Pada 16-17 April 2018 yang lalu saya telah menghadiri Kursus “Harnessing The Effective Safety & Health Communication” yang dianjurkan oleh My SHEQA Group Sdn Bhd di Promenade Hotel Bintulu. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi iaitu Tuan Aliasman Morshidie. Nama beliau bukan asing lagi dikalangan HSE Practitioner dan secara peribadi ini merupakan kali pertama saya menimba ilmu daripada seorang OSH Profesional yang bukan sahaja humble bahkan sedia berkongsi sebanyak mana ilmu yang beliau miliki dengan semua peserta.
Sepanjang dua hari ini, kami lebih banyak diajar secara praktikal untuk mengaplikasikan segala theori yang telah dikongsikan oleh Tuan Alias. Secara jujur, saya merasakan 2 hari tersebut seolah-olah tidak mencukupi untuk para peserta menyedut ilmu yang ada pada Tuan Alias. Disebabkan cara penyampian yang berkesan ditambah dengan latihan praktikal, semua peserta sangat fokus pada latihan dan tiada yang merasa mengantuk atau ingin meninggalkan kelas lebih awal.
Apa itu Effective Safety & Health Communication
Walaupun kursus ini menekankan cara berkomunikasi di dalam bidang OSH, secara peribadi saya akui ianya juga boleh di aplikasikan untuk semua jenis komunikasi. Seorang pengamal atau yang ingin menjadi Profesional di dalam bidang OSH, adalah amat penting untuk menguasai cara berkomunikasi. Sebagaimana semua orang tahu, antara tugas utama seorang Safety Officer adalah memberi nasihat samada kepada majikan atau rakan sekerja berkaitan dengan hal-hal keselamatan dan kesihatan. Namun kerap kali juga, majikan atau rakan-rakan sekerja tidak mengendahkan nasihat tersebut. Kesannya, kita masih lihat masih banyak kemalangan dan non-compliance berlaku.
Jika seseorang pengamal OSH ingin melangkah lebih jauh dan melihat perubahan yang baik di dalam keselamatan & kesihatan pekerjaan di tempat kerja, adalah amat penting untuk pengamal OSH mengetahui dan mengamalkan cara berkomunikasi yang berkesan. Communication in OSH bukan setakat cara bercakap tetapi ia lebih kepada bagaimana cara kita menyampaikan maklumat atau mesej kepada majikan dan juga rakan sekerja. Selain itu, kita juga berkomunikasi dengan pihak ketiga seperti agensi kerajaan, orang awam dan juga pelanggan atau klien.
Health & Safety Communication Tools
Diantara medium komunikasi yang kerap digunakan oleh pengamal OSH ialah seperti:
- Toolbox Meeting
- Notice Board
- Awareness Campaign
- Safety Memorandum
- Survey
- Poster
- Safety Signage
- Newsletter
- Safety & Health Committee Meeting
- Incident Sharing/ Safety Alert
- Stand Down
- Safety Competition
- Awareness Talk
- Safety Audit
- Walkabout / Site Inspection
Ya bagi pengamal OSH, memang tiada yang baru. Bahkan itu merupakan antara medium yang digunakan seharian untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan OSH. Tetapi persoalannya, apakah selama ini cara atau kaedah penyampaian anda berkesan? Untuk mengetahui samada ianya berkesan atau tidak, anda kena selidiki apakah maklumat yang anda sampaikan selama ini difahami dan diikuti oleh samada majikan atau rakan sekerja. Jika tidak, anda mungkin perlu menimbangkan untuk mengikuti kursus “Effective OSH Communication” untuk meningkatkan tahap profesional kerjaya anda di dalam bidang OSH.