Contoh Surat Pengesahan Majikan – Untuk Apply Green Book

Akhirnya kita sudah melangkah ke tahun 2020. Tahun yang penuh dengan impian sesuai dengan Wawasan 2020. Tak apa la, kalau Malaysia masih tak dapat mencapai Wawasan negara maju pada tahun 2020 ni, yang penting wawasan diri sendiri tu kena ada.Sebagai pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan, atau safety officer tentu sekali wawasan kita nak mendapatkan pengiktirafan daripada DOSH kan. Lebih glamour lagi dapatkan title Green Book atau Yellow Book holder. Saya doakan, semoga rakan-rakan kat luar sana yang masih berusaha untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran, pada tahun ni dengan izin Tuhan dan sedikit usaha, saya pasti anda akan mendapatkan nya. 

As I always said "If you can't have and imagination, don't expect to have a dream"

Bagi yang faham bahasa tersirat pasti mengerti apakah maksud tu 🙂 Ye la, kalau imagine pun tak dapat macam mana nak dapat mimpi kan. Mimpi tu kan selalunya datang dari imaginasi. So kalau tak ada mimpi atau impian, macam mana sesuatu tu dapat dicapai. Yes, I believe you can do it. Azam saya tahun ni, saya nak tolong seboleh yang mungkin, untuk membantu rakan-rakan kat luar sana mendapatkan Green / Yellow Book. Tapi sedih juga tau, ada la seorang ‘otai’ ni, yang hentam saya pulak. Erm, biasalah kan kita buat baik pun orang tak suka, apalagi kalau kita buat jahat, lagi orang tak suka. Bagi anda yang support usaha saya, saya tak minta anda belanja saya kat kedai hipster, cukup la sekadar like atau share post-post berkaitan safety ni, supaya lebih ramai lagi rakan-rakan safety kita kat luar dapat info. 

Saya pun budak baru belajar juga, tak semua yang saya share tu 100% betul, ia hanya sekadar perkongsian melalui pengalaman saya sendiri. Saya harap rakan-rakan jangan lah ambil bulat-bulat, kena juga buat kajian, kalau betul boleh la follow, kalau salah jangan segan inform saya pula. Orang bodoh jer yang mengaku dia bijak dan pandai, selalu nya orang bodoh juga la yang tak nak dengar pandangan atau pendapat orang lain. 

Eh, maaf melalut pula awal-awal tahun ni 🙂 Anyway, kali ni saya just nak share satu dokumen yang sangat penting kalau anda nak apply green book atau yellow book. Tanpa dokumen ni, kamu dah ada 10 tahun pengalaman kerja di dalam bidang safety pun DOSH tak akan percaya. 

Ha..dokumen apa tu? Surat lahir ke? Eh, bukan la, dokumen yang saya maksudkan adalah “Surat Pengesahan Majikan”. Kalau tuan-tuan/puan-puan lihat senarai dokumen yang kena hantar kepada DOSH ketika memohon pendaftaran/pembaharuan SHO atau SSS, dokumen ini merupakan salah satu dokumen wajib yang perlu dihantar. 

Lagi sadisnya, kalau permohonan baru, DOSH akan minta surat pengesahan majikan ‘terdahulu dan terkini’. Alamak, apa maksud nya? Biasala kan, keja safety ni kalau tak lompat sana sini tak sah juga. Lebih-lebih lagi rakan-rakan yang involve dalam projek basis. Kekadang projek tu sekejap-sekejap jer, pastikan anda minta ya surat pengesahan majikan ni. 

Offer Letter SHO

“Ala apa susah nya, offer letter kan ada. Simpan jer la untuk apply Green Book atau Yellow Book nanti”. 

Silap tu bro, offer letter atau kontrak kerja tak sama dengan Surat Pengesahan Majikan. Offer Letter pun salah satu supporting dokumen yang perlu dihantar kepada DOSH.

“Ye ke bang”..dulu cikgu tak ajar pun. Ko ingat ini cobaan ke. Ini betul-betul kejadian la. (Dialog P. Ramlee dalam cerita “Seniman Bujang Lapok”) 🙂 

Surat Pengesahan Majikan Terdahulu dan Terkini

Apa benda pula Surat Pengesahan Majikan ni ya. Basically ia merupakan satu surat daripada majikan anda yang mengesahkan anda telah dilantik dan menjalankan tugas-tugas sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ataupun Site Safety Supervisor. Ye la, kalau takde pengesahan macam mana DOSH tahu yang kamu dah cukup syarat minimum untuk didaftarkan sebagai SHO atau SSS. 

