Cara untuk renew Green Book

Salam Malaysia Baru kepada semua. Kali ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman bagaimana cara untuk renew Green Book atau pendaftaran Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan DOSH. Untuk makluman, lebih kurang sejak 3 tahun yang lepas, DOSH telah beralih kepada sistem online, dimana semua urusan pendaftaran,pembaharuan kompetensi,laporan kemalangan atau pendaftaran tempat kerja dilakukan secara online. Secara tepat, ia dilakukan melalui portal yang dinamakan MyKKP

Bagi anda yang belum mempunyai akaun MyKKP anda boleh mendaftar secara percuma melalui website MyKKP. Boleh klik link MyKKP untuk pendaftaran. Gambar dibawah contoh laman web tersebut. Cara-cara pendaftaran pun simple saja, lebih kurang sama macam anda daftar akaun email baru atau buat akaun facebook. So saya tak akan explain cara bagaimana nak daftar akaun ya 🙂

MyKKP

Jika anda sudah mendaftar akaun sebelum ini dan data kompetensi anda sudah ada dalam sistem, apabila anda log in ke dalam akaun MyKKP, anda akan dapat lihat paparan pada Dashboard untuk peringatan kepada pembaharuan kompetensi anda. Sistem ini akan trigger reminder 3 bulan sebelum kompetensi anda expire.

Reminder akan dipaparkan pada “Pembaharuan” 3 bulan sebelum tempoh kompetensi tamat

7 Step Cara Untuk Renew Green Book

Secara keseluruhan ada 7 step yang anda perlu isi untuk renew Green Book iaitu Maklumat Am, Maklumat Majikan, Sijil Kompetensi, Jadual CEP, Maklumat Perubatan, Dokumen Sokongan & Perakuan. Untuk tutorial ini, saya akan terus ke bahagian ke empat iatu Jadual CEP.

Jadual CEP

Untuk maklumat lengkap berkaitan atau panduan pengiraan CEP anda boleh rujuk kepada guideline daripada pihak DOSH (Garis Panduan Sistem Mata Bagi Program Pendidikan Berterusan)

Secara amnya, ada 3 jenis CEP yang tuan-tuan boleh claim iaitu Mesyuarat, Perkhidmatan dan Lain-Lain sebagaimana yang dijelaskan di dalam garis panduan untuk CEP. Untuk bahagian Mesyuarat, cuma mesyuarat bersama JKKP sahaja boleh claim, selalunya untuk orang yang dilantik menganggotai Jawatankuasa di peringkat JKKP.

Manakala untuk perkhidmatan, anda boleh claim CEP jika ada perkhidmatan seperti jemputan mengajar topik berkaitan keselamatan daripada pihak lain. Atau memberi ceramah berkaitan kesihatan samada di IPT, Sekolah, Persidangan dan lain-lain.

Contoh CEP “PERKHIDMATAN”

Untuk bahagian Lain-Lain baru anda masukkan maklumat kursus-kursus yang berkaitan dengan Keselamatan. Pengiraan mata bagi kursus-kursus tersebut telah ditetapkan secara automatik di dalam sistem. Sebagai contoh jika anda menghadiri Kursus yang dianjurkan oleh JKKP selama 3 hari, maka 15point akan diberikan. Pihak JKKP menetapkan 30point untuk CEP bagi setahun, jika anda ada lebih point CEP, hanya maksimum 15point sahaja yang boleh dibawa untuk pengiraan tahun berikutnya.

Selepas selesai upload semua document baru anda boleh pergi ke peringkat seterusnya iaitu ‘Maklumat Perubatan’. Bahagian ini perlu diisi sekiranya anda berumur lebih 55 Tahun. Pengesahan kesihatan mestilah dilakukan oleh OHD yang berdaftar dengan DOSH. Jika anda belum berumur 55 Tahun tak perlu sertakan maklumat perubatan just simpan tanda (-) kat ruangan tersebut.

Dokumen Sokongan

Bahagian ini pun simple, just follow saja apa supporting document yang perlu disertakan sebagaimana yang dikehendaki oleh DOSH. Untuk bahagian 6a-6d, hanya lampirkan laporan 3 bulan terkini sahaja.

Selepas upload semua document sokongan pastikan anda pergi ke process seterusnya iaitu ‘Perakuan’. Jika semua maklumat sudah lengkap, just sahkan sahaja permohonan tersebut. Last step baru kena buat pembayaran. Yang ini akan keluar kat dashboard anda, so boleh bayar secara online kepada pihak DOSH.

Ok, itu saja perkongsian untuk renewal green book. Semoga ia membantu lebih-lebih lagi yang pertama kali nak renew menggunakan sistem online macam saya 🙂

 

 

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu