Tips Mendapatkan Kerja Dalam Bidang Safety Bagi Freshie

Mendapatkan kerja sebagai Safety Practioner tanpa pengalaman mungkin mencabar, tetapi masih boleh dicapai dengan persiapan yang tepat dan strategi yang betul. Bukan sedikit yang gagal mendapatkan kerja di dalam bidang safety, bahkan ramai juga yang sudah berputus asa. Berikut adalah beberapa tip yang mungkin dapat membantu:

1) Mendapatkan Pendidikan dan Latihan

  • Pendidikan Formal: Dapatkan diploma atau ijazah dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), pastikan program tersebut diiktiraf oleh DOSH
  • Sijil: Sertai kursus yang diiktiraf seperti Certificate in Safety and Health Officer (SHO) atau Site Safety Supervisor dari National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). Jika ambil dari training centre yang lain, pastikan training centre dan kursus tersebut diiktiraf oleh DOSH.

2) Mengikuti Latihan Praktikal dan Sukarelawan

  • Latihan Praktikal (Internship): Cari peluang latihan praktikal dalam syarikat yang menawarkan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Walaupun ia mungkin tidak dibayar, pengalaman ini sangat berharga.
  • Kerja Sukarelawan: Sertai program atau organisasi yang memerlukan sukarelawan dalam bidang keselamatan. Ini akan membantu anda membina pengalaman dan rangkaian dalam industri

3) Pengetahuan Tambahan

Selain daripada Pendidikan formal, anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk menambah pengetahuan di dalam safety and health seperti:

  • Kursus Online: Ambil kursus online dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Laman web seperti Coursera, Udemy, atau edX menawarkan kursus dalam pelbagai topik berkaitan.
  • Baca Buku dan Artikel: Banyakkan membaca buku, jurnal, dan artikel mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk meningkatkan pengetahuan anda

4) Menambah kemahiran khusus

  • Kemahiran Analisis: Mampu menganalisis risiko dan mencadangkan langkah pencegahan.
  • Kemahiran Komunikasi: Kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan efektif dengan pekerja dan pengurusan. Menguasai kemahiran verbal dan non-verbal
  • Kemahiran Digital: Menguasai kemahiran digital dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa seperti AI

5) Mendapatkan Mentor dan Menambah Connection

  • Bergabung dengan Organisasi Profesional: Sertai organisasi seperti Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) dan juga persatuan-persatuan safety yang berkaitan untuk memperluas rangkaian anda. Boleh juga sertai group whatsap atau facebook group yang berkaitan safety (kebanyakan kerja kosong dikongsikan disini)
  • Mendapatkan Mentor: Cari mentor yang berpengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Mereka boleh memberikan nasihat dan membantu anda membina kerjaya

6) Menulis CV dan Surat Permohonan yang Menarik

  • Highlight Pendidikan dan Latihan: Sertakan semua pendidikan dan latihan yang berkaitan. (Berkaitan Sahaja), result UPSR, PMR tak perlu la 😊
  • Kemahiran dan Pencapaian: Tekankan kemahiran yang relevan dan sebarang pencapaian yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.
  • Sukarelawan dan Latihan Praktikal: Jelaskan pengalaman sukarelawan dan latihan praktikal anda secara terperinci

7) Aktif Mencari Kerja Dalam Bidang Safety

  • Portal Kerja: Gunakan laman web seperti JobStreet, Indeed, dan LinkedIn untuk mencari peluang kerja.
  • Langsung ke Syarikat: Layari laman web syarikat yang anda minati dan hantar permohonan terus melalui laman web mereka.
  • Agensi Pekerjaan: Pertimbangkan untuk bekerjasama dengan agensi rekrutmen yang mempunyai fokus dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • Group Safety: Ni sama dengan connection tadi, kebanyakan kerja kosong berkaitan safety akan dikongsikan disini

8) Persediaan Temuduga

  • Ketahui Syarikat: Lakukan penyelidikan mengenai syarikat yang anda lamar dan fahami keperluan keselamatan mereka.
  • Persoalan Biasa: Bersedia untuk menjawab persoalan mengenai pendidikan, latihan, dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada keselamatan Syarikat
  • Latihan: Jika diberi peluang untuk menghadiri temuduga, pastikan anda berlatih bagaimana untuk menjawap soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh panel.

Dengan usaha dan persiapan yang betul, anda dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan kerja sebagai Safety Officer walaupun tanpa pengalaman sebelumnya. Yang penting jangan putus asa, sekiranya gagal pastikan anda mengkaji kelemahan anda dan cuba untuk memperbaiki dimana kesilapan anda sehingga masih gagal mendapatkan pekerjaan sebagai safety practitioner. Apa-apapun, jangan lupa untuk berdoa.Â