safety officer

Lagi satu bezanya Surat Pengesahan Majikan ni dengan Offer Letter (Kontrak Kerja), kat dalam Offer Letter majikan boleh letak macam-macam nama jawatan kat situ kan. Ada yang letak HSSE Officer, OSH Manager, EHS Inspector, QHSE Executive dan macam-macam lagi la. Itu kira ok juga la kan, ada kaitan dengan SHO. So, dalam Surat Pengesahan Majikan, kena bagi spesifik la yang kamu telah dilantik sebagai SHO atau SSS dan kena inform DOSH apa tugas-tugas yang kamu buat sesuai dengan pengesahan tu tadi. Leceh juga kan. Macam mana nak dapatkan surat tu. Kawtim jer la dengan HR atau bos kat opis tu, explain elok-elok dengan mereka apakah tujuan anda memerlukan surat tersebut kan. Kalau dah resign macam mana bang? Roger roger balik la company lama tu, minta mereka tolong buatkan. Kalau mereka tak nak macam mana? Ini saya tak boleh explain kat sini, bahaya 🙂 kalau nak tahu juga, boleh contact saya, nanti saya explain personally. 🙂 Macam rahsia negara pula kan. 

Oh ya, dalam syarat-syarat permohonan, DOSH takde kata yang kamu perlu kerja sebagai SHO / SSS dalam tempoh 3 tahun kan. DOSH cuma kata ada pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan dengan safety. Ini yang ramai keliru. Bang, kerja official saya sebagai HR Officer. Tapi abang tahula kan, company kita ni semua nak save budget, so bos suruh saya buat keja safety juga. WOW..ini yang best kan. Ini la peluangnya grab jawatan tersebut. Inilah yang orang kata, pucuk dicita ulam mendatang. Tapi untuk yang positif thinker la. Kalau yang negatif thinker dia akan menyumpah seranah di belakang bos juga kan. Ambil kesempatan tersebut, kalau kamu sendiri HR, buat surat pengesahan jawatan atau lantikan sebagai SHO dan suruh bos sign la. Cukup lepas 3 tahun, buat kerja HR sambil buat kerja safety, lepas attend kursus SHO dan lulus terus la apply green book. Tak perlu tunggu dapat jawatan SHO baru nak start kira 3 tahun. Same goes to SSS juga la. 

Masih lagi blurr? Tak apa la, lama-lama faham la tu kan. Yang pasti, tanpa surat pengesahan majikan ni, kemungkinan untuk permohonan kamu ditolak oleh DOSH adalah lebih cerah dan cemerlang berbanding dengan mereka yang menghantar permohonan berserta dengan surat pengesahan majikan. 

Bagi yang baru bermula di dalam bidang safety ni, please do it right. Kalau dah resign dari company lama atau projek dah habis, bukan senang nak minta surat pengesahan daripada majikan. Itupun kalau syarikat tu masih wujud lagi. Kalau project base, dan main contrantor tu dari oversea lagi naya, kontrak abis mereka balik negara asal tutup kedai kat Malaysia, macam mana nak dapatkan pengesahan. So do it right at the first place, supaya bila tiba masa nak hantar permohonan, tak pening kepala.

Nak ke kalau saya bagi contoh surat pengesahan majikan? Ala, bukan susah pun buat surat tu kan. Takpa la, bakal SHO / SSS tak kan tak boleh buat surat pengesahan. Hehehe, jangan la marah bro, gurau jer. Bagi yang nak dapatkan contoh template surat tu, boleh download kat bawah ya, jangan lupa simpan nama dan alamat email yang betul. Lepas isi form tu, jangan lupa check email, saya akan hantar link untuk download template tu kat email. Itu pun malas juga nak buat? Alahai, macam mana ni, orang dah nak tolong pun tak nak 🙂 Owh ya, dalam email tu bukan setakat template surat pengesahan jawatan jer yang ada, saya siap bagi hadiah percuma lagi beberapa template yang you boleh guna. 

Salinan Template OSH Dah Ready

Jangan lupa check email untuk dapatkan salinan template

Saya setuju maklumat saya dipindahkan ke MailChimp ( more information )

Maklumat anda selamat bersama saya. Saya tak akan kaya kalau jual emel anda 🙂

Ok guys, thank you sebab baca sampai abis. Jangan lupa download contoh surat tu, lepas tu ringan-ringankan tangan share information ni kat facebook atau WhatsApp group ke. Ya bang 100% free takde bayaran kalau tolong share 🙂 BTW, jika anda belum dapatkan Ebook Percuma macam mana nak apply Green Book / Yellow Book please get it here.  Thank you