Kenapa SHO kena tahu apa itu Hazards vs Risk vs Danger?

Kenapa SHO kena tahu apa itu Hazards vs Risk vs Danger?

Tidak dinafikan kadang-kadang masih ada juga yang bergelar "Safety Officer" keliru dan tidak dapat membezakan apa itu Hazard Risk dan Danger. Dalam bidang safety, 3 perkataan ini merupakan mantera atau perkara wajib seseorang safety officer atau practitioner kena tahu dan faham.

Apa itu Hazards:

Kalau mengikut definasi OHSAS18001:2007, hazards merupakan “Source or situation or act with a potential for harm in terms of human injury or ill health or a combination of these”. Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, hazards merupakan "sumber, situasi atau kelakuan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan atau kecederaan kedua-duanya". Pendek kata hazards ini merupakan punca yang boleh memudaratkan kesihatan atau boleh mendatangkan kecederaan fizikal.

Kebiasaannya ada 5 Sumber Utama Hazards:

  • Man (Unsafe Act / Kelakuan tidak selamat)
  • Machinery (Cara pemasangan, susun atur/layout, rekabentuk)
  • Materials (Bahan-bahan yang digunakan seperti chemical, gases)
  • Method (Cara kerja)
  • Media (Keadaan tempat kerja seperti kualiti udara, ventilation, cahaya, bunyi bising & etc)

Hazards diklasifikasikan dalam beberapa bahagian seperti berikut:

  • Mechanical (Contoh: Pinch point, benda tajam, mesin yang tiada penghadang)
  • Electrical (Contoh: Kabel wayar yang rosak, overload soket)
  • Biological (Contoh: Bacteria, fungus, serangga, ular)
  • Chemical (Contoh: Terdedah kepada bahan kimia, cat, spray kenderaan)
  • Ergonomic (Contoh: Posisi atau cara kerja yang tidak sesuai atau posture badan yang salah dan dilakukan berulang kali)
  • Psychological (Contoh: Gangguan sexual, stress di tempat kerja, mental problem)

Apa pula 'Risk" atau 'Risiko'

Mengikut terjemahan OHSAS18001, Risk atau Risiko bermaksud “combination of the likelihood of an occurrence of a hazard event or exposure and the severity of injury or ill health that may be caused by the event or exposure.” Secara simple, Risiko ini bermaksud kombinasi kebarangkalian sesuatu hazards untuk mendatangkan kemudaratan dan keterukan kesan daripada kejadian tersebut. Kebiasaannya, risiko ini diukur berdasarkan Low, Medium atau High. Sebab itu kita selalu dengar orang kata, ini High Risk, itu Low Risk atau Medium Risk.

Untuk mengenalpasti level Risk tersebut kita perlu membuat Risk Assessment. Selalunya ada 2 cara untuk kita menentukan level risk, iaitu dengan kaedah Qualitative Risk Assessment atau Quantitative Risk Assessment. (Tips untuk yang nak ambil exam NIOSH Paper 4, anda kena mahir dengan kaedah penentuan risk, ini soalan favorite examiner masa you present paper 4) Untuk menentukan level Risk, anda kena faham dua mantera ini iaitu Likelihood and Severity.

  • Likelihood = Kebarangkalian kejadian tersebut berlaku
  • Severity = Keterukan (Kesan akibat kejadian tersebut)
Qualitative Risk Assessment

Bagaimana untuk menentukan level risk berdasarkan Qualitative Risk Assessment seperti contoh QRA diatas? Sebagai contoh, seorang pekerja yang sedang bekerja diatas scaffolding, kebarangkalian untuk dia jatuh kita letakkan 'MEDIUM' (Kenapa kita letakkan medium? Ini anggaran kita sahaja sebab kita pernah dengar kes sebegini berlaku, malah ia juga agak kerap berlaku).Untuk maklumat lanjut berkaitan Risk Assessment boleh rujuk kepada DOSH Guideline

So, apakah keterukan atau Severity jika dia jatuh dari scaffolding? Besar kemungkinan, dia boleh cedera parah bahkan boleh meninggal, maka kita letakkan severity pada mode "HIGH". Berdasarkan kepada scenario tersebut, untuk menentukan level risk pekerja yang berkerja di atas scaffolding tersebut, kita akan ambil dari kolum Likelihood (Medium) dan tarik ke kanan arah Severity untuk menuju ke kolum 'High'. Jika anda perhatikan pada gambarajah dibawah, likelihood dan severity bertemu pada kolum yang bertanda merah, so risiko untuk kerja tersebut kita boleh kategorikan sebagai High Risk.

Risk Assessment

Apa pula Danger / Bahaya?

Bagaimana pula dengan "Danger"? Kita selalu dengar orang berkata, eh bahaya kerja tu. Kadang-kadang kita selalu keliru dengan penggunaan hazards, risk dan juga danger. Mengikut bahasa OSH, "Danger adalah Relative Exposure to hazard"
Man work on Scaffolding
Dengan kata lain, danger atau bahaya merupakan bagaimana seseorang atau sesuatu keadaan tersebut terdedah kepada hazard. Berdasarkan scenario pekerja yang berkerja diatas scaffolding di atas, kita sudah kenalpasti bahawa risiko kerja tersebut merupakan High Risk. So, jika pekerja tersebut bekerja diatas scaffolding juga, maka dia meletakkan diri dia dalam keadaan 'bahaya' (danger). 

Kesimpulan

Secara amnya, hazards, risk dan danger berkait rapat. Kita tak boleh lari daripada hazards, risk dan danger. Namun kita boleh mengurangkan level risk sesuatu hazard kepada tahap yang boleh diterima atau lebih kerap di dengar dalam bahasa safety As Low As Reasonable and Practicable (ALARP).

Sebab itu, salah satu tugas utama safety practitioner ialah memberi nasihat kepada majikan bagaimana untuk memastikan keadaan/cara kerja dibawa ke level yang paling selamat. 

This Post Has 3 Comments

  1. Salam sejahtera
    Salam perkenalan…
    Terima diatas perkongsian ilmu dan mengingatkan beberapa topik penting..

    T.kasih
    Salam perkenalan
    Cekden

    1. Terima kasih tuan, sama2 saling mengingatkan 👌

    2. Tq tuan kerana sudi singgah 👌

Comments are closed.

Close Menu