Pendaftaran Tempat Kerja & Pemeriksaan Jentera

Seperti yang kita sedia maklum, apabila FMA (Repeal) Act 2022 telah berkuatkuasa, maka Akta Kilang & Jentera 1967 akan dimansuhkan. Maka semua perkara berkaitan dengan pendaftaran tempat kerja dan jentera akan digabungkan didalam OSH (Amendment) Act 2022. Untuk penambahbaikan pengurusan berkaitan dengan jentera dan mengurangkan pemeriksaan jentera yang tertangguh, dalam pindaan akta ini menyaksikan terdapat peruntukan untuk melantik ‘Licensed Person’ untuk memeriksa  jentera dan mereka yang telah dilantik boleh mengeluarkan ‘Certificate of Fitnes’ bagi pihak DOSH. 

Peningkatan Penalti Dibawah OSH (Amendment) Act 2022

Seperti yang dibincangkan sebelum  ini, OSH Act ini bersifat self-regulation, oleh yang demikian pihak majikan perlu memastikan mereka memahami keperluan akta ini dengan jelas dan memastikan setakat yang praktik untuk mematuhi OSH (Amendment) Act 2022 bagi mengelakkan majikan dikenakan penalti atau denda.

Berikut merupakan peningkatan penalti di dalam OSH (Amendment) Act 2022.

  • General Penalty dinaikan daripada RM10,000 kepada RM100,000 dan penjara maksimum 1 tahun. 
  • General Duties of Employer, Principal and etc dinaikan daripada RM50,000 kepada RM500,000 dan (Tiada perubahan untuk penjara maksimum sehingga 2 tahun)
  • Duties of employees dinaikan daripada RM1,000 kepada RM2,000 (Tiada perubahan untuk Penjara maksimum 3 bulan)
  • Manakala untuk kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan (Failure to comply with notice), maksimum penalti telah dinaikan  daripada RM50,000 kepada RM200,000. Sekiranya masih gagal untuk mematuhi arahan selepas tarikh yang diberikan, majikan juga boleh dikenakan penalti tambahan sehingga RM2,000 untuk tempoh satu hari berbanding dengan RM500 untuk tempoh satu hari dalam OSH Act 1994. 
  • Selain itu antara penalti terbaru yang terdapat di dalam OSH (Amendment) Act 2022 adalah penalti yang boleh diambil kepada ‘Competent Person’ dengan denda maksimum sehingga RM100,000

"HIGH QUALITY WORKPLACE ASSIGNMENT"

Dalam vbook ini, saya explain bagaimana cara untuk buat high quality workplace assignment bagi calon yang menduduki peperiksaan SHO NIOSH. Bukan sedikit yang gagal peperiksaan SHO NIOSH ni, terutamanya paper 4 atau bahagian Workplace Assignmnent. Setelah belajar melalui V-book ni, anda tak akan ada masalah lagi nak buat workplace assignment. Malah saya jamin, anda akan mampu siapkan Workplace Assignment dalam tempoh yang singkat. 

Play Video

Ringkasan

Secara umumnya, FMA 1967, telah digunapakai di Malaysia selama 55 tahun dan telah dipinda sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1973, 1976 dan yang terakhir pada tahun 2006. Dalam FMA 1967 terdapat 70 Seksyen dan 3 Schedule. Selain itu FMA 1967 juga mengandungi 13 Peraturan (Regulations) dan 6 Arahan (Orders). Sebagaimana yang kita tahu FMA (Repeal) Act 2022 telah diwartakan pada 16/03/2022, maka dengan itu, Akta Kilang & Jentera 1967 ini akan dimansuhkan sepenuhnya selepas ianya dikuatkuasa pada June 2023 nanti. (Dijangka dikuatkuasakan pada June 2023)

Manakala untuk OSH Act 1994, akta ini telah digunapakai dalam tempoh 28 tahun, akta ini mengandungi 67 Syeksen dan 3 Schedule. Terdapat 8 Peraturan (Regulations) dan 2 Arahan (Orders). Untuk OSH (Amendent) Act 2022,  2 Seksyen akan dihapuskan, terdapat 35 Syeksen dipinda. Manakala 27 Peraturan dan 2 Syeksen baru akan dimasukkan ke dalam OSH (Amendment) Act 2022. Ini akan menjadikan keseluruhan untuk OSH (Amendment) Act 2022 akan mengandungi 92 Syeksen dan 5 Schedules